Tuesday, April 26, 2011

~SoMEtiMes I WonDeR~

Sometimes I wonder if what she says is what she means,
Sometimes I wonder, do I stay or leave, 
Sometimes I wonder, what should I say, 
Sometimes I wonder, will she stay or will she go away,
Sometimes I wonder, will I get to play, 
Sometimes I wonder, what will happen another day, 
Sometimes I wonder....
No I don't wonder,
I know, I love her!! I love her!!

Monday, April 25, 2011

Friday, April 15, 2011

AnDaI WaNiTa TaHu.....

"Andai wanita tahu didalam hati seorang lelaki"

Ada rasa ingin difahami
Ada rasa ingin dihormati
Ada waktunya ingin berkongsi perasaan
Ada waktu ingin berkongsi fikiran 
Andai wanita tahu..
lelaki juga ada masanya merajuk
lelaki juga mahu mereka dipujuk
kemarahan lelaki harus difahami mengapa
Didalam hidup lelaki, hanya teman wanitanya sahaja disayangi selain daripada ibunya sendiri.
Andainya wanita tahu ini telah di petik dari Anna Boleyn. Ini juga untuk dikongsikan bersama kita semua dan aku menulisnya semula di blog aku setelah membaca "Andainya Lelaki Tahu" yang di tulis semula oleh "sysmoll_85" di blognya. Tak kira la wanita mahupun lelaki, masing-masing mempunyai hati dan perasaan yang tidak sama. Allah itu maha Berkuasa dan maha Kaya lagi maha Mengetahui hati manusia. Apa yang aku pahami dengan "andainya lelaki tahu" dan "andainya wanita tahu" adalah hati dan perasaan yang telah diberikanNYA cukup halus dan indah. Tiada wanita dan lelaki yang sempurna 100% di dunia ini. Akhir kata hargailah lelaki dan wanita yang kamu cintai.

Thursday, April 14, 2011

6 Kesilapan Pasangan Baru Kahwin

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang
Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama. Apa yang perlu dilakukan:

Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan.

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan
Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks
Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa
Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik

Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil
Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.


Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak
Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

Ini untuk dikongsikan sahaja baik yang sudah berkahwin ataupun yang masih bujang macam aku ni...hahaha..lambat laun nanti aku akan kahwin jugak..hehehe

sumber asal: my baby store notes...

Tuesday, April 12, 2011

BiLa UjiaN DataNG...

Ku seru pada yang maha Esa agar "dia" di panjangkan umur dan berada dalam keadaan sihat selalu. Walaupun aku tahu yang "dia" sedang bergelut dengan kesakitan yang aku tak tahu tahapnya macam mana lagi? Aku paham "dia" tak mahu aku risau tentang dirinya tapi apakan daya dunia ni bukannya besar mana pon bila hati dah sayang.

Aku mula-mula kenal akan "dia" masa adik angkat aku Yuniesha meminta tolong aku tolong kawan dia ni yang baru putus cinta la konon-kononnya. Aku jarang menolak permintaan orang untuk membantu yang lain. Maka nombor telifon aku diberikan pada kawan si Yuniesha tu. Tak lama selepas adik aku menelifon aku tu tiba-tiba sampai la sms dari kawannya itu. Dan dari situ lah aku mula memberi dia nasihat serta dorongan untuk teruskan hidup yang penuh dengan ujian dan dugaan dari Allah SWT. Lama kelaman budak ni suka menelifon aku dah jarang nak sms dah. Saban hari aku dapat rasakan hubungan kami makin lama makin erat. Seolah-olah kami da lama kenal satu sama lain.

SMS dan perbualan telifon silih berganti untuk beberapa bulan sedangkan aku masih bertemu mata dengannya. hinggalah adik aku ajak aku keluar teman dia shopping. Rupa-rupa "dia" juga ikut sekali. Dan itu la detik pertemuan pertama aku dan "dia". Orangnya kurus dan lebih kurang sama tinggi dengan aku. Aku masih ingat lagi "dia" memakai seluar jean jenama "JEEP" dan berbaju warna hijau kebiru-biruan sikit ala-ala baju kardigan kot. Dengan selamber aku cakap "owh inilah sya ek"? dah tu je la perbualan aku dengan "dia" pada masa tu. Aku biasala kalau dengan orang yang aku belom kenal memang aku payah nak berbual. Tapi bila dah kenal hah jangan cakap la...ada je cerita nak di kongsikan....Masa tu aku banyak berborak dengan Yuniesha la. Lagipon aku da lama tak jumpa dia. Hehehe...Tapi itula hari pertama aku jumpa dengan 'dia'.

Masa aku mula kenal "dia" tak ada lagi la aku nampak yang 'dia' ni sakit. Tak tahu lah "dia" pandai sorok dari aku ke? Tapi makin lama makin x sihat "dia". Aku cukup risau akan kesihatan 'dia'. Tapi aku mohon pada yang maha Esa semoga 'dia' dikurniakan kesihatan yang cekal dan berpanjangan. Allah SWt berkuasa ke atas setiap makhluk ciptaanNya. Aku hanya mampu berdoa dan memberi sokongan kepada 'dia'. Ujian datang dariNya tak tahu bila dan pada bila-bila masa saja ia boleh datang. Maka aku haruslah tabahkan diriku ini demi 'dia'.

Insya'Allah....

Monday, April 11, 2011

Aku dan MOtor

Aku dan moto memang la tak dapat di pisahkan ibaratkan irama dan lagu. Tapi aku bukan la "mat rempit" mahupon "mat motor" aku cuma suka bawak moto berbanding dengan motor. Motor first aku ialah Honda C70. Aku ingat lagi moto tu la moto first skali aku dapat lepas dapat lesen. Ayah aku belikan sebab nak bagi aku pergi bawak ke Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu. NI sekolah ke dua aku tapi aku malas la panjang lebar pasal sekolah tu sebab ni kisah aku dan motor aku. Plat moto ni kalau tak salah aku ialah TX 3390 berwarna biru gelap dan aku da tukar stripe motor tu biar sama dengan 'yo' kawan aku masa skolah la. Dengan moto ini la aku mula berkawan dengan mat2 moto kat kampung aku. Tapi aku tak pernah belumba ye... cuma berkawan sahaja.

Kenangan paling pahit ngn motor ni ialah aku langgar lembu. Abis pecah "mat guard" motor tu akibat aku terlanggar tanduk lembu tu. Jauh gak la aku terseret jatuh langgar lembu tu,. Padahal lembu tu la yang langgar aku bukannya aku. Tapi mana orang percaya lembu langgar aku. hahahaha. Nasib baik la aku x de apa2. Motor alhamdulillah x ada apa2. Cuma pecah depan sikit. Tu je. MOtor ni jasanya banyak jugak la. Dari menemani aku berjaya dapatkan SPM dan melepaskan aku dari KYT. aku pakai motor ni selama 2 tahun jugak la. Pastu aku dapat masuk UITM so mak aku yang pakai motor tu.

Kat UITM mana la aku nak bawak Honda C70. So aku kumpul duit dari sem satu hinggalah ke sem 4 aku berjaya membeli motor 125ZR. Korang mestila kenal kan motor 125ZR kan? Kalau tak kenal sila lihat kat bawah tu......
ni la dikatakan 125ZR tu...amacam?.. 



Hah tu la moto aku dulu masa zaman study. Moto ni la yang bawak aku ke kelas hari dan menemani aku mencari nasi tuk isikan perut yang sedang lapar. MOto ni la aku ulang alik ke KL antar n amik akak aku pegi kerja di PJ masa abg ipar aku outstation. MOto ni la juga aku uat pergi Melaka pergi tengok petai patah kaki. dan paling best skali motor ni la aku uat balik kampung aku ke Terengganu, Pahang. Aku pernah singgah ke Pekan, Felda Chini, Temerloh dan Bukit Payong la rumah aku.

Kenangan pahit motor ni dah semestinya aku da lupa bapa kali aku jatuh ngn moto ni. MOto ni la rekod paling banyak aku jatuh. Hahahaha. Sampaikan mak aku pon naik heran macam mana aku asyik jatuh je. MOto ni yang ajaibnya, aku tak bawak pon bila aku parking je ia kadang2 tumbang sendiri. Oooooospoky...hehehehe..aku pakai moto ni dari sem 4 diploma hingga sem 6 degree. Kira2 dalam 4 tahun jugak la aku pakai moto aku tu. Bila mak aku n arwah ayah aku asik membebel je suh tukar moto maka aku pon telah buat keputusan menjual moto kesayangan aku tu.

Dengan hati yang sedih aku pon pergi ke kedai KOK motorcycle kat dengan cheras aku pn terus trade in motor 125ZR dengan 135LC. Walaupon CC motor ni agak la besar dari 125ZR tapi 125 adalah moto yang sangat laju. Hehehehe...Hah macam mana gaya rupa moto baru aku tu? Aadakah aku ambil colour lain selain dari warna biru? Jom tengok kat bawah tu....
Yamaha 135LC..wwrroomm       
Ni la motor aku pakai skang. Ni lak moto yang aku uat cari rezeki. Dari 2007 sampai skang aku pakai moto ni. Alhamdulillah moto ni aku tak pernah lagi jatuh mahupon eksiden. Insya'allah aku akan kekalkan macam tu. MOto ni juga sama jugak aku uat balik kampung adik aku pernah uat balik raya baru ni kat Bukit Payong. Motor ni yang best jimat minyak. Hehehehe. 125ZR memang laju so is minyak nya....hehehe...Aku rasa lama lagi la kot aku pakai motor ni. Tapi baru2 ni adik bongsu aku macam berminat je ngn motor aku ni. Nanti la kita tengok keadaan nya nanti..hehehe

so beginilah cerita aku dan motor...

Thursday, April 7, 2011

PeRaNan IBU BAPA: AsAs PeMbiNaaN MaSyaRaKaT MusLiM

Allah SWT berfirman : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” [At-Tahrim :6]

Di antara peranan ibu bapa adalah :
1. Memberi nama yang baik untuk anak-anak. Bukan memilih nama yang sedap bunyinya tetapi tiada maksud, bahkan mempunyai maksud yang buruk dan hina.

2. Mendidik anak-anak seperti yang diajar oleh Luqman di dalam al-Qur’an :

a) Jangan mensyirikkan Allah, atau dengan kata lain mendidk anak untuk mengenali Allah yang Maha Esa.
Firman Allah Taala yang bermaksud : “(Perhatikanlah) ketika berkata Luqman kepada anaknya, sedang dia memeberi pengajaran kepadanya, (katanya) : Wahai anakku ! Janganlah engkau menyegutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan itu adalah kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, ayat 13)

b) Memberi peringatan tentang baik dan buruk atau dosa dan pahala
Firman Allah Taala yang bermaksud : “Wahai anakku ! Sesungguhnya jika ada amalan engkau (baik atau buruk) seeberat biji sawi yang tersembunyi di dalam batu atau di langit atau di bumi, nescaya diidatangkan (dibalas) Allah juga. Sesungguhnya Allah Maha Pelembut lagi Maha Mengetahui.” (Surah Luqman, ayat 16)

c) Menyuruh anak-anak mendirikan solat. Melatih anak-anak supaya mendirikan solat dan sebaik-baiknya hendaklah berjemaah bersama-sama ibu bapa. Solat adalah kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan dalam suasana dan keadaan apapun.
Sabda Rasulullah yang bermaksud : “Perintahkanlah anak-anak kalian untuk bersolat ketika mereka berumur tujuh tahun. Pukullah mereka jika meninggalkannya ketika mereka berumur 10 tahun, dan pisahlah tempat tidur di antara mereka.” (Hadith Riwayat Ibn abi Syaibah, abu dawud, Imam ahmad dll).
d) Membimbing dan melatih anak untuk menjadi dai’e, iaitu menyeru manusia kepada ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran.

e) Mengajar anak supaya bersabar apabila bala dan cubaan yang datang menimpanya
Firman Allah yang bermaksud : “Wahai anakku ! Dirikanlah solat, dan suruhlah manusia (membuat) yang ma’ruf (yang baik), dan laranglah (memperbuat) yang munkar (haram), serta sabarlah atas cubaan yang menimpa engkau. Sesungguhnya yang denikian pekerjaan yang dicita-citakan.” (Surah Luqman, ayat 17)

f) Mendidik akhlak anak-anak supaya tidak sombong, bermegah-megah dan gembira bersangatan (lupa diri)
Firman Allah Taala yang bermaksud : “Janganlah engkau palingkan pipi (muka) engkau terhadap manusia (kerana sombong), dan jangan berjalan di muka bumi dengan sangat gembira. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi tiap-tiap orang yang sombong lagi bermegah-megah.” (Surah Luqman, ayat 18).

g) Mendidik anak-anak supaya berjalan dan hidup dalam suasana sederhana serta bercakap sopan.
Firman Allah Taala : “Dan sederhanalah dalam perjalanan engkau dan lunakkanlah suara engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar (keldai).” (Surah Luqman, ayat 19)
Memberi didikan agama dan akhlak Islamiah kepada anak-anak adalah suatu perkara yang wajib ke atas ibu bapa. Sekiranya ibu bapa mengabaikannya maka mereka akan menanggung dosa sepanjang hayat dan sampailah ke hari akhirat. Anak-anak bagaikan kain putih yang boleh dicorakkan ke arah mana yang diinginkan oleh penjaganya.
Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, Maka kedua ibu bapalah yang bertanggungjawab menjadikan anak iitu Yahudi, Nasrani mahupun Majusi.”
[H.R Al-Bukhari]
Berilah didikan agama dan akhlak kepada mereka sebaik mungkin. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar r.a, Baginda memarahi ayah yang tidak memilih isteri yang baik keturunannya, menamakan anak dengan nama yang tidak baik serta tidak mengajar anak dengan al-Quran (didikan agama).
Menurut Dr. Fathi Yakan, perkara pertama yang dapat menjamin terlaksananya tarbiyyah Islamiyah terhadap anak-anak ialah pasangan ibu bapa hendaklah orang yang ambil peduli tentang agama. Dengan ini akan melahirkan generasi soleh sebagai penyambung dan pewaris kepada generasi yang akan datang dan ibu bapa akan mendapat saham serta pahala yang terus menerus di hari akhirat nanti.
Anak-anak yang soleh akan muncul bermula dengan kesolehahan ibu dan bapa kerana keduanya merupakan pencorak kepada peribadi-peribadi ini sedari daripada kecil berterusan sehingga dewasa. Untuk mendapat keluarga yang terselamat daripada seksa neraka.

3. Tidak membiarkan anak-anak, khususnya perempuan berhias dengan ‘hisan jahiliah’

4. Mengajar anak-anak supaya menutup aurat sejak dari kecil lagi. Umpamanya anak laki-laki jangan mengajar dia memakai seluar pendek sebaik sahaja dia mumayyiz, dan mengenakan tudung kepala sebaik sahaja anak-anak perempuan kita juga mumayyiz (dapat membezakan yang baik dengan yang buruk secara simple)
Firman Allah Taala yang bermaksud : “katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup dada mereka, dan janganlah memperlihatkan perhiasannya……”
(Surah An-Nur, ayat 31)

5. Memastikan anak-anak kita memilih kawan-kawan yang soleh dan solehah. Kata hukama’ : ‘Sekiranya anda ingin mengenali seseorang lihatlah kepada kawannya.”
6. Mencari nafkah dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa-apa kemudharatan kepada orang lain. Nafkah dan rezeki yang dicari untuk menampung keperluan keluarga adalah dalam keadaan suci dan bersih dari riba dan rasuah, tidak melalaikan tugas terhadap Allah serta tidak meninggalkan nilai-nilai yang luhur.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram, maka nerakalah yang lebih sesuai untuknya.” [H.R At-Tirmidzi]

7. Bapa perlu menyediakan rumah seeloknya mengandungi bilik-bilik yang dikhaskan sebagai tempat tidur ibu bapa, anak perempuan dan anak lelaki. Anak-anak mesti tidur berasingan daripada ibu bapanya. Anak lelaki perlu tidur berasingan dengan anak perempuan dan Islam menetapkan kanak-kanak yang sudah mencapai umur 10 tahun mesti dipisahkan dari tempat tidur ibu bapa dan antara sesama adik-beradiknya.

8. Mengahwinkan anak-anak bila sampai masanya, khususnya anak perempuan. Ibu bapa sayugia tidak membiarkan anak-anak menentukan jodohnya sendiri. Ibu bapa sebagai ketua keluarga hendaklah memandu anak-anak untuk mencari pasangan yang terbaik untuk kebahagiaannya hingga akhirat, sesuai dengan matlamat pekahwinan iaitu untuk mencari kebahagiaan yang hakiki.
Firman Allah yang bermaksud, “dan di antara tanda-tanda membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya.” [Ar-Rum: 21]

Tulisan ini aku tujukan khas buat suami isteri yang bakal bergelar ayah dan ibu dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka. Inilah permulaan hidup baru bagi pasangan suami isteri dalam konteks rumah tangga. Aku betul2 berharap kepada semua bakal ibu bapa agar bagi nama yang indah bunyinya serta maksudnya. Jangan jadikan nama anak kita sebagai bahan kajian dan nama mereka atas apa yang kita minat. Pikirlah. Ibu bapa kita telah menamakan kita dengan nama yang cantik dan indah pengertiannya dan kenapa harus kita mengubah cara itu? Walaupun zaman dah berubah dan dah semakin moden maka kita pon janganlah buang nasihat orang-orang tua. "nak bagai nama tu biarlah ada maksud dan kalau boleh biarlah berlandaskan maksud yang baik2 dalam islam". Nama kita mencerminkan keperibadian kita pada masa kecil hingga hujung nyawa. aku nasihat ini untuk diri aku juga. Dengan zaman yang ada internet laju ni...apa salahnya ambil masa mencari nama anak2 dalam islam. Insya'Allah anak2 akan diberkati Allah dengan nama yang baik diberikan oleh ibu bapa mereka.


Wallahu a'lam
Sumber dari: http://www.alqitaal.blogspot.com/