Monday, December 12, 2011

How Many Times

How many time i have hurt you
make you cry
make u sad
make you feel bad
make you feel awkward
I know i am a terrible lover but i am trying my hardest to make you smile and happy...
i always make you feel sad with my words and again you end up crying...
my words are the thorn that ripped your heart apart.
sometimes i never meant to say those words but that is me...
i am trying to change for our future together. i will change..
because the fact that i love you so much.
my love for you is pure and eternity.

sorry for being a jerk again and again...

wasalam.

Insya'Allah.....

insya'allah

Thursday, November 24, 2011

Hujan Ow Hujan.....

Musim tengkujuh sudah melanda kembali. Tahun ini di jangka hujan lebat di Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor. Kalau kat Terengganu tu aku biasa la. Memang tiap2 tahun hujan selalunya lebat pada bulan 11 dan 12. Kalau hujan lebat tanpa henti2 dalam 3 ke 4 hari tu maka confirm la banjir la kampung aku dan kawasan2 yang berdekatan.

Hari ini, kawan2 aku sms aku bagitahu yang jalan nak balik ke Kuala Terengganu masih lagi beroperasi dan air lom naik lagi. Maknanya hujan x lebat sangat lagi. Aku harap tak banjir lagi kat kampung aku ujung minggu ni kerana ada hal nak kena settlekan ni. Aku berdoa agar perjalanan mereka semua selamat sampai ke destinasi.

Cakap pasal banjir ni, terkenang kisah masih kecil2 dulu. Sibuk nak main air hujan pada musim hujan. paling seronok bila da banjir. Masing berebut nak terjun dari rumah masing2 dalam banjir tu. Memang seronok leh berenang tapi yang kacau nya berbirat la kat bahagian belakang tu kalau mandi air banjir. hehehe... Arwah ayah aku cukup pantang anak2 dia main air banjir. Bagi aku masa tu tak ada yang bahayanya. Semua nak redah je. Hehehehe. Bila da besar ni, boleh la berfikiran jauh sikit so tahu la kenapa arwah ayah selalu marah n rotan bila main banjir. hehehe...Paling syok masa banjir ni, leh memancing duk kat umah je. Besenya ikan puyu la yang selalu makan umpan pada mata kail tu. Owwhhh best time tu. Bukan nak memancing sangat pon, yang sebenarnya mencari helah nak main air banjir tu. Kalau memancing tu x la nampak sangat kan? hehehe

Yang paling tak seronok ialah bila banjir da nak surut, macam2 bau akan ada. Bau paya, busuk, bangkai dan lain2 la. Yang leceh sekali mestilah mengemas umah.Terpaksalah membasuh lantai umah, angkat2 barang yang di tempatkan di tempat yang x akan kena air banjir. Tapi iniah hakikat bila musim banjir. Tapi sekarang aku telah berhihrah ke Hulu Selangor di mana tiada banjir besar berlaku di sini. Alhamdulillah. Kawasan aku tinggal ini selamat.

ok la setakat ini saja dulu. Semoga rakan2 yang berada di Kelantan, Pahang dan Terengganu selamat semuanya di musim tengkujuh ini.

wasalam

Monday, October 24, 2011

Angry Bird Vs Angry Me.....

Angry bird..sebut je game ni semua dah tahu pasal game ni. Game ni agak menarik sebab bila aku main aku leh ilangkan stress skit. Aku semenjak dua menjak ni nak marah je...so angry bird vs angry me...yang menang mestilah angry bird sebab ia boleh ceriakan aku..hehehe..

apa pasal aku moody?
  1. stress x dapat keje baru lagi...(kena usaha lagi)
  2. stress x de duit nak berkahwin dengan "Nurul Syahirah binti Abas"
  3. stress ngn kije
  4. stress gaji kecil kerja di Heveafil
  5. stress and hepi tengok kawan2 aku berjaya dalam kerjaya mereka
  6. stress simpanan abis..
  7. stress utang banyak.....
  8. stress gaduh ngn N.S.A
  9. stress buat N.S.A menangis
  10. stress je...
wah sume stress je aku...yang paling aku stress ialah berada di no 2 and no 4...macam-macam aku pikirkan cara nak cukupkan duit supaya majlis nanti meriah and famili dia n aku hepi.

Wednesday, October 12, 2011

BMR - Change To Win

aku nak kongsikan pasal kursus yang paling best pernah aku pergi sepanjang aku kerja kat Heveafil ini..walaupun ia di buat di bilik 'conference' Heveafil...tapi isi dan intipati kursus tu cukup bermakna bagi diri aku dan peserta-peserta dalam group aku. Kursus ni di adakan selama 2 ari. dari mula start lagi da best kursus ni sehinggalah hari last...tak ada pakai nota ataupun 'powerpoint' presentation.

pelatih yang berjaya menjayakan kursus ini ialah, kak mariana n sean. (nama macam sean kingston...hehehehe)..sebabkan akak tu berpengalaman dalam bidang ni, aku rasa terharu tgk semua peserta seronok berada di kursus ini. Ada dalam 40 peserta dalam sesi ke 2 kali ni. ala nanti korang akan tgk gak muka-muka sapa satu sesi ngn aku..hehehe..group ni di pecahkan kepada 4 group. dan setiap group perlukan logo pasukan n slogan dimana kita harus sebut selalu jika pelatih memanggil atau pun menyebut nama kumpulan itu....aku lak di lantik sebagai group leader and dalam group aku ada en amir, en nizam, hj halim, azlan a.k.a apok, kak yati (HR), melathi n kak fadila. group aku en nizam yang bagi idea. nama group kita org ialah D'Meteor. aku pon sampai hari ni masih lagi terpinga-pinga ngn nama group aku. tapi memandangkan dia lagi senior n aku x ada idea lain so blasah je langn nama tu..hehehe...

ari pertama kursus macam kena menyanyi lagu 'Hati emas' n lagu sheila majid aku x ingat tajuk..hehehe..pastu macam2 la aktiviti yang di suruh buat secara berkumpulan la...cari siapa 'mole' hehehe.....hari kedua semua group dapat tugasan mecari 3ekor belalang, 2 ekor nyamuk hidup, 6inch rambut putih, 10 keping duit 1 sen, and barang istimewa group aku kena cari ayam. So en amir n en nizam prgi la kuarters indon pegi curik ayam diorang kejap untuk di tunjukkan pada group lain yang group aku leh cari ayam sekor..hehehe...Game ni best la sebab kami semua kerjasama mencari barang2...tapi sayang gambar ayam aku tak sempat nak snap gambarnya..hehehe..

over all kursus ni memang best. aku dapat lihat ramai kawan2 aku yang terharu dengan kursus ni and ada yang sebak tahan sedih sebab nak berpisah. Hj halim orang terakhir berucap selepas semua peserta harus memberi ucapan dan azam mereka. Aku nampak air mata mengalir di wajah akak mariana dan hj halim juga turut mengalirkan air mata...aku mantain la lagi sebab aku tahan je..hehehe..

akhir kata: GO GO GO HeveaFil BoLEH!!!!!

abg jo, fatehah m madi

kumpulan kebal - awin, enab, syuhadah n decepticon

abg mad liverpool n kak mariana

en khairuddin n akak mariana

haji halim n akak mariana.

group photo

group photo n abg jo buat tanduk kat kak mega
wasalam

Tuesday, October 11, 2011

lama menyepi..

salam..
sudah lama aku tak bukak blog aku yang da berhabuk ni..hehehe..

ni pon sebab bakal jiran aku yang bising dah sound aku awal2 tadi..
so aku pon tulis la menda2 ngarut so x la berhabuk..

ok..
semoga berjumpa lagi...mood menulis tak berapa nak ada..hehehe

wasalam

Thursday, September 15, 2011

SeManGat YanG HilanG

semangat aku tiba-tiba hilang....semua fokus aku x jadi...lama kelamaan aku jadi lesu...letih...
aku tak tahu kemana dan di mana harus aku tuju....
semangat yang hilang.....
semangat yang hilang.....

Tuesday, September 13, 2011

Thursday, August 25, 2011

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" 
SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI BUAT GENG2 AKU SEMUA YANG MENGENALI DIRI AKU INI. AKU MEMOHON MAAF ANDAI ADA TERKASAR BAHASA, TERSILAP KATA DAN SEBAGAINYA SEPANJANG TAHUN 2011. MAAF ZAHIR BATIN.

"SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN SEMUA"

Balik Kampung

Jom Balik Kampung masing2 ye...

Enjoy this song from the Legend: Sudirman
 
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )


Drive Safely Everyone

Pesanan untuk semua teman-teman aku la....drive tu ingat lah kat mak ayah kat kampung tu...awek2 kat kampung ke? bini & laki kat kampung ke? kalau mengantuk sila la berhenti dulu..rest jap...tidor jap...basuh2 muka n teruskan perjalanan anda menuju kampung halaman yang tercinta.....aku doa kan kawan2 aku semua selamat sampai ke kampung masing2 di Terengganu, Pahang, Perlis, Kelantan, Johor, Kedah.......Kawan aku yang kat Taiping, Perak tu x yah la sebab dia memang dah tinggal kat kampung duk celah "tiak" mak lagi...hehehehe..

ok apa2 pon mohon maaf atas salah silap sepanjang tahun 2011 ni. Selamat berhari raya dan selamat memandu ye semua...

Tuesday, August 23, 2011

You changed My Life

you've touch my heart & my soul

You've changed my life in so many ways
If only I could show
A life and love now filled with hope, grows stronger day by day
The future is so bright now, with your love to light my way.
You've changed my life in so many ways
With the little things you've done
I ask you now to take my hand, as our walk has just begun
Our journey has just began...

To Find You


I don’t need the compass to find you
your heart beat would lead my way.
I don’t need the sun to find you
your smile would light my way.
I don’t need the ocean to find you
my tears would wash my way.
I don’t need the wind to find you
your voice would whisper my way.
I don’t need the moon to find you
your eyes would shine my way.
But, if I never find my way I would perish....
my soul would find its way...

Thursday, August 18, 2011

CoBaan & DuGaAn

Salam Ramadhan ke 18.

Aku redha dengan ujianMU Ya Allah.
Aku pasrah dengan dugaan yang KAU berikan padaku.
Aku terima seadanya rezeki KAU kurniakan padaku

Monday, August 15, 2011

Terawih vs EPL 2011/2012 vs Kejohanan Badminton Dunia 2011

salam ramadhan.

Alhamdulillah kita sudah masuk hari ke 15 ramadhan. Semalam aku solat terawih kat Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa. Nak jadi ke ceritanya semalam la Dato' Lee Chong Wei Vs Lin Dan dan juga start liga baru EPL. Aku tak sempat nak tengok LCW vs LD semalam. Balik dari terawih, terus buka tv tengok2 dah single wanita lawan. Tunggu dan tunggu nak tengok LCW main tapi rupa-rupanya LCW da main kol 8 lebih tu. Ow hampenya aku tak dapat tengok. Walaupun kalah lagi dengan Lin Dan, tapi rumusan game tu agak menarik. LCW kalah dengan Lin Dan dengan kiraan, 22-20, 14-21, 21-23. Tiga set yang mendebarkan tu. Tapi disebabkan ini bulan ramadhan yang mulia, aku pergi buat ibadat dulu la. Arini mesti ada ulangan lagi. Tapi nasib baik aku tak tengok sebab, aku jenis cuak skit kalu tengok LCW vs Lin Dan. Hehehehehe...Walau apa-apa pun, tahniah la buat LCW kerana bermain mati-matian melawan musuh tradisi dan sahabat karib di luar court. SYABAS...Cuba lagi di Olimpik London 2012.
Single Final results

dari kiri: Peter Gade, Chen Jin, Lin Dan & Lee Chong wei

Liga EPL start 14/08/2011 ari sabtu malam. Macam biasa aku siapkan diri nak pergi terawih la. Tak tahu la pulak EPL start malam tu, sebelum pergi masjid buka astro jap. tengok-tengok ada bola la pulak. Tapi nasib baik la team cap burung puyuh yang lawan. so aku tak layan sangat la. So pergila ke masjid dan alhamdulillah malam itu aku bertuah dapat solat terawih berimamkan dua orang Sheikh yang hebat. Seorangnya dari Iraq dan seorang lagi tak ingat asal dari mana. Tapi bacaan al quran dia memang merdu dan fasih. Subhanallah. Sheikh Afeefuddin Al-Jalani pula memberikan tazkirah mengenai 'taubat nasuha'. Sungguh bermakna tazkirah yang di sampaikan. Masya Allah. Ramai jemaah di masjid malam tu terharu dengan tazkirah beliau termasuklah aku. Insya'allah sama-samala kita kembalikan diri kita kepada Allah. Kerana Allah itu Maha Pengampun. Dan memang berbaloi aku pergi solat terawih pada malam tu. Boleh tengok gerangan Sheikh tu kat bawah ye.
Sheikh Afeefuddin Al-Jalani

Itu la serba sedikit kisah ujung minggu aku di KL.

Friday, August 12, 2011

Boss Baru

Salam ramadhan

Hari ini aku nak berkongsi pasal boss baru. Aku cuma tahu nama dia En. Azhar a.k.a "muscle man". En Azhar ialah senior manager yang baru di lantik oleh pemilik baru syarikat ini iaitu Hevea Capital. Orangnya muda lagi la dalam awal 40 kot umurnya. Aku belom pernah berborak dengan dia dan orang kata dia ni tegas orangnya. Selepas membuat analisa, En Muzzammil hanya akan jaga marketing dan logistic je skang ni. So R&D bukan lagi di bawah Muzam, so aku kenalah repot kat En. Azhar mulai 01/08/2011.

Mesti korang nak tahu kan pasal "muscle man". NI gelaran orang sales yang bagi pada dia. Sebabnya senang je, dah memang dia ahli gym tetap kat KL tu. Badan dia "berketak"la dia angkat besi. Hahahaha. Seebnarnya aku gelisah nak repot pada En Azhar. Sebabnya mudah je, R&D memang da lama tak bergerak dan projek pon banyak tertangguh dan dengan harga latex yang agak mahal ni, payah la kami nak buat testing2 ni. Nanti kan bila dia tanya ape projek R&D?..x ke mati kutu aku nak menjawab kat dia. Hmmmm..aish...

Dengan keadaan kilang aku tak tahu lagi macam mana ni, hati aku pon gelisah jugak la memikirkan masa depan aku. Nak beli latex pon skang sakit oww....Yang selebihnya tak yah cerita la.

Apa harapan aku ialah, dapat kerja baru dengan kadar yang segera. lepas raya, maybe ada temuduga lagi. sudah lama aku disini dan masanya sudah tiba...


wasalam.

aKu PulaK yang EmPtY....

kosong....................
empty....................
why?


coz i.m sleepy now....


the end...

Tuesday, August 9, 2011

Buka pose arini agak best...huhuhu

9th Ramadhan 1432H;
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari).
Alhamdulillah, aku telah megharungi puasa di batang kali selama 9 hari. Dalam 9 hari puasa, arini la paling banyak juadah untuk aku berbuka. Alhamdulillah, rezeki aku melimpah ruah arini. Dengan jiran yang perihatin dan orang taman yang baik hati sudi memberi sedikit juadah untuk berbuka puasa. Aku ada je masak ayam masak tomato tapi disebabkan juadah lain sudah banyak so aku simpan je masakan aku kat dalam peti ice..hehehe...

Jiran aku azni rajin dia datang..so rezeki aku la...kalau datang rajin dia tu, aku biasa dapat la merasa masakan dia yang best tu. Arini tangan dia gatal nak buat 'spaghetti bolognese'. "salami!! bagi pingganggg!!..wah garang gile jiran aku ni baru nak mintak pinggan..aku tegor baru die suh haluskan sikit suara tu....hahahaha.."salami tolong bagi pinggan" ujar azni balik macam perli aku ler....aku bagi la pinggan dan dapat la aku menikmati masakan azni yang sedap tu...terima kasih jiran aku....ow hampir terlupa..azni ada jugak bagi kat aku buah 'rod melon' yang amat sedap dimakan bila disimpan dalam peti ice jap...perghhh....buah ni memang sedap lah..sebab tu harganya pon sedap gak la...hehehe..ada sesiapa yang berminat nak beli rod melon boleh la contact 'artist' ni...
Spaghetti Bolognese yang best ada meat ball lagi...
Rod Melon yang best...
Aku baru je nak masuk uat air, tiba2 ada orang bagi salam. aku keluar dan nampak abg mad tersengeh-sengeh kat atas motor dia. aku ingatkan dia nak apa, rupa2nya dia nak bagi juadah berbuka pada aku. semalam dia dah bagi 'cempedak goreng' arini dia bagi mee goreng. perghhh...nampak best mee goreng dia tu...da la mee goreng antara fevret aku jugak..Tapi memandangkan juadah aku dah banyak, aku simpan mee goreng tu nak uat sahur. terima kasih abg mad. jasa mu n famili dikenang.
Mee goreng yang nampak best cuma tunggu sahur baru leh makan.
Balik kerja tadi aku ada la singgah beli kuah seri muka dan kueh gulung kat sebelah umah aku tu. tak tahu la pulak arini rezeki aku murah pulak. so kueh mueh tu aku hanya makan seri muka je. yang lain aku tak sentuh pon. so pada basi duk umah aku, aku pon bawa a ke masjid dan bagi kat abg amirul mukminin (tok siak) masjid tu.
Kueh Seri Muka n kueh gulung...
Azan maghrib berkumandang maka berbuka la aku dengan kurma, air sirap, kueh seri muka. Lepas2 tu baru lah aku jamah 'spaghetti bolognese' yang azni masak....nak tahu sedap ke tak? pinggan aku da basuh semua da...licin...lagipon da lama aku tak makan 'spaghetti bolognese' ni. X housemate aku reti la buat...tapi sejak 2 menjak dia stress ngn keje n gaji kat Heveafil, dia ilang mood nak masak. so kempunan la aku. aku bab western ni x reti sangat...hehehe...balik pada cerita berbuka tadi.  Mee goreng yang abg mad bagi aku simpan untuk sahur ni...Alhamdulillah, kenyang aku hari ni. semoga Allah membalas jasa baik jiaran aku azni dan orang taman aku, abg  mad. 
jaudah berbuka pose arini 9hb ogos 2011, 1432H
 wasalam
Saya akhiri post ini dengan hadith di bawah yang telah diriwayatkan oleh at-Tarmidzi
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
Riwayat at-Tirmidzi
Pengajaran Hadith:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

iii) Konsep “memberi” (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

Baju Melayu & Songkok

Syawal bakal menjelang tak lama lagi menandakan tibanya Raya Aidilfitri. Tahun ni, aku belum lagi shopping baju melayu. Adik2 aku pon belum beli jugak lagi. Tahun lepas aku beli warna biru tu pon ada orang degil teman aku pergi beli naju biru tu. Tahun ni rasa-rasanya orang degil tu tak teman dah sebab masalah-masalah tertentu. Tahun lepas secara kebetulan family aku bertemakan warna biru. Tapi biru masing-masing tak sama pon cuma warna biru je la.

koleksi baju melayu kat "jalan TAR"

Tahun ni, aku tak decide lagi nak beli warna ape? Tak pon aku pakai je baju melayu yang aku dah ada dalam almari tu. bukan orang ingat pon aku pernah pakai baju tu tahun bila?.hehehe...tapi nanti mesti "orang" tu akan sedih bila aku nak pakai baju lama2. Kalau "dia" la akan cakap "dia" x beli pon kaen baju nak raya tapi desas desus "dia" dah ada dalam 4 ke 6 pasang kain tuk nak uat baju raya. Hahahahaha...

Tahun ni aku kena beli songkok kot. Yang lama dah rosak sebab kena air hujan. Songkok SOB (baldu) ni memang pantang kalau kena air ia akan rosak. So aku kenalah beli songkok baru. Kalau aku beli, so adik-adik aku pon kena la beli jugak. Aku ingat nak pergi tempah songkok kat Kg, Kelawar, Tanjung Malim. Abg Salim kenal tukang buat songkok tu. Kalau tak tempah pon, beli kat "jalan tar" je nanti. Kat situ bersepah songkok gak. Cuma harga la kena usha dulu, ada yang mahal ada yang murah dan semestinya ada yang boleh 'tawar menawar" dan ada yang tak boleh. Hahahaha..

Songkok SOB


Insya'allah minggu depan aku akan pergi "jalan tar" usha baju melayu dan songkok.

Wasalam

Monday, August 8, 2011

Terawih: Masjid Muadz bin Jabal Taman Setiawangsa

Alhamdulillah kita sudah berpuasa selama 7 hari. Aku puasa tahun ni simple je macam la tahun-tahun yang sudah. Cuma tahun ni aku puaa sorong2 kat rumah. Sama la pulak ngn kawan aku si Zuly yang sudah berpuasa sorang diri kat Terengganu  selama 3 tahun. So far semua ok la. Tahun ni, aku akan berbuka puasa 5 hari di rumah sewa aku dan 2 hari lagi insya'allah berbuka di rumah akak aku. 


Hari Jumaat malam sabtu tu aku da pergi berbuka di uamh akak aku dah, so terawih aku buat la di Masjid Muadz bin Jabal  Taman Setiawangsa. Aku buat kat batang kali 8 rakaat dan kat Masjid KL ni pon 8 rakaat jugak. Tapi di Masjid Batang Kali, selepas sudah solat fardu Isyak, imam 1 akan membaca Tahlil untuk arwah-arwah yang telah kembali kepadaNYA. Selepas itu baru lah Imam Muda akan memberikan sedikit tazkirah dan kemudian solat terawih. Dua orang Imam Muda (Tahfiz) ini datang dari Darul Quran KKB. Manakala di Masjid, Muadz bin Jabal pula, selepas selesai solat fardu Isyak, terus disusuli dengan solat terawih berjemaah. Dan bacaan tahlil untuk arwah-arwah di buat selepas selesai solat terwaih 23 rakaat.

Alhamdulillah, tahun ini aku lebih rajin dari tahun-tahun sudah. Insya'allah aku akan cuba untuk lakukan solat terawih dengan baik. Walaubagaimanapun, hari sabtu malam ahad baru-baru ini, aku tak pergi terawih kerana migrain.Lepas bebuka dan solat maghrib, aku terus tidor sebab terlalu sakit. Sedar-sedar dari tidor dah pukul 12 malam. Balik pada cerita Masjid Muadz bin Jabal  Taman Setiawangsa. Masjid ni besar la jugak. Jemaah yang datang untuk solat terawih pon boleh tahan la. Penuh la 5-6 Saf solat terawih berjemaah yang buat 23 rakaat. Imam Muda untuk solat terawih tahun ni di jemput khas dari Tahfiz Quran dari Dungun, Terengganu. Sungguh merdu dan fasih bacaan mereka. Jauh datang budak-budak tu. Yang aku terasa lucu sikit ialah bila budak-budak ni memberi tazkirah. Maka pekat la loghat "Ganu" yang terkeluar dari mulut-mulut mereka. Biasa la budak-budak tahfiz dari Terengganu, mana la reti nak "speak2" KL ni..Hahahahahaha..

So aku harapkan aku boleh kekalkan kerajinan aku untuk pergi terawih pada tahun ini. Mendoakan agar Allah kurniakan kesihatan berterusan sepanjang bulan Ramadhan ini. Salam Ramadhan dari aku buat ibuku serta keluargaku dan tidak dilupai semua kawan-kawanku dan seluruh umat islam.


Wasalam.

Friday, August 5, 2011

5 SahaBat PolimErIaN

dari kiri: "taib", "aku", "yem", "mat lee jawa", "zuly"

Ini lah gambar kenangan yang aku ada bersama boleh dikatakan "best buddies" masa kat UiTM Shah Alam dulu. Kami berlima ni sudah lama berkenalan. sejak dari 2001 lagi semasa membuat Diploma Polymer Technology. Dan dalam 5 orang sahabat tu wujud la zuly kawan aku yang masih lagi bekerja satu tempat dengan aku. Cayalah zuly....hehehehe...

Ok aku kenalkan sorang-sorang ye. Biar aku mulakan dengan;
TaiB - hmmm...taib ni orang Lanchang, Pahang. Kecik je orgnya n sangat la baik. Study dia memang ok la tapi antara kami berlima tu dia bukanlah yang terhebat. Nanti akan tahu jugak siapa yang terhebat antara kami berlima ni. taib ni nama sebenar dia ialah Mohd Radzi tapi masa sem 1 la start panggil dia taib sebab dia kurus macam penagih2 kat lorong Hj Taib.hahahaha.....Last2 lekat terus nama tu pada dia. Tapi kan kat atas tu dia sorang je x pakai jubah konvo kan? Itu sebabnya masa tu dia da jadi senior pada kami semua. Kami berempat lagi tu kita orang "extend sem" hahaha....so dia sambung degree terus la...Aku lak sebilik dengan taib, yem n zuly masa kami menyewa di seksyen 11 aritu. Taib jugak la rakan kongsi aku dengan zuly masa makan lunch. Beli sebungkus nasi n kami akan share bertiga ni la. masing2 pokai masa tak loan tak masuk n masa kami tak dapat kerja lagi...ini la jadinya.

Yem- budak Johor ni mula2nya pendiam jugak...kalau tak silap aku la, dia jadi rapat dengan aku masa kami practical di sungai buloh. Kat situ la aku n dia banyak berkongsi cerita dan banyak jugak kami bersembang pasal "Edda" aka scandal yem dan leh dikatakan scandal gossip aku jugak la...x leh cite panjang lebar nanti "bahaya'..hehehe...Nama penuh dia Mohd Shazareen (aku lupa eja nama dia). Kenangan pahit aku ingat dengan yem ialah masa aku dengan dia berlanggar dengan proton iswara warna hijau di bulatan "grand blue wave". Syukur pada Allah dia tak ada apa2. Cuma aku je patah kaki masa tu. hahaha...kenangan manis aku ngn yem mestila masa kat tangga fire exit hotel LGM sg buloh sambil makan burger yag dibeli di shah alam. Masa tu taib n zuly pon ada jugak. kita orang sembang lama jugak la kat tangga tu..hahahaha...Skang yem masih lagi contact ngn aku n dia skang ni keje kat Melaka.

Wak Jawa Lee - ataupun nama sebenarnya Mohd Shazali anak pakcik Wak Dahuri. Mat li memang la keturunan jawa di Kg. Melayu Majidee, JB. Mak ayah dia cakap jawa kat umah dan jarang sekali bercakap bahasa melayu. Mat lee sudah pon bernikah dengan gadis pilihan dia iaitu Halina. Halina ni pulak budak kelas kami masa Degree. agak2nya mereka bercinta diam2 la kot masa blajar dulu. Aku pon x tahu pasal hubungan mereka ni. Insya'Allah x lama lagi Jawa akan jadi seorang ayah. Mudah-mudahan semuanya selamat belaka. Tadi kan ada aku cakap ada pasal yang terhebat study kan. Hah...Jawa la orangnya. Dia la sorang2nya antara kami berlima ni yang extend sem dengan pointer CGPA: 3.0 ke atas. tapi disebabkan dia fail satu paper Dr. Rahmah, dia kena la repeat dan extend macam kami ni...tapi dia memang baik orangnya. Tak sibuk nak amik tahu hal2 orang. Agama pon bagus. dan yang paling best sekali dia amat berbangga dengan susuk tubuh badan dia yang dia rasa "tough"..hehehe...konon la...hehehe

zuly - aku rasa x payah la terangkan pasal zuly. aku rasa aku da pon cerita pasal dia sebelum2 ni kat blog aku ni. Tapi aku doakan dia akan kekal bahagia di samping isterinya yang dia amat sayangi tu. Selamat menunggu kelahiran cahaya mata sulung buat zuly. Insya'allah kalau tiada apa2 bulan 12 ni isteri dia due la.

itu la serba sedikit cerita pasal kawan2 aku yang amat aku hormati. Doa aku cuma satu je semoga kita akan kekal bersahabat hingga akhir hayat.

selepas menerima diploma masing2.

"I luv U Guys"

wasalam.

Thursday, August 4, 2011

Supermak...peewwiittt Nasha Aziz.

Ini lah cerita baru di TV3 setiap Isnin pukul 9.00 Malam. "Supermak". Cite ni ala2 macam No Ordinary Family jugak tapi versi Malaysia. Cerita ni gantikan slot "Juvana" dan cerita ni ringan je plot nya. Lawak la jugak. Aku tengok pon baru 1 kali tu pon episod 1. Tgk pon da nak abis da. Sebab Nasha Aziz dan Zul Yahya (papaya Man) yang berlakon maka aku pon terpacak la kat depan tv tu. Tapi disebabkan bulan ramdhan so aku tak boleh tengok la lagi.

Hah ni la serba sedikit tentang cerita ni:
~ Synopsis ~
SuperMak mengisahkan tentang seorang ibu dan suri rumah, Amy Salim yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy, Thani, yang berasal dari kepulauan Riau. Termasuk Thani, empat suku dari kepulauan tersebut telah dianugerahkan lima keistimewaan yang berlainan oleh seekor burung garuda yang bertukar menjadi seorang wanita setelah diselamatkan oleh Thani. Namun, setelah beberapa generasi, Bashar yang memiliki kuasa api kini muncul untuk merampas sesuatu dari simpanan Amy untuk merealisasikan niat jahatnya. Apakah yang akan terjadi seterusnya dan siapakah lagi yang akan tampil dengan keistimewaan dari mitos ini?
(dipetik dari: http://kyoshisousuketakes.blogspot.com/2011/07/supermak-2011-episode-01-updated.html)

ini lah pelakon utama "supermak"

 So kepada yang penat bekerja dan mahukan "funny action drama" then try la tgk cerita ini.


wasalam

"Slipper" Aku HilanG Ketika Berterawih...

Alhamdulillah semalam da masuk 3 Ramadhan. Berpuasa seorang diri di batang kali buat pertama kaliya dalam hidup aku. Berbuka seorang diri bertemankan suara azan berkumandang dari Masjid batang kali. Setakat ini, puasa aku alhamdulillah. Aku masih lagi mampu pergi terawih dengan tubuh yang sihat yang Allah bagi pada aku.

Imam-imam muda dari Darul Quran memang bagus bacaan mereka. Biasalah, meraka semua ini tahfiz Quran. Solat terawih tahun ni, aku masih lagi buat 8 rakaat je disusuli dengan witir. Tahun ni juga berbeza untuk diri aku sebabnya aku berbuka dengan hanya menjamah 3 biji kurma dan makan kueh mueh yang ada jika aku beli kat baazar ramadhan. Lepas selesai solat terawih, barulah aku akan menjamu moreh yang disediakan pihak masjid. Alhamdulillah, rezeki aku tahun ni kat masjid. Dulu masa ada zaimi n zuly da tentu aku berbuka dengan mereka tapi memandangkan aku berbuka sorang-sorang maka aku pon buat pilihan bermoreh di masjid la.

Semalam lepas moreh, masa nak balik, aku nak marah pon macam tak berbaloi kerana harganya cuma RM10.00 sepasang je. So kiranya aku pon halalkan aja lah kepada sesiapa yang tertukar slipar atau pun tersengaja bawak balik umah dia. So aku pon balik umah berkaki ayam la. Setakat ni pon da 2 kali slipar aku hilang di masjid itu.
ni la rupa slipar aku tu..

Masa aku nak sampai rumah aku, aku ada nampak 2 orang budak taman aku tu pakai slipar sebijik macam slipar aku. warna hitan n tali biru pulak tu. Aku pon benti tanya diorang n diorang cakap tu sliper diaorang. Aku pon x cakap banyak pastu balik je la. Da memang tak panjang rezeki slipar tu ngn aku. Hahahaha...Tapi insya'allah sabtu ni, aku beli lagi satu la. Mana tahu kot2 nanti ada lagi budak2 berminat.

ok lah..

Selamat Berpuasa.

wasalam.

Tuesday, August 2, 2011

AnDaiNya PereMpUaN TahU....

Sebelum ini kami telah meng-post-kan artikel berkaitan dengan Tersurat dan Tersirat wanita. Sekarang ini, wanita pulak perlu baca pasal lelaki.
  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! (how true)
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...
  • Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Ramadhan 2011...berbuka sorang2

Tahun 2011 ialah tahun pertama dalam hidup aku berpuasa seorang diri.....Ini adalah kisah aku berpuasa di perantauan.

Aku mula berhijrah dari belaian manja keluargaku pada 2001. Destinasi ku ialah
UITM Shah Alam. Kalau ikutkan dari tahun 2001 hinggalah 2006 aku berpuasa bersama
kawan2 UITM. Masa kat UITM dulu, puasa tak best sebab x biasa lagi puasa selain dari berpuasa di rumah sendiri. Dan UITM jugaklah aku mula belajar tinggal di 'hostel'. Tapi puasa di UITM tak lama sebab pada tahun 2003, aku da mula menyewa rumah dengan budak2 kelas aku jugak lah di seksyen 11, Shah Alam. Dekat rumah sewa tu la paling banyak kenangan bulan puasa. Dan semestinya Zuly Nuhairi tinggal sekali dengan aku.....aku rasakan puasa di rumah sewa lagi seronok berpuasa di Hostel UITM. Ia terasa macam kita berpuasa kat rumah sendiri cuma ayah n mak n adik beradik je tak ada. Yang ada pon kawan2 je.

Tahun 2008 hingga kini aku berpuasa di Batang Kali, Hulu Selangor. Dan semestinya Zuly masih lagi tinggal bersama aku di rumah sewa kami di Taman Seri Cahaya.  Sempat la jugak aku berpuasa dengan Zuly kat sini selama 3 tahun. Cuma tahun ni je dia sudah berkahwin so dia berpuasalah denagn isteri "tersayang" dia. Tahun 2009 budak baru kerja di tempat kerja aku menyewa rumah sewa aku n zuly. Dia pulak start kerja ngam2 bulan puasa. So meriah la lagi rumah aku tu dengan tambah lagi kawan. Tapi puasa tahun ni aku dan dia berpuasa sorg2 diri. Zaimi di kelang dan Aku pula bersahur dan berbuka sorang2 diri kat umah sewa lama ni. Zaimi mulakan hidup baru dia di Kelang. So aku pon tinggallah seorang diri di rumah sewa aku tu. Ditemani bunyi cicak dan kucing bergaduh kat luar.

so begitulah serba sedikit puasa aku di perantauan. Dari meriah berbuka ramai2 di 'dining hall' kolej Perindu UITM Shah Alam, ke rumah sewa di seksyen 11 hinggalah rumah sewa di batang kali ni hah. Dari meriah ramai2 membeli juadah berbuka tapi sekarang tinggal aku seorang diri pergi membeli juadah berbuka.
Memang aku akui, yang aku sedih tinggal seorang diri di rumah itu, tapi apakan daya, punca rezeki aku masih lagi di sini.

"apa yang penting, aku masih lagi ada bumbung untuk berteduh mencari rezeki di negeri orang".

wasalam.

Thursday, July 28, 2011

Andai dia pergi dulu sebelum mu.......

Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.

nak baca selanjutnya, sila click link di bawah itu..."bacalah" article yang sangat bagus...

http://genta-rasa.com/2011/07/23/andai-dia-pergi-dulu-sebelum-mu/#comment-7831

sila layari blog ini dan baca la article yang menyayat hati ini. semoga ada timbul rasa keinsafan setlah membaca nya......

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu

Aku tujukan khas article ini untuk seorang sahabat yang jauh nung di sana. Aku tertarik apabila membacanya di iluvislam.com. So aku decide untuk share kan kat kawan2 aku yang lain. Hidup ini tak semestinya kita akan dapat apa yang di hajati. Maka "Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu". Kita perlu sedar bahawa kita di muka bumi ini hanyalah sementara sahaja. Apa yang kita dapat, kita perolehi dan kita miliki hanyalah di pinjamkan sementara oleh Allah SWT. DIA boleh ambilnya pada bila-bila masa tanpa amaran bagi kita semua. So sama-samalah membaca article ini untuk kita sesama kembali kepada Yang Maha Esa.

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! 

Artikel iluvislam.com

khas buat SuE_SyA : "Bersahur di Bulan Ramadhan"

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fekah akan berkata: "Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja." Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.



Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السُّحُورِ
Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur
(Hadis riwayat An-Nasaie.)

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh.
Dari Anas bin Malik R.A bahawa Zaid bin Thabit pernah berkata: "Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh) dan kadarnya (di antara sahur dan solat subuh) adalah menyamai bacaan 50 atau 60 ayat al-Quran. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Zaid ditanya : "Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?" Berkata Zaid: "Sekadar membaca 50 ayat al-Quran." (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Di sebalik begitu pentingnya sahur, janganlah pula lupa yang sangat wajib ditunaikan, yakni SOLAT SUBUH. :)

Buat sahabat aku yang bernama Norsuhailly binti Shaidin, rajin2lah kamu bangun sahur tahun ni ye. Dan buat "kak ipar' sue tu pulak...jangan nak mengada2 x nak bangun sahur dan jangan nak ngada sahur minum air suam segelas je....kalau jadi lagi macam aritu...tak tahu nak cakap ape lagi dah....

Nasihat ini di petik dari Iluvislam.com
http://www.iluvislam.com/design/e-kad/3232-design-sahur-dan-solat-subuh.html

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Kepada mak yang di sayangi, sahabat2 serta teman wanita yang istimewa dalam hidupku. Selamat menyambut bulan ramadhan. Semoga kita sama2 melakukan ibadah puasa ini seperti ia ramadhan yang terakhir untuk kita semua.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

Insya'Allah Ahad malam Isnin kita bolehlah ramai-rami memeriahkan masjid-masjid untuk sama2 melakukan ibadat solat sunat terawih. Rebutlah peluang ini. Insya'Allah.

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."
Abu Hurairah r.a
sekian, 

Tuesday, July 19, 2011

Kemuliaan dan keberkatan malam nisfu Sya'ban

Bulan Nisfu Sya'ban telah muncul lagi. Aku ada terbaca satu article dari albakriah.wordpress.com. Intipati bulan Sya'ban di kupas cukup bernas dan mudah untuk dipahami. Sama2 membaca bagi menambah ilmu di dada.


Sya’ban telah muncul lagi, bulan dengan segala keistimewaan dan peristiwa mulia di dalamnya. Tak terkecuali dengan  terdapatnya satu malam yang mulia dan penuh keberkahan iaitu malam pertengahan bulan (nishfu sya’ban).

Pada malam ini Allah SWT menampakkan dan mencurahkan rahmat dan ampunan kepada  hambaNya. Barangsiapa berdo’a maka do’anya diijabah, barangsiapa meminta agar dihilangkan kesusahannya maka akan dipenuhi permintaan itu dan pada malam ini pula Allah mencatat rizqi-rizqi serta amal-amal hamba.

Malam Nishfu Sya’ban adalah malam yang mempunyai banyak fadhilah atau keutamaan. Dalam kitab Zubdah Al-Wa`izhin terdapat hadits yang diriwayatkan dari Abi Nashr bin Said, dari Nabi SAW, beliau bersabda, “Tatkala datang malam ketiga belas bulan Sya`ban, pernah datang kepadaku Malaikat Jibril seraya berkata, `Wahai Muhammad, bangunlah engkau, karena sesungguhnya telah datang waktu bertahajjud, supaya engkau dapat memohon kepada Allah atas keselamatan umatmu” Maka Nabi pun melakukan itu.

Lalu datang pula Malaikat Jibril ketika fajar subuh bersinar, seraya berkata, “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah Ta’ala telah memberikan kepadamu sepertiga dari umatmu”. (yakni agar beliau dapat memberikan syafaat kepada mereka).

Maka menangislah Nabi SAW sambil mengatakan, “Wahai Jibril, beritakanlah kepadaku tentang umatku yang dua pertiga lagi.”

Jibril menjawab, “Aku tidak tahu.”

Lalu datang lagi Jibril pada malam yang kedua (yaitu malam yang keempat belas Sya`ban) seraya berkata, “Wahai Muhammad, bangunlah engkau dan bertahajjudlah.”

Maka Nabi SAW pun melakukan itu.

Lalu datang lagi Malaikat Jibril pada waktu fajar, seraya berkata, “‘Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah telah memberikan kepadamu akan duapertiga umatmu.”

Maka Nabi pun menangis seraya berkata, “Wahai Jibril, beritakanlah kepadaku tentang sisa umatku yang lainnya.”

Jibril menyahut, “Aku tidak tahu.”

Kemudian datang lagi Jibril pada malam Bara’ah (malam kelepasan, pembebasan dari belenggu kesulitan, yaitu malam kelima belas Sya’ban), seraya berkata, “Kabar gembira untukmu, wahai Muhammad. Sesungguhnya Allah telah memberikan untukmu seluruh umatmu yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu.”

Malam Nishfu Sya`ban adalah malam kelepasan. Pada malam itu umat Nabi Muhammad SAW sangat patut bersyukur dengan melakukan berbagai ibadah yang diridhai. Terdapat banyak keterangan mengenai keutamaan malam Nishfu Sya`ban dan fadhilah menghidupkannya.

Telah diriwayatkan dalam beberapa hadits tentang kemuliaan malam ini, diantaranya hadits yang diriwayatkan oleh Al Imam Ath Thabaraniy dan Ibnu Hibban dari sahabat Mu’adz bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda (yang artinya):

“Allah SWT memandang kepada seluruh makhlukNya pada malam nishfu sya’ban dan memberikan ampunan kepada seluruh makhlukNya kecuali orang yang musyrik dan musyaahin”

Musyaahin adalah orang yang menyalakan api permusuhan dan merusak antara dua orang yang saling kasih.
Juga diriwayatkan oleh Al Imam Al Baihaqiy dari As Sayyidah ‘Aisyah ra, Rasulullah SAW bersabda (yang artinya):

“Telah datang Jibril kepadaku seraya berkata: malam ini adalah nishfu sya’ban dan pada malam ini Allah SWT membebaskan dari neraka manusia sebanyak bulu kambing bani kalb, pada malam ini Allah tidak melihat dengan pandangan rahmat kepada musyrik, musyaahin, pemutus silaturrahim, orang yang durhaka kepada orang tuanya dan peminum khamr”.

Dalam redaksi yang  lain Al Imam Al Baihaqiy meriwayatkan hadits dari Utsman bin Abil ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda (yang artinya):

“Jika tiba malam nishfu sya’ban terdengar seruan yang berkata: siapakah yang hendak meminta ampun (pada malam ini) maka Aku akan ampuni, siapakah yang meminta sesuatu maka Aku akan berikan, tidak seorangpun yang memohon kepadaKu kecuali pasti Aku kabulkan hajatnya kecuali pezina dan musyrik”.
Pada bagian lain Al Imam Al Baihaqiy juga meriwayatkan dari Al ‘Alaa’ bin Harits, bahwasannnya As Sayyidah ‘Aisyah berkata:

“Suatu malam Rasulullah sholat lalu beliau memanjangkan sujudnya sehingga aku menyangka bahwa beliau telah meninggal, manakala aku menyaksikan itu aku bangkit lalu aku gerakkan ibu jari beliau, dan jari-jari beliau bergerak. Maka aku kembali ke tempatku. Setelah beliau mengangkat kepalanya dari sujud dan menyelesaikan sholatnya beliau bersabda: “Wahai ‘Aisyah tahukah kamu malam apakah ini?”, aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Beliau SAW melanjutkan: “Malam ini adalah malam nishfu sya’ban, sesungguhnya Allah SWT pada malam nishfu sya’ban melihat dengan pandangan rahmat kepada hambaNya, maka Dia memberikan ampunan kepada yang meminta ampunan dan merahmati kepada yang memminta rahmat dan Dia membiarkan orang yang iri dengki (tidak mendapat bagian dari rahmat itu)”.

Article ini dari albakriah.wordpress.com. 

Sama-samalah kita semua mengimarahkan bulan Sya'ban dan kemudian Ramadhan pula muncul.

Hadis Akhir Zaman

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang­orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

Sifat Cemburu Jadi Buruk Tanpa Iman

Selalu kita mendengar kisah queen control, isteri menguasai suami dan rumah tangga. Isteri jadi tuan dan suami menjadi kuli atau seperti hamba. Suami ketika itu tidak boleh angkat kepala atau membantah apabila mendapat arahan daripada isteri.

 Biasanya isteri begini mempunyai kedudukan yang lebih baik dari suami. Boleh jadi isteri berharta, sedangkan suami tidak mempunyai harta, isteri berpelajaran tinggi dan suami tiada berkelulusan, dan isteri berpangkat dan suami tiada kerja tetap. 

Dengan kedudukan ini isteri akan mengkontrol suami semahunya kecuali kalau isteri itu orang yang beriman dan dia memahami hukum dan pantang larang dalam Islam.

Oleh sebab itu dalam perkahwinan disyaratkan pasangan itu sekufu, maka kedudukan pasangan di atas adalah tidak kufu. Dalam Islam sepatutnya terjadi sebaliknya iaitu suami lebih dari isteri pada perkara yang disebutkan di atas. Dan kesan daripada tidak kufu itu maka terjadilah queen control dalam rumah tangga mereka.

Bagaimanapun terdapat juga dalam kes-kes tertentu isteri tidaklah berkedudukan lebih baik dari suami, mungkin mereka adalah sama-sama miskin dan tidak ada kerja yang istimewa. Tetapi, oleh sebab isterinya tersangat kuat cemburunya maka apa sahaja kerja suami dia mesti tahu. Setiap langkah gerak kerja suami di luar rumah mesti dalam pengetahuannya.

Ertinya suami tidak boleh keluar selalu, tidak boleh buat kerja luar tanpa pengetahuan isteri. Nanti, akan adalah perasaan bersangka buruk terhadap suaminya. Dia rasa seolah-olah suaminya mencari perempuan lain, atau suaminya sudah tidak sayangkannya lagi dan sebagainya. Ini adalah jenis kedua queen control.

Jelas di sini, pasangan dalam rumah tangga di atas juga tidak sekufu, tidak setaraf kedudukan mereka. Sepatutnya dalam Islam suamilah yang patut cemburu kepada isterinya bukan sebaliknya. Jadi, suami wajib bersikap cemburu, manakala isteri hanya harus bersikap cemburu.

Sebenarnya pasangan yang sekufu itu mesti diasaskan di atas iman yang kuat atau beragama. Ertinya pasangan itu mestilah memahami hukum Islam dan melaksanakan hukum itu dengan sebaiknya. Sungguhpun begitu kedudukan suami dalam hal ini hendaklah lebih mantap iman, ilmu atau kewangan dari apa yang dimilik oleh isterinya.

Tanpa itu semua, akan datanglah penyakit cemburu buta, hasad dengki, tidak puas hati dan sebagainya. Sesungguhnya keadaan begini akan merumitkan hubungan antara suami dengan isteri apabila tidak ada pihak yang mahu bertolak ansur.

Percayalah dengan sikap cemburu seseorang isteri itu dia akan tergamak menghalang suaminya dari selalu keluar rumah lebih dari sehari semalam. Apa lagi kalau suami bertugas di luar negara, dia akan cuba menghalangnya.

Bagi isteri ini lebih baik suami itu berkerja kampung menoreh getah atau mengacik burung atau menjadi buruh kasar. Dia lebih rela melihat suaminya susah dan berpendapatan sedikit daripada berjauhan darinya. Kononnya dia hanya mahu melihat suaminya setiap hari.

Ingatlah apabila cemburu itu memuncak, ada kemungkinan akan berlaku keganasan dalam rumah tangga. Akan berlakulah pertengkaran sehingga dia sanggup marah dan memukul suaminya. Lebih parahnya kalau dia sanggup memecahkan cermin kereta dan segala harta suaminya.

Oleh sebab itu dalam kes seumpama ini, salah seorang daripada mereka mesti mengundur diri dari perbalahan itu. Maksudnya, suami hendaklah meminta maaf dan berterus terang dengan isterinya. Sikap suami yang suka merahsiakan apa yang dilakukannya boleh merosakkan hubungan yang sedia baik antara mereka berdua.

Sebenarnya isteri yang mempunyai persepsi yang buruk tentang suami mesti dibersihkan oleh suami dengan bijak. Tetapi kalau suami tidak mampu menyelesaikan masalah itu maka dia mestilah meminta nasihat dari orang lain yang lebih berwibawa. Kadang-kadang dengan menggunakan orang tengah lebih berkesan daripada usaha diri sendiri.

Orang tengah yang paling baik untuk menyelesaikan masalah mereka ialah ibu bapa masing-masing. Merekalah yang sepatutnya bertindak sebagai orang tengah, tanpa memihak kepada anak sendiri dan tidak pula menyalahkan menantu. Pendekatan ini kalau dapat dipupuk oleh mereka akan terbinalah rumah tangga yang bahagia tanpa queen control lagi.

Aku tertarik apabila membaca artikel dari Ustaz Ahmad Baei Jaafar (baei.blogspot.com). Aku seolah tahu realiti kehidupan sebegini. Dan aku tak mahu meyalahkan mana2 pihak. Aku cuma berdoa agar bakal isteri aku bukan seorang 'Queen Control' dan aku pula bukan 'King Control'. Semoga Allah merahmati perhubungan aku dengan dia...

semoga article ini boleh memberikan pengajaran buat kita semua. Insya'Allah


Wednesday, June 22, 2011

SeLamAt HaRI "AYaH"

tiada kata2 yang mampu ku ungkapkan buat mu ayah.
aku sedar dan aku amat merinduimu setiap detik dalam hidupku
aku redha dengan pemergianmu ke hadrat Illahi.
Allah lebih menyayangimu ayah.
19/06/2011 genap la 2 tahun ayah telah tinggalkan aku.
Walaupun sudah 2 tahun ayah telah pergi tapi masih berat bagi aku
untuk berceritakan tentang ayah. aku tak sekuat seperti aku sangkakan...
sebelum aku mengeluarkan tangisan kerinduan pada ayahanda tersayang..
aku ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan

"SELAMAT HARI BAPA"
KAULAH SEGALA-GALANYA
MIE SAYANG SANGAT-SANGAT KAT "AYOH".
MAAF TAK MAMPU MENJAGA AYAH SEPERTI YANG TELAH MIE JANJIKAN..
MAAF SEBAB AYAH TAK SEMPAT NAIK KERETA BARU MIE YANG AYAH SEKIAN
LAMA SURUH MIE BELIKAN....

AKHIR KATA MIE RINDU "AYOH" DAN SEMOGA "AYOH" TENANG DI SANA...

AMINN..

The TiMe Has CoMe

Da sampai masanya untuk aku "BERHIJRAH"
Doa-doakan ye semua semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Aku rasa da sampai waktu untuk aku tinggalkan ia.
Semoga Allah SWT merestui hijrah aku ini...

wasalam

Tuesday, May 31, 2011

CENCARU BELAH BELAKANG

kawan2 ku semua, ini la nak kongsi sikit resepi yang aku suka masak dulu-dulu. Mudoh je nak buat ni....sape hok dok reti tu "nebeng ngak" uat2 tahu da la...hehehehe... Nama resepi ni kat bawah tu..besar lagi tulisan tu..hehehe...
CENCARU BELAH BELAKANG

Bahan
4 ekor ikan cencaru[dicuci dan dibelah dibelakang]
minyak

Bahan Sambal/Mesin2 batang serai [racikkan]
4 ulas bawang merah
6 tangkai cili merah
2 s/b kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan
daun kunyit [mayang halus]
3 biji limau kaasturi [belah 2 dan buangkan biji]

Cara membuat
1. Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.
2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.
3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..
4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.
6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan

 Tapi bagi mereka yang x suka makan ikan ni cara goreng, anda pon juga boleh memanggang/bakar ikan ni..ia juga sedap. nak nak lagi cecah air asam...perghhh.....dulu aku masak ikan ni mesti aku bagi jiran aku yang dulu2..skang sume jiran tu da x de..skang jiran baru...hahaha...
jom kita tengok gambar2 ikan ini sebelum n selepas di goreng...
ni la rupa ikan cencaru/ikan jaket/ikan keras ekor.....


kat belakang tu la kita sumbat bahan2 yang di blend tu....


ini lah rupa ikan cencaru belah belakang....aku panggil ikan sumbat je...hahaha

ini air asam...macam2 style korang leh uat air asam ni...janji ada nak cicah ikan tu...hehehe

so selamat mencuba ye....resepi asal ini di petik dari:-
http://hanieliza.fotopages.com