Thursday, August 4, 2011

Supermak...peewwiittt Nasha Aziz.

Ini lah cerita baru di TV3 setiap Isnin pukul 9.00 Malam. "Supermak". Cite ni ala2 macam No Ordinary Family jugak tapi versi Malaysia. Cerita ni gantikan slot "Juvana" dan cerita ni ringan je plot nya. Lawak la jugak. Aku tengok pon baru 1 kali tu pon episod 1. Tgk pon da nak abis da. Sebab Nasha Aziz dan Zul Yahya (papaya Man) yang berlakon maka aku pon terpacak la kat depan tv tu. Tapi disebabkan bulan ramdhan so aku tak boleh tengok la lagi.

Hah ni la serba sedikit tentang cerita ni:
~ Synopsis ~
SuperMak mengisahkan tentang seorang ibu dan suri rumah, Amy Salim yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy, Thani, yang berasal dari kepulauan Riau. Termasuk Thani, empat suku dari kepulauan tersebut telah dianugerahkan lima keistimewaan yang berlainan oleh seekor burung garuda yang bertukar menjadi seorang wanita setelah diselamatkan oleh Thani. Namun, setelah beberapa generasi, Bashar yang memiliki kuasa api kini muncul untuk merampas sesuatu dari simpanan Amy untuk merealisasikan niat jahatnya. Apakah yang akan terjadi seterusnya dan siapakah lagi yang akan tampil dengan keistimewaan dari mitos ini?
(dipetik dari: http://kyoshisousuketakes.blogspot.com/2011/07/supermak-2011-episode-01-updated.html)

ini lah pelakon utama "supermak"

 So kepada yang penat bekerja dan mahukan "funny action drama" then try la tgk cerita ini.


wasalam

1 comment: