Tuesday, May 31, 2011

CENCARU BELAH BELAKANG

kawan2 ku semua, ini la nak kongsi sikit resepi yang aku suka masak dulu-dulu. Mudoh je nak buat ni....sape hok dok reti tu "nebeng ngak" uat2 tahu da la...hehehehe... Nama resepi ni kat bawah tu..besar lagi tulisan tu..hehehe...
CENCARU BELAH BELAKANG

Bahan
4 ekor ikan cencaru[dicuci dan dibelah dibelakang]
minyak

Bahan Sambal/Mesin2 batang serai [racikkan]
4 ulas bawang merah
6 tangkai cili merah
2 s/b kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan
daun kunyit [mayang halus]
3 biji limau kaasturi [belah 2 dan buangkan biji]

Cara membuat
1. Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.
2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.
3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..
4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.
6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan

 Tapi bagi mereka yang x suka makan ikan ni cara goreng, anda pon juga boleh memanggang/bakar ikan ni..ia juga sedap. nak nak lagi cecah air asam...perghhh.....dulu aku masak ikan ni mesti aku bagi jiran aku yang dulu2..skang sume jiran tu da x de..skang jiran baru...hahaha...
jom kita tengok gambar2 ikan ini sebelum n selepas di goreng...
ni la rupa ikan cencaru/ikan jaket/ikan keras ekor.....


kat belakang tu la kita sumbat bahan2 yang di blend tu....


ini lah rupa ikan cencaru belah belakang....aku panggil ikan sumbat je...hahaha

ini air asam...macam2 style korang leh uat air asam ni...janji ada nak cicah ikan tu...hehehe

so selamat mencuba ye....resepi asal ini di petik dari:-
http://hanieliza.fotopages.com


 

BeRtEmU CiNtA - Mila (OST NUR KASIH the movie)

("Abang memang suka pada Nur, Abang Percaya apa yang di aturkan adalah yang terbaik. 
Nur milik Adam, bukan milik Abang")
 
Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata
 
*Chorus
Bertemu cinta
Kita akhirnya
Setelah tangis
Tanpa suara 
 
Bertemu cinta
 
Bagai cahaya
Menyuluh hati
Menjadi kasih sejati
 
(Nur, Nur janji dengan abang, jangan tanggalkan lagi, jangan tanggalkan lagi)
 
Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan
 
*Chorus (ulang)
 
Lantaran kasihmu dan kasihku
Tiada rahsia pemisah kata Bertemu cinta
Di ambang syurga
Mengutus doa
Biar menjadi anugerah Bertemu cinta
Indah sempurna
Sedetik tidak
Hilang ragu dan percaya 
 
Ini lah soundtrack film Nur Kasih...ni salah satu OST Nur Kasih la...Mila penyanyi tu, aku x pasti samada Mila yang kecik molek dari AF tu ke tak....hahaha...Cite Nur Kasih kira ok la...walaupun aku agak lost masa tengok cite tu...ia bukan ape, aku tak folow sangat masa drama setiap Jumaat dulu tu...ada gak episod aku terlepas so ada la babak2 dalam filem tu aku jadi lost...hahaha....Tapi ok la...menemani orang "tersayang"....hehehe.. Cite ni ada la mengajar kita bahawa "setiap yang hidup pastinya pergi jua nanti"....dan betapa seksanya untuk berpisah dengan orang yang kita sayangi...
 

Thursday, May 5, 2011

SoLaT SuBuH 5 RakAaT...

hah ini la dia cerita lawak aku nak kongsi bersama teman2 aku sume...
anak sedara aku ni hah, baru masuk darjah satu la katakan....
so mak nya start la aja anak tunggal dia ni sembahyang....
kan da umur 7 tahun da leh ajar solat dah...
tambah2 lagi anak sedara aku ni lak di hantar ke sekolah rendah agama...
so kat sekolah dia pon dah blaja la solat semua...

ni lah ank sedara tunggal aku..hensem dah dia..hehehehe

Citenya berlaku ari sabtu 2 minggu lepas...mak ai.lama da baru nak cite...
biasalah malas nak menulis..ni baru ada mood...hehehe..
ok sambung semula cite tu..bila kol 7.00 tu anak buah aku ni bangun la...macam biasa nak solat subuh la...
pastu dia g amik wuduk bagai n mula la solat...
aku mula2 heran gak nape lama sangat dia solat subuh x sudah2. lagi...hehehe
rupa2nya dia pergi sembahyang subuh 3 rakaat pastu dia perasan dia dah tersilap dia pon pergi solat subuh 2 rakaat (yang betul punya) pulak...so patutla aritu dia solat 5 rakaat...hehehe... dia lak g bagi tau kat mak dia..apa lagi bila mak dia cite kat aku..sakit perut aku tahan suka..hehehe

tapi aku bangga la, aku masa umur dia pon, aku tdo je x de bangun subuh2 da... yang aku tau kalau ari cuti aku memang bangun awal la....kol 8 lebih da keluar umah da....pergi lastik burung...hahaha...
anak buah aku ni kira baik la...harap2 dia boleh ikut jejak langkah pak su dia n arwah atuk nya menjadi orang alim. iNsyaAllah....