Monday, February 21, 2011

Empat kunci kebahagiaan 

"Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”  Riwayat Ibnu Hibban

Huraian Hadith tersebut
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu. 

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

sama2 renungkan dan selamat mencari kebahagian dalam hidup ini...insya'Allah kebahagian pasti menjadi milik abadi kita semua... 
Never alone again....


"God determines who walks into your life. 
It is up to you to decide who you let walk away, 
who you let stay, and who you refuse to let go"  Zuly Fadzli

So its up to us to build good relationship with our family and friends. I know deep down in my heart there will always be my beloved family which will always remain inside and become a part of me. I am nothing without them. 

I ask and pray everyday to Allah that to never let my father and my mother leave me alone. Than again my beloved father passed away. That is fate. I also pray that HE gave me strength to hold my family together in happiness and leave in harmony. i ask HIM for a soul mate than He gave me problems to solve and to help others that is in needs. I believe i have found my soul mate  and i will always pray for her happiness with me and one day we will be become one. Insya'Allah...................
JoDoH...........

Seringkali ayat JODOH itu kita dengari dalam hidup kita. Jodoh maut di tanganNYA. Jodoh itu luas maksudnya. Kadang2 kita persoalkan adakah dia jodoh kita? adakah dia bukan jodoh kita? Jodoh yang telah dijanjikan Allah ialah berpasang-pasangan. Kita hidup di dunia ini semuanya dijadikan pasang-pasangan. Sebagai contoh la...sudu ngn garfu, pendek dan tinggi, gemok dan kurus, hodoh dan lawa, dan sbgnya. Oleh itu percayalah pada yang Maha ESA bahawa jodoh itu telah diciptakan untuk kita semua. Samada kita akan dipertemukan dengan cepat atau sebaliknya. 

Saya akan kongsikan dengan kamu semua pandangan pasal JOdoh. kalau ada yang tidak setuju tu biasa la. Kita manusia yang di anugerahkan akal fikiran yang sempurna oleh Allah. So pikir-pikirkan la ye sama. 

"Saya ada satu epal, 
anda ada satu epal.  
Kita tukar epal, 
anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, 
kemudian kita tukar ilmu tersebut, 
anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu.... "


Renungkanlah sedalam-dalamnya…Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu…..
“Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di bumi….”

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`
  Yang baik datangnya dari Allah dan yang lemah itu datangnya dari saya sendiri.....
 
ditujukan khas, buat sahabat yang bernama Mohd Rasib Ayop yang selamat melabuhkan tirai bujang beliau dengan Jodohnya yang semanis Rasip juga. Syabas kerana sabar menanti saat bahagia kamu walaupun usia sudah pon menjangkaui awal 40an.... Tapi itulah manisnya dan indahnya JOdoh Allah itu...Usia tua tidak semestinya JOdoh itu tidak akan muncul jua. Lihat sahabat saya Rasip....Tahniah..
 

"Selamat Pengantin Baru"

Bila Nak Kawin???


Jawapan Untuk Org2 Yg Suka Menanya Bende Yg Sama..... :P
Hah..Bila nak bagi cincin ni?...hehehehe

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan  
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan...


Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak  
Si dara, ayah takut bergelar andalusia
 
Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya  
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan
saya)  


Bila nak kawin???
Aduuuhh....aku disoal lagi .
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?  
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
 
Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa.haa.haa )
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah
membeli VCD cetak rompak  

Atau sesenang memakan twisties..
 
Bila nak kawin???  
Aaahhh...sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran  
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
 
Bila nak kawin???  
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh. Insya-Allah takkan ke mana.
 

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang  
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

Cinta dan dia pasti menjadi milikku jua nanti...insya'Allah..


MORAL OF THE STORY :
DONT ASK!Too Many times..once is enuf...i am sure they already know when and how they want to married and with whom...its just not their time yet..
saja je nak kongsi ngn org2 yang suka bertanyakan soalan2 seperti di atas...hehehe...
aku ada membuka email-email lama aku dan aku terjumpa satu email yang bagi aku agak ok la jugak..Email ni tak silap aku abg zuly yang bagi kat aku..kawan baik aku....Email tu bertajuk Men's Rule...

MEN'S RULE

At last a guy has taken the time to write this all down

Finally
, the guys' side of the story.
( I must admit, it's pretty good.)
We always hear " the rules "
From the female side.  

 Now here are the rules from the male side.    


These are our rules!
Please note.. these are all numbered "1 "

ON PURPOSE! 
 

1.   Men are NOT mind readers .

1. Learn to work the toilet seat.
You're a big girl. If it's up, put it down.
We need it up, you need it down.
You don't hear us complaining about you leaving it down.

1. Sunday sports It's like the full moon
or the changing of the tides.
Let it be.

1. Shopping is NOT a sport.
And no, we are never going to think of it that way.

1. Crying is blackmail.

1. Ask for what you want.
Let us be clear on this one:
Subtle hints do not work!
Strong hints do not work!
Obvious hints do not work!
Just say it!

1. Yes and No are perfectly acceptable answers to almost every question.

1. Come to us with a problem only if you want help solving it. That's what we do.
Sympathy is what your girlfriends are for.


1. Anything we said 6 months ago is inadmissible in an argument.
In fact, all comments become Null and void after 7 Days.


1. If you think you're fat, you probably are.
Don't ask us.

1. If something we said can be interpreted two ways and one of the ways makes you sad or angry, we meant the  
other one

1. You can either ask us to do something
Or tell us how you want it done.
Not both.
If you already know best how to do it, just do it yourself.

1. Whenever possible, Please say whatever you have to say during commercials.

1. Christopher Columbus did NOT need directions and neither do we.

1. ALL men see in only 16 colors, like Windows default settings.
Peach, for example, is a fruit, not A color. Pumpkin is also a fruit. We have no idea what mauve is.

1. If it itches, it will be scratched.
We do that.

1. If we ask what is wrong and you say "nothing," We will act like nothing's wrong.
We know you are lying, but it is just not worth the hassle.

1. If you ask a question you don't want an answer to, Expect an answer you don't want to hear.

1. When we have to go somewhere, absolutely anything you wear is fine... Really .

1. Don't ask us what we're thinking about unless you are prepared to discuss such topics as baseball
or golf.

1. You have enough clothes.

1. You have too many shoes.

1. I am in shape.  
Round IS a shape!

1. Thank you for reading this.
 

Yes, I know, I have to sleep on the couch tonight!


But did you know men really don't mind that? It's like camping.

Pass this to as many men as you can -
to give them a laugh.

Pass this to as many women as you can -
 

to give them a bigger laugh. 
 

 ni saja je nak share ngn kawan2...hehehe..pada kaum wanita...jgn marah ye...just for laugh...
Pendek ja statement ni..tapi banyak makna dlm diri kita.
 
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, 
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
 
sama2lah kita renung2kan ye...semoga ia boleh dijadikan iktibar pada kita...insya'allah
Lack Of IdEas...

Well i know that i haven't wrote anything recently at my blog. Then one nosy "girl" friend of mine said " hoi..update la blog ko tu!!"...hahahahaha.. Then i realized that i have not write anything nor update my blog for weeks now. Its not that i don't want to. Its just that i am clueless at the moment. She also said that why don't you write stuff about my beloved?.. i can only laugh at those statement.

so now i will gathered all the writing aura then i will update my blog. You wait for it.....
MOnDaY BLuEs...

Monday is the the "Sleepy" day for me. I never really like when i look at the calender and it shows that tomorrow is Monday. I missed Sunday where me and my buddy can stay back at home and catch some rest that we deserved from our exhausting working life. Well my life is not as hectic as Zaimi. I felt like Monday is taunting me or even stalking me. I was really enjoying Sunday with no outdoor outing to do and no football match to watch. As the sky darkens my mood has change from colorful to dull. Why is that i wonder? What else..Tomorrow is Monday. Hahaha...

We are suppose to look forward to Monday since it is the 1st day of a week. We can go to work and do things and more work at our working place. Then why most of the people i knew hates Monday. I can see many post at the FB saying " i hate MOnday", "here comes Monday blues" and many more indicating that no body are looking forward to Monday. hahahahahaha..I never come across one post saying stuff like " i love Monday"?.. If i did, then i would like to meet with that person. Who knows maybe he can share something interesting with me regarding Monday. Hahahahaha..

Monday is hectic
Monday is tiredness
Monday is pain
Monday is working day
Monday is blurry day
Monday is YM day
Monday is meeting
Monday is Sleepy day
Monday is great when the clock strikes 5.30pm then my Monday will starts. hahaha

Well truthfully Monday ain't all that bad really. Its just that I am not really in to the mode yet. Once i get the morning break and the lunch break. I guess i can kick start my Monday. Then all my work and pending works are done in a "jiffy".



Monday is Sleepy.....zzzzzzzzzzzzzzz.....Good night...

Friday, February 11, 2011

DiKau TiaDa PenGGanTi..

dikau tiada pengganti.... menjadi nadi tajuk utama blog aku. Aku tidak tahu kenapa aku memilihnya sehinggalah ada seorang teman bertanyakan kenapa dikau tiada pengganti? Puas aku menafikan jawapan yang aku pendam di lubuk hatiku. akhirnya aku akur dengan takdir jua. Tajuk ini aku tujukan khas buat arwah ayandaku yang tersayang. Dia telah kembali ke Rahmatullah pada 19/06/2009 4 hari selepas hari ulang tahun kelahiranku.

Sungguh perit untukku menelan pemergiannya. Tapi aku harus tabah mengharungi liku-liku hidup aku sebagai anak lelaki sulung dimana besar tanggungjawabku pada ibuku mahupun adik-adikku. Semoga Allah menabahkan hatiku dan jua memberikan aku kekuatan agar dapat aku menjadi seorang anak yang taat pada hukumNYA dan taat pada agamaNYA dan taat kepada ibuku. Insya'Allah.

Berbalik pada dikau tiada pengganti ini, aku tujukan khas tajuk ini pada arwah ayahandaku kerana tiada siapa boleh menggantikan tempat beliau sebagai seorang ayah padaku mahupun teman berbual dan juga seorang guru yang selalu mendidik aku supaya aku menjadi insan yang baik. Terima kasih ayah. Dikau Memang Tiada Pengganti......


Al-Fatihah....

SeLaMaT MaJu JaYa....

 MeLaNgKaH PeRgI SeOrAnG KaWaN............

Dalam suasana yang suram di ofis R&D, aku milihat wajah staf-staf aku yang meyorok perasaan hiba dan disusuli juga dengan perasaan gembira untuk rakan sejawat. Ofis kami akan sunyi tanpa kelibat insan yang kami semua sayangi. aku telah anggapnya seperti abangku sendiri dengan gurau sendanya, nasihat-nasihatnya serta gelak tawanya yang menceriakan opis R&D dan kami semua. Melangkah beliau ke arena baru dalam kerjaya hidupnya. Memulakah langkah demi langkah menuju puncak kejayaan yang semua manusia idam-idamkan. Saban hari aku melihat abgku ini tidak lekang mengusahakan sesuatu projek bagi menyara hidupnya serta keluarganya. Siapakah yang aku maksudkan? Tidak lain dan tidak bukan....Abdul Salim a.k.a salimkelawar. 

Sebak hatiku menahan air mata ini dek kerana teramat sedih dengan melangkahnya pergi abg Salim keluar dari opis aku ini. Selama 2 tahun lebih aku bekerja denggannya dan alhamdulillah tidak banyak kerenah yang dia lakukan semasa aku menjadi "boss" dia. Beri sahaja tugas pada dia dan tanpa banyak "songeh" kejap je dibuatnya. Dia jarang mengeluh bila melakukan satu kerja. Itulah yang buat aku suka pada watak abg Salim ini. Aku tahu dia seorang yang tegas dengan prinsipnya tapi amatlah lembut orangnya. 

Boleh juga dikatakan "romantic" juga orangnya. Amat meminati membaca novel-novel cinta dari dia bekerja syif lagi. Suatu ketika dahulu sebelum dia diserapkan di jabatan R&D, dia bekerja di makmal fizikal. Apabila kerja di syif malam mula la dia tekun membaca novel-novel cinta yang di bawa oleh rakan karibnya iaitu abg Razali. memandangkan isteri abg Razali pon pengumpul novel, amat mudahlah bagi abg Salim meminjamnya. 

Aku juga tahu sepanjang dia berada di bawah jagaan aku, dia banyak melakukan kerja-kerja luar seperti "projek lada", "projek kacang panjang", "projek pasir" dan macam2 lagi projek yang beliau ceburi. Tapi aku tahu satu persatu projek itu hanya mengecapi kejayaan yang sementara. Tapi dia tidak pernak putus asa. Sebagai ketua Pemuda Umno cawangan Kg. Kelawar dia haruslah berusaha gigih untuk diri dia mahupun untuk orang-orang kampung. Gagal sekali tidak bererti akan gagal buat selama-lamanya.

Hatiku sedikit gusar dan khuatir dengan perginya dia melangkah ke arah projek baru yang akan dikendalikan olehnya tidak lama lagi. Maka tanggal 15/02/2011 ialah hari terakhir dia akan bersama kami semua. Tanggal 16/02/2011 bermulalah episod baru dalam hidupnya. Meninggalkan rakan-rakan sejawat demi mengejar cita-cita sebagai petani moden. Aku doakan agar dia berjaya dengan bidang dia ceburi. Tapi aku sedar yang abg Salim ni tabah orangnya. "pantang MELAYU berundur sebelum berjuang habis-habisan"...dan aku rasakan prinsip inilah yang membakar semangat waja abg Salim untuk terus menceburi pelbagai bidang sehinggalah dia akan berjumpa dengan satu bidang yang akan kekal kejayaannya kali ini. Insya'Allah sama-samalah kita mendoakan kejayaan dia di RahmatiNYA. 

Ya aku menipu jika nak dikatakan aku tidak sedih dengan keluarnya seorang lagi "staff" aku ke arah bidang kerja lain. aku juga sedih ketika Poobalan meninggalkan kami semua begitu saja. Hilang tanpa khabar berita dimana dan ke arah mana tujunya. Apatah lagi kali ini abg Salim yang agak rapat dengan aku. Seteru aku ketika bermain ping pong. Perpisahan amatlah berat untuk aku terima akan tetapi itulah lumrah kehidupan ini. "Dimana ada pertemuan pasti ada perpisahan". Walau apa pon aku haruslah tabah dan memberi sokongan sepenuhnya untuk abg Salim bagi dia memajukan industri 'penternakan ayam daging". Ayuh majulah diri anda sebagai bangsa Melayu Selamat maju jaya aku dahulukan buat abg Salim dan pasti suatu hari nanti kita semua akan bersama-sama semula. Insya'Allah.  

aku dedikasikan "Doa Perpisahan" ini untuk insan bernama Abdul Salim...


"DoA PeRpIsAhAn"

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu


Dipetik Dari lirik lagu kumpulan Brothers......

Abdul Salim Abdul Wahid....SeMoGa BeRJaYa!!!

 

Thursday, February 10, 2011

SekoLoh PuSaT ChaBanG TiGa

Sambil merenung masa depan aku di kilang yang aku kerja ni...aku teringat pada zaman sekolah rendah dulu. Walaupun umurku sudah mencecah angka keramat 30 tapi ingatan aku pada zaman kecilku masih segar dalam ingatan ni. ibu ku dan ayah ku selalu menceritakan apa yang selalu berlaku sewaktu aku di darjah satu. Aku mahu menafikan semua cerita yang telah mereka sampaikan tapi semuanya telah berlalu pergi. Apa yang mereke ceritakan pada ku sebenarnya memang yang berlaku ke atas diriku. Aku dikenali sebagai anak yang agak degil la dari kecil lagi.Tapi tak sedegil budak degil yang lain..

Masa darjah satu dulu aku dikenali sebagai salami yang suka menagis. tapi yang ajaibnya aku tak la menangis tiap2 hari dan tiap2 waktu. aku cuma akan menangis dalam kelas pendidikan islam. Adalah seorang ustazah yang gemok ni dengan raut wajahnya yang agak garang dan dia suka sangat tiap2 kali nak abis kelas dia akan bagi soalan2 agama la. nak nak lagi kelas dia last skali sebelum balik. so tiap2 kali la aku akan menagis dalam kelas die. nak tahu nape? aku pon tak tahu kenapa sebenarnya...hehehe. tapi aku rasakan sebab dia suka bertanyakan soalan2 dan aku selalu last skali dapat jawab.

kartun ni gaya ustazah aku dulu2...hehehe

Ustazah ni suka tanya soalan2 pelik dan siapa yang tak dapat jawab kena berdiri atas kerusi hinggalah atas meja. Dan aku la budak kecil yang selalu tak boleh jawab soalan2 dia...so aku menangis la sebab aku slalu last balik dan dia suka marah aku...
"asik-asik nak nangis"..ngeri ow bila dia cakap ayat tu padaku..hehehe.."hah berdiri kamu atas kerusi"...makin sebak la aku sambil menangis2 la...hahaha..aku ingta lagi Farid, Azri Gaban suka ketawakan aku...siap mereka boleh cakap "nanti salami menangis la tu kena soal di ustazah"?hehehehe...Banyak cantik punya kawan...hahaha.tapikan aku ngn Azri Gaban masih lagi baik dengan aku..

macam ni la gaya aku dulu2 kena diri atas kerusi...sambil menangis2..hahahaha
Farid, Azri Gaban dan rakan2 ku yang lain sudah hampir 20tahun tak berjumpa.Tapi aku tau mereka semuanya da berumahtangga dan beranak pinak.Bulan 6 ni maka 30 la usia aku. Kawan2 aku asik bertanya bila nak kawin? aku da meluat nak menjawab persoalan2 mereka. hehehe...aku memang da patut nikah da ni..tapi ada satu lagi halangan aku iaitu duit. tapi rezeki Allah itu meluas. InsyaAllah aku akan di ijab qabulkan juga nanti dengan pilihan hati aku sendiri. semoga Allah akan terus merestui perhubungan kami ini...

Berbalik pada cerita ustazah tadi. kerana ustazah la aku di kenali sebagai salami "cry baby" pada kawan2 aku. Tapi kan aku dalam kelas dia je aku suka menangis. kelas2 lain x de la pulak aku nak menangis. tu yang aku pelik...hahaha. aku memang dari kecik x la pandai mana mengaji al quran tapi setiap kali ustazah tu buat hafazan aku lulus cemerlang je. Tapi tiap kali kena "test" soal jawab je aku akan mula mencurah-curah airmata la jawabnya..hahaha....

Tapi walaupun aku menangis di kelas ustazah aku itu...akhirnya aku berjaya juga dalam pelajaran. Tak jadi ustaz pon xpela....agaknya aku suka sangat menangis dalam kelas ustazah aku la aku tak dapat jadi ustaz seperti mana yang ayah aku inginkan.Tapi Allah itu maha berkuasa dimana DIA telah memakbulkan doa seorang ibu yang inginkan seorang anak bagi menggantikan tempat suaminya (ayahandaku). Maka lahirlah adik lelaki bongsuku pada tanggal 02/11/1992. Semoga Allah merahmatkan dia selalu dan tunjukkan lah jalan-jalan yang direstuiMU untuk dia berjaya didunia. Peliharakanlah dia, aku serta adik2 ku yang lain ke jalanMu iaitu ke jalan agamaMU. dan juga hindari aku dan adik2 ku dari godaan syaitan2 dan jin jin nescaya merekalah musuh utama pada manusia. Insya'Allah.

Terima Kasih buat Ustazah, Ustaz dan cikgu-cikgu yang telah mengajar serta mendidik aku dari darjah satu hinggalah ke darjah 5 di sekolah pusat chabang tiga. Tanpa didikkan kamu semua dan melayan kerenah2 aku semasa di bangku sekolah dulu maka aku tak akan berjaya seperti sekarang. Semoga dirimu semua dipanjangkan usia dan di rahmatiNYA selalu. Insya'Allah.

Ameen...
 Pergi tak Kembali

ayah,
aku sangat merinduimu hari ini
aku menangis di dalam hati
sakit dadaku menahan tangisan
tak dapat juga ku menahan
air mataku keluar jua
tak dapat ku bendung lagi
basah pipiku basah sejadahku ini

ayah,
pemergianmu tak siapa yang duga
bagaikan drama di tv
ketika ibu mengatakan
ayah sudah pergi
aku sungguh bingung sekali
tak terkata apa, membisu sepi
ku kucup dahimu dengan redha
merelakan kau pergi

ayah,
yasin ku bacakan untukmu
air mataku keluar dengan sendiri
ayat-ayat Allah sungguh suci
aku tunduk kepada kebesaran Illahi

ayah,
kau terbaring diatas tilam
senyuman manis terukir dibibirmu
mukamu merah bagaikan bernyawa
aku sungguh tak percaya
aku menanti dengan penuh harapan
akan kau bangun dari tidurmu itu

ayah,
aku mencuci dan membelai rambutmu
mongosok dadamu mengelap belakangmu
selembut sentuhan seperti aku ketika bayi
dimandikan olehmu dengan penuh kasih sayang

ayah,
semua orang datang menjengukmu
tidakku kenal semuanya
mereka bertakbir melihat jasadmu
mereka mencium pipi dan dahimu
mereka memuji kebesahan Illahi

ayah,
langit menangis membasahi bumi
ketika engkau ditanamkan
sungguh suci pemberian Illahi
menyambut kedatanganmu dengan hujan

ayah,
pergimu adalah hari jumaat
semoga ditempatkan bersama wali keramat
semoga bertemu kasih yang satu
yang selalu kau sebut-sebutkan dulu

tanggal 19.06.09,
perginya seorang ayah
perginya seorang guru

di petik dari Hansuke (a.ka. adik aku Afifuddin Ramli)

Al-Fatihah buat arwah ayahandaku Dr. Hj. Ramli bin Omar

Wednesday, February 9, 2011

bILa AkU RiNdu



RiNdU.....

Satu Ungkapan
Yang Sukar ditafsirkan
Satu Perasaan
Yang Payah diluahkan
Satu Penantian
Yang Penuh Penyeksaan 
Namun Rindu Tetap Indah.....
Walau Jiwa Meronta
Walau Hati Memberontak
Walau Diri Tak Keruan
Namun.....
Rindu Menambahkan Sayang...
Sayang Yang Melahirkan Rasa Kasih
Kasih Yang Membabitkan Rasa Cinta
Cinta Yang.....
Akhirnya Saling Menyayangi 
Namun Aku Terus Merinduimu.....
Setiap Saat, Masa, Waktu dan Ketika.....
Rindu itu tak Pernah Hilang,
Rinduku Bertambah Tebal Padanya...
Ku Terus Menunggu
Agar Rinduku....
Agar Rindumu...
Berlalu Dengan Kebahagian
Kebahagian antara aku dan dia
Untuk Hidup Bersama
Selama-lamnya........

Picnic bersama jiran PT1853 & PT1855


suatu hari bila bosan melanda jiwa.....

Kawan-kawan lain sibuk pulang ke kampung masing-masing sedangkan aku, zaimi tinggal berdua di rumah sewa kesayangan kami beralamat PT1854 Taman Seri Cahaya. Cuti Hari Raya Cina tahun ni cantik la pulak jatuh pada hari Khamis dan Jumaat. Aku memang tak berniat nak balik kampung sebab hujung bulan 2 ni aku nak balik Terengganu lagi so time ni rehat-rehat kat umah la. Boleh la aku mengemas umah, membasuh kereta dan juga moto kesayangan aku.


Pagi Khamis tu aku bagun awal walaupun malam tu tidor lewat sedangkan si zaimi masih lagi di ulit2 mimpi yang indah bersama teman wanita nya kot. Hehehehehe....pagi tu la aku amik kesempatan mengemas bilik aku dan juga ruang tamu kita org. Bila settle aku pon pergi la mencari sesuap sarapan pagi di pekan batang kali. Kali ni roti canai menjadi pembuka selera di pagi hari. sedappppp!!!


Sampai je di rumah zaimi memanggil aku. aku ingat kan ada apa2 yang berlaku rupa2nya dia buang tebiat kot tiba2 cakap "JOM KITA BAKAR IKAN ARINI "........aku gelak ingatkan dia masih lagi mamai dari tidornya..hahahaha..Dia pon keluar umah dan setengah jam kemudian dia bawa balik 2 ekor ikan 'NYOK-NYOK'. amacam pernah dengar nama ikan ni?.terus terang aku cakapkan ini lah pertama kali aku melihat ikan ni apatah lagi dengan namanya yang agak unik. Nanti kamu boleh tengok gambar ikan tu ye...hahaha..


ini lah dia ikan "NYOK-NYOK"


Aku mula la operasi memerap ikan tu. Zaimi ni baik orangnya sebab tu imam sebelah umah kami tu sayangkan bakal menantu dia ni. hahaha...Kami memerap 2 ekor ikan "NYOK-NYOK" dan dengan selamber pergi sebelah umah jiran kita org PT 1855 untuk operasi memanggang ikan la....hahaha..Si Azni yang Choont x de umah dia keje time orang lain bercuti.hah sebut pasal dia aku teringat pada ayat2 dia sebuat pada aku. "AZNI KAMU NI KERJA DI LADANG BUKAN KERJA DI OPIS MACAM ORG LAIN" HAHAHAHAHA..disebab kan bos dia kelaurkan ayat2 ni la dia terpaksa kerja walaupun cuti umum. kesian.. ok balik pada operasi tadi. disebabkan arang yang sikit maka terpaksalah aku n zaimi menggunakan kayu api untuk membakar ikan itu. Hah tengok kat bawah tu...hebat tak berbara kayu api tu?..hahaha


ni hah kayu api yang di ambil blakang umah






ini lah kawan aku si zaimi a.k.a WSB...Wa seorang buaya..hahaha..tgk lagat die..tekun tu membakar ikan..ala nak bagi bapak mentua punya pasal la kena la tekun..hehehehe

Tgk la sendiri si zaimi rajin dan bersemangat membakar ikan tu...hahaha...aku biasa la cameraman mestila tak ada dalam cite ni...hahahaha...Bata yang menjadi tapak untuk membuat set memanggang pon kita org pinjam pak imam punya (bakal bapak mentua zaimi jugak)..hahahaha..alamak baru aku ingat la aku belom hantar lagi bata-bata tu kat pak imam...hahaha...jangan dia mengamuk la..hehehe....setelah beberapa kali memusing pemanggang ikan itu maka terhasil lah ikan bakar kami. Nak tengok hasilnya tak?..hah...tengok je kat bawah tu..amacam ada terliur?......hahahaha


ni la ikan yang sedang di bakar...



maka terhasil lah ikan "NYOK-NYOK bakar kami. nampak macam lazat je kan...tapi memang sedap la ikan ni..terima kasih zaimi kerana blanja aku makan.



ow lupa pulak nak bagi tahu yang hari tu aku juga ada masak ikan patin masak tempoyak. Boleh la dimakan dan jadi la jugak walaupun tidak sesedap yang mak aku masak kan..tapi boleh la....hehehe...salami usaha lagi.."you can do it"..hehehe. Nak makan ikan bakar ni mestila kena ada pencicahnya iaitu air asam. perghhhh sedap siot ikan bakar cicah air asam. aku malas la nak buat air asam sebab aku malas la aku suruh awek zaimi si azah membuatnya.....boleh la tahan dia buatkan air asam tu. kalau tanya si zaimi sedap ke tak mie?..awek punya pasal mestila sedap...kan mie kan? hehehehe...(jangan mare ek mie..gurau je...hehehehe).
Tak kan makan ikan patin dan ikan bakar je kot?..hah mesetila tidak....baru je nak menjamu selera azah pulak bawakan ketam masak merah...perggghhhh..ketam tu.....fevret zaimi n azah...hahaha..aku tengok je la sebab aku ni x leh makan sangat ngn seafood...ala ada resdung kuat katakan...kalau makan mesti gatal dan bengkak2 satu badan....hahahha...

tgk ketam masak merah tu..perghh ngn air asam lagi...sipa yang masak?..bakal mak mentua zaimi yang masak..hahaha



ini lah dia masakan kami di hari picni bersama jiran jiran sebelah umah....


ok la kenyang aku aritu dan terima kasih pada azah n famili dan tidak dilupakan juga pada Azni kerana memberi kami membakar ikan dan berpicnic di rumah die...aku teramatlah gembira pada hari tu dan memang berbaloi tak pulang ke kampung dapat bversama teman2 baik ku....ini baru je permulaan aktiviti-aktivi kami pada tahun ni...nantikan berBBQ di sungai batang kali pulak..pasti akan seronok...hahahaha





JOm MaKaN...

aku, kawan-kawan di R&D


PeKerJa@ StAFF@AbG2 dan KaKaK yang SuPPortinG........


1hb Februari 2009.....

Tarikh yang telah mengubah hidupku di Heveafil. Aku telah ditukarkan ke jabatan R&D setelah setahun berkhidmat di jabatan production. pertukaran besar-besaran telah berlaku di kilang aku dimana kebayakkan exec2 dan senior exec di tukarkan "re-shuffling" department. Siapa yang meluluskan semua ini?..Siapa lagi kalau bukan ED aku. Terima kasih ED.......
tapi yang pentingnya siapa dalang yang merancangkan semua ini berlaku....siapa lagi kalau bukan 
"VET VET"...nama samaran yang aku dan kawan2 berikan padanya...Hahahahahaha

R&D ialah jabatan yang amat penting dalam mana2 industri di dunia ini. tapi inilah jabatan R&D yang paling unik sekali di dunia ini. ada 5 orang sahaja itu pon baru saja dikumpulkan untuk dijadikan staff R&D. Terima kasih buat Dr. Shukri (mantan consultant R&D)...baik dan peramah orangnya.....siapa yang ada dalam R&D?...dah tentunya staff yang berpangkat abg2 dan makcik2 mahupun akak....yang paling senior ialah Kak Midah dan di iukuti oleh Bayjurie, Hamdan, Salim dan bekas staff R&D iaitu Balan.....maka cukuplah mereka ini menjanakan R&D di syarikat ini...

inilah The R&D Team....terdiri dari kak midah, bay, salim, hamdan dan balan...gambar ini di ambil di KFC Ligamas...balan belanja makan setelah dia berhenti kerja di Heveafil ini lah pertama kali kami berjumpa semula....hahaha...it was fun...who does not like free food...hehehehe....semoga balan success selalu..


ok jom saya kenalkan staff2 R&D yang memiliki perangai dan gaya masing2...saya mulakan dengan
kak midah @ Pn. Hamidah..

@ Kak Midah:   seorang akak yang sangat baik budi pekertinya..sangat pandai melakukan kerja2nya...akak ni rajin membawa kerepek2 yang "free"...."free"? hehehehehe..tak ada la free pon..sume makanan tu di bawa dari umah die la....free tu sebab abg asmi (suami kak midah) yang bagi..dia ni selalu dapat free je..beselah boss katakan...hehehe....kak midah tak kedekut dan tak suka campur tangan  dengan urusan or hal2 org lain..dia ibaratkan macam ibu aku sendiri..tak lekang memberi dorongan dan nasihat kat aku...terima kasih kak midah. selain dari pandai memegang bahan2 kimia...kak midah juga seorang ahli sukan yang hebat..cakap je nak main ape..laju je dia main..tapi die amatlah pandai main ping pong...nak lawan ngn dia?...ADA BRAN?..hehehe..macam mana rupa kak midah ni...hah..tgk kat bawah tu..lawa org nya...body org bersukan mesti la solid lagi...walaupun da ada 3 org anak...

kak midah yang berdiri tu ye..yang duduk tu kawan dia..kak ita...
hahaha....



MacGyver R&D:

@ Bay:   MacGyver R&D ni power gak modify2 benda....dalam hal kerja cukup berpengalaman..dia lah yang paling lama bekerja di jabatan R&D...rambut pon da beruban..hahaha..seorang yang baik dan tegas serta tekun dalam melakukan kerja2nya...dia juga celik IT dan dialah yang mengajar staff R&D ini membuat blog mahupun berfessbook..hehehe..die juga antara handalan dalam R&D bermain ping pong...nak kenal ngn die tak?..hah tgk kat bawah tu..hehehe



pemain bolasepak termashur di kg kelawar:

@ Salim:   apa yang boleh di huraikan pasal salim..orgnya berbadan kecil..lagi rendah dari aku..tapi kecik bukan sebarang kecik tau...si kecik ni ada anak 8 orang....hehehe...rezeki salim...orang rawe ni amatlah hebat bermain bolasepak..sekarang dah berumur 40 tahun masih lagi aktif berbolasepak....kenangan manis die bukan menang piala ke apa tapi parut kekal di tepi muka dia sebelah kiri ketika rebah menanduk tanah (tak kena pon tanduk bola) hahaha..tapi sayang dia main tak sama macam idolanya Ronaldinho...hehehehe
main ping pong juga hobi barunya...selalu pulak kalah bila lawan ngn kak midah..rekod dia ngn kak midah memang teruklah....boleh dikatakan kalau 10 kali dia lawan ngn kak midah ada la skali dia menang kot...tu pon boleh menang sebab kak midah letih sudah...hahaha..kalau lawan ngn bay da tentu di gulai di bay..hahaha...orangnya hensem..sekali tengok tak percaya dah berumur 40 dan ada 8 org anak..hahaha


Lebai R&D 

@ Hamdan a.k.a Medan:    apa yang boleh cakap pasal medan ni...suka membaca buku2 n kitab agama...memang kenalah dengan gayanya yang berkopiah..hahaha...tapi bila suruh je baca doa...suh bagi tazkirah...mulalah menggelabah...hahaha...kalau imam Jamalul tak datang kerja medan mula akan datang ke surau lambat sebab takut org suruh die jadi imam..hahaha...slow2 je g lepak kat kerusi di surau dan amik air sembahyang pon last2 sekali..hahahahaha.....medan medan...bay n salim la org yang suka kenakan medan..
paling yang tak boleh blah!! pasal medan ni...die suka sangat menyampuk kami bercakap..."huh huh" betol ah...tapi muka mengadap komputer duk memain pikachu...hahaha..lawak2 medan..tapi lama kelamaan nak hempuk die pon ada gak..geram je....hahaha...


bekas staff R&D

@ Poobalan:     well Balan is a nice guy and a very intelligent person to work with but unfortunately he is no longer working here. Not much to say about him lor..die pekerja yang baik...so aku harapkan dia success la dengan kerja baru dia di negeri sembilan...hehehe


last but not least, Mantan R&D

@ Zuly a.k.a "mok":   mantan ni ialah kawan aku sendiri..dari diploma hinggalah sekarang dia masih lagi bekerja di kilang yang sama dengan aku...sekarang dia menjadi orang penting dalam kilang ni..sekarang dia mendapat jolokan baru RJ...Razak Junior...dia sekarang telah menjadi ai ai chiep "Biomass"...hahaha...
kawan baik aku..no more can be said..terlalu banyak yang boleh aku ceritakan pasal zuly...tapi nanti kita bersua di cerita lain ye...

hensem kan zuly?..ish..jgn pandang lama2 sudah menjadi anis yang punya...."ermmm  sedak ber"!!!




Akhir kata.....alhamdulillah aku telah bersua dengan pekerja2 di atas...tanpa mereka aku pasti akan sesat di kilang ini...terima kasih tak terhingga semua..jasa kamu semua akan ku kenang dan di pahat dalam sanubariku buat selama-lamanya.....aku boleh katakan "from Batang Kali with Love"...
semoga Allah meberkati persahabatan kami ini di masa akan datang...Insya'Allah.





TaMMAt sudah...