Friday, August 12, 2011

Boss Baru

Salam ramadhan

Hari ini aku nak berkongsi pasal boss baru. Aku cuma tahu nama dia En. Azhar a.k.a "muscle man". En Azhar ialah senior manager yang baru di lantik oleh pemilik baru syarikat ini iaitu Hevea Capital. Orangnya muda lagi la dalam awal 40 kot umurnya. Aku belom pernah berborak dengan dia dan orang kata dia ni tegas orangnya. Selepas membuat analisa, En Muzzammil hanya akan jaga marketing dan logistic je skang ni. So R&D bukan lagi di bawah Muzam, so aku kenalah repot kat En. Azhar mulai 01/08/2011.

Mesti korang nak tahu kan pasal "muscle man". NI gelaran orang sales yang bagi pada dia. Sebabnya senang je, dah memang dia ahli gym tetap kat KL tu. Badan dia "berketak"la dia angkat besi. Hahahaha. Seebnarnya aku gelisah nak repot pada En Azhar. Sebabnya mudah je, R&D memang da lama tak bergerak dan projek pon banyak tertangguh dan dengan harga latex yang agak mahal ni, payah la kami nak buat testing2 ni. Nanti kan bila dia tanya ape projek R&D?..x ke mati kutu aku nak menjawab kat dia. Hmmmm..aish...

Dengan keadaan kilang aku tak tahu lagi macam mana ni, hati aku pon gelisah jugak la memikirkan masa depan aku. Nak beli latex pon skang sakit oww....Yang selebihnya tak yah cerita la.

Apa harapan aku ialah, dapat kerja baru dengan kadar yang segera. lepas raya, maybe ada temuduga lagi. sudah lama aku disini dan masanya sudah tiba...


wasalam.

No comments:

Post a Comment