Thursday, April 7, 2011

PeRaNan IBU BAPA: AsAs PeMbiNaaN MaSyaRaKaT MusLiM

Allah SWT berfirman : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” [At-Tahrim :6]

Di antara peranan ibu bapa adalah :
1. Memberi nama yang baik untuk anak-anak. Bukan memilih nama yang sedap bunyinya tetapi tiada maksud, bahkan mempunyai maksud yang buruk dan hina.

2. Mendidik anak-anak seperti yang diajar oleh Luqman di dalam al-Qur’an :

a) Jangan mensyirikkan Allah, atau dengan kata lain mendidk anak untuk mengenali Allah yang Maha Esa.
Firman Allah Taala yang bermaksud : “(Perhatikanlah) ketika berkata Luqman kepada anaknya, sedang dia memeberi pengajaran kepadanya, (katanya) : Wahai anakku ! Janganlah engkau menyegutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan itu adalah kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, ayat 13)

b) Memberi peringatan tentang baik dan buruk atau dosa dan pahala
Firman Allah Taala yang bermaksud : “Wahai anakku ! Sesungguhnya jika ada amalan engkau (baik atau buruk) seeberat biji sawi yang tersembunyi di dalam batu atau di langit atau di bumi, nescaya diidatangkan (dibalas) Allah juga. Sesungguhnya Allah Maha Pelembut lagi Maha Mengetahui.” (Surah Luqman, ayat 16)

c) Menyuruh anak-anak mendirikan solat. Melatih anak-anak supaya mendirikan solat dan sebaik-baiknya hendaklah berjemaah bersama-sama ibu bapa. Solat adalah kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan dalam suasana dan keadaan apapun.
Sabda Rasulullah yang bermaksud : “Perintahkanlah anak-anak kalian untuk bersolat ketika mereka berumur tujuh tahun. Pukullah mereka jika meninggalkannya ketika mereka berumur 10 tahun, dan pisahlah tempat tidur di antara mereka.” (Hadith Riwayat Ibn abi Syaibah, abu dawud, Imam ahmad dll).
d) Membimbing dan melatih anak untuk menjadi dai’e, iaitu menyeru manusia kepada ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran.

e) Mengajar anak supaya bersabar apabila bala dan cubaan yang datang menimpanya
Firman Allah yang bermaksud : “Wahai anakku ! Dirikanlah solat, dan suruhlah manusia (membuat) yang ma’ruf (yang baik), dan laranglah (memperbuat) yang munkar (haram), serta sabarlah atas cubaan yang menimpa engkau. Sesungguhnya yang denikian pekerjaan yang dicita-citakan.” (Surah Luqman, ayat 17)

f) Mendidik akhlak anak-anak supaya tidak sombong, bermegah-megah dan gembira bersangatan (lupa diri)
Firman Allah Taala yang bermaksud : “Janganlah engkau palingkan pipi (muka) engkau terhadap manusia (kerana sombong), dan jangan berjalan di muka bumi dengan sangat gembira. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi tiap-tiap orang yang sombong lagi bermegah-megah.” (Surah Luqman, ayat 18).

g) Mendidik anak-anak supaya berjalan dan hidup dalam suasana sederhana serta bercakap sopan.
Firman Allah Taala : “Dan sederhanalah dalam perjalanan engkau dan lunakkanlah suara engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar (keldai).” (Surah Luqman, ayat 19)
Memberi didikan agama dan akhlak Islamiah kepada anak-anak adalah suatu perkara yang wajib ke atas ibu bapa. Sekiranya ibu bapa mengabaikannya maka mereka akan menanggung dosa sepanjang hayat dan sampailah ke hari akhirat. Anak-anak bagaikan kain putih yang boleh dicorakkan ke arah mana yang diinginkan oleh penjaganya.
Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, Maka kedua ibu bapalah yang bertanggungjawab menjadikan anak iitu Yahudi, Nasrani mahupun Majusi.”
[H.R Al-Bukhari]
Berilah didikan agama dan akhlak kepada mereka sebaik mungkin. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar r.a, Baginda memarahi ayah yang tidak memilih isteri yang baik keturunannya, menamakan anak dengan nama yang tidak baik serta tidak mengajar anak dengan al-Quran (didikan agama).
Menurut Dr. Fathi Yakan, perkara pertama yang dapat menjamin terlaksananya tarbiyyah Islamiyah terhadap anak-anak ialah pasangan ibu bapa hendaklah orang yang ambil peduli tentang agama. Dengan ini akan melahirkan generasi soleh sebagai penyambung dan pewaris kepada generasi yang akan datang dan ibu bapa akan mendapat saham serta pahala yang terus menerus di hari akhirat nanti.
Anak-anak yang soleh akan muncul bermula dengan kesolehahan ibu dan bapa kerana keduanya merupakan pencorak kepada peribadi-peribadi ini sedari daripada kecil berterusan sehingga dewasa. Untuk mendapat keluarga yang terselamat daripada seksa neraka.

3. Tidak membiarkan anak-anak, khususnya perempuan berhias dengan ‘hisan jahiliah’

4. Mengajar anak-anak supaya menutup aurat sejak dari kecil lagi. Umpamanya anak laki-laki jangan mengajar dia memakai seluar pendek sebaik sahaja dia mumayyiz, dan mengenakan tudung kepala sebaik sahaja anak-anak perempuan kita juga mumayyiz (dapat membezakan yang baik dengan yang buruk secara simple)
Firman Allah Taala yang bermaksud : “katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup dada mereka, dan janganlah memperlihatkan perhiasannya……”
(Surah An-Nur, ayat 31)

5. Memastikan anak-anak kita memilih kawan-kawan yang soleh dan solehah. Kata hukama’ : ‘Sekiranya anda ingin mengenali seseorang lihatlah kepada kawannya.”
6. Mencari nafkah dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa-apa kemudharatan kepada orang lain. Nafkah dan rezeki yang dicari untuk menampung keperluan keluarga adalah dalam keadaan suci dan bersih dari riba dan rasuah, tidak melalaikan tugas terhadap Allah serta tidak meninggalkan nilai-nilai yang luhur.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram, maka nerakalah yang lebih sesuai untuknya.” [H.R At-Tirmidzi]

7. Bapa perlu menyediakan rumah seeloknya mengandungi bilik-bilik yang dikhaskan sebagai tempat tidur ibu bapa, anak perempuan dan anak lelaki. Anak-anak mesti tidur berasingan daripada ibu bapanya. Anak lelaki perlu tidur berasingan dengan anak perempuan dan Islam menetapkan kanak-kanak yang sudah mencapai umur 10 tahun mesti dipisahkan dari tempat tidur ibu bapa dan antara sesama adik-beradiknya.

8. Mengahwinkan anak-anak bila sampai masanya, khususnya anak perempuan. Ibu bapa sayugia tidak membiarkan anak-anak menentukan jodohnya sendiri. Ibu bapa sebagai ketua keluarga hendaklah memandu anak-anak untuk mencari pasangan yang terbaik untuk kebahagiaannya hingga akhirat, sesuai dengan matlamat pekahwinan iaitu untuk mencari kebahagiaan yang hakiki.
Firman Allah yang bermaksud, “dan di antara tanda-tanda membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya.” [Ar-Rum: 21]

Tulisan ini aku tujukan khas buat suami isteri yang bakal bergelar ayah dan ibu dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka. Inilah permulaan hidup baru bagi pasangan suami isteri dalam konteks rumah tangga. Aku betul2 berharap kepada semua bakal ibu bapa agar bagi nama yang indah bunyinya serta maksudnya. Jangan jadikan nama anak kita sebagai bahan kajian dan nama mereka atas apa yang kita minat. Pikirlah. Ibu bapa kita telah menamakan kita dengan nama yang cantik dan indah pengertiannya dan kenapa harus kita mengubah cara itu? Walaupun zaman dah berubah dan dah semakin moden maka kita pon janganlah buang nasihat orang-orang tua. "nak bagai nama tu biarlah ada maksud dan kalau boleh biarlah berlandaskan maksud yang baik2 dalam islam". Nama kita mencerminkan keperibadian kita pada masa kecil hingga hujung nyawa. aku nasihat ini untuk diri aku juga. Dengan zaman yang ada internet laju ni...apa salahnya ambil masa mencari nama anak2 dalam islam. Insya'Allah anak2 akan diberkati Allah dengan nama yang baik diberikan oleh ibu bapa mereka.


Wallahu a'lam
Sumber dari: http://www.alqitaal.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment