Monday, April 11, 2011

Aku dan MOtor

Aku dan moto memang la tak dapat di pisahkan ibaratkan irama dan lagu. Tapi aku bukan la "mat rempit" mahupon "mat motor" aku cuma suka bawak moto berbanding dengan motor. Motor first aku ialah Honda C70. Aku ingat lagi moto tu la moto first skali aku dapat lepas dapat lesen. Ayah aku belikan sebab nak bagi aku pergi bawak ke Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu. NI sekolah ke dua aku tapi aku malas la panjang lebar pasal sekolah tu sebab ni kisah aku dan motor aku. Plat moto ni kalau tak salah aku ialah TX 3390 berwarna biru gelap dan aku da tukar stripe motor tu biar sama dengan 'yo' kawan aku masa skolah la. Dengan moto ini la aku mula berkawan dengan mat2 moto kat kampung aku. Tapi aku tak pernah belumba ye... cuma berkawan sahaja.

Kenangan paling pahit ngn motor ni ialah aku langgar lembu. Abis pecah "mat guard" motor tu akibat aku terlanggar tanduk lembu tu. Jauh gak la aku terseret jatuh langgar lembu tu,. Padahal lembu tu la yang langgar aku bukannya aku. Tapi mana orang percaya lembu langgar aku. hahahaha. Nasib baik la aku x de apa2. Motor alhamdulillah x ada apa2. Cuma pecah depan sikit. Tu je. MOtor ni jasanya banyak jugak la. Dari menemani aku berjaya dapatkan SPM dan melepaskan aku dari KYT. aku pakai motor ni selama 2 tahun jugak la. Pastu aku dapat masuk UITM so mak aku yang pakai motor tu.

Kat UITM mana la aku nak bawak Honda C70. So aku kumpul duit dari sem satu hinggalah ke sem 4 aku berjaya membeli motor 125ZR. Korang mestila kenal kan motor 125ZR kan? Kalau tak kenal sila lihat kat bawah tu......
ni la dikatakan 125ZR tu...amacam?.. 



Hah tu la moto aku dulu masa zaman study. Moto ni la yang bawak aku ke kelas hari dan menemani aku mencari nasi tuk isikan perut yang sedang lapar. MOto ni la aku ulang alik ke KL antar n amik akak aku pegi kerja di PJ masa abg ipar aku outstation. MOto ni la juga aku uat pergi Melaka pergi tengok petai patah kaki. dan paling best skali motor ni la aku uat balik kampung aku ke Terengganu, Pahang. Aku pernah singgah ke Pekan, Felda Chini, Temerloh dan Bukit Payong la rumah aku.

Kenangan pahit motor ni dah semestinya aku da lupa bapa kali aku jatuh ngn moto ni. MOto ni la rekod paling banyak aku jatuh. Hahahaha. Sampaikan mak aku pon naik heran macam mana aku asyik jatuh je. MOto ni yang ajaibnya, aku tak bawak pon bila aku parking je ia kadang2 tumbang sendiri. Oooooospoky...hehehehe..aku pakai moto ni dari sem 4 diploma hingga sem 6 degree. Kira2 dalam 4 tahun jugak la aku pakai moto aku tu. Bila mak aku n arwah ayah aku asik membebel je suh tukar moto maka aku pon telah buat keputusan menjual moto kesayangan aku tu.

Dengan hati yang sedih aku pon pergi ke kedai KOK motorcycle kat dengan cheras aku pn terus trade in motor 125ZR dengan 135LC. Walaupon CC motor ni agak la besar dari 125ZR tapi 125 adalah moto yang sangat laju. Hehehehe...Hah macam mana gaya rupa moto baru aku tu? Aadakah aku ambil colour lain selain dari warna biru? Jom tengok kat bawah tu....
Yamaha 135LC..wwrroomm       
Ni la motor aku pakai skang. Ni lak moto yang aku uat cari rezeki. Dari 2007 sampai skang aku pakai moto ni. Alhamdulillah moto ni aku tak pernah lagi jatuh mahupon eksiden. Insya'allah aku akan kekalkan macam tu. MOto ni juga sama jugak aku uat balik kampung adik aku pernah uat balik raya baru ni kat Bukit Payong. Motor ni yang best jimat minyak. Hehehehe. 125ZR memang laju so is minyak nya....hehehe...Aku rasa lama lagi la kot aku pakai motor ni. Tapi baru2 ni adik bongsu aku macam berminat je ngn motor aku ni. Nanti la kita tengok keadaan nya nanti..hehehe

so beginilah cerita aku dan motor...

3 comments:

  1. erm.. aku pernah bawak moto C70 Ayah aku dari Pekan, Pahang ke Dungun seterusnya ke Kuala terengganu pada bulan pose 1998..... pengalaman yang tak kan aku lupa sampai biler-biler... siap patah jari aku...

    ReplyDelete
  2. hahaha...aku tak rela la beb nak bawa honda cup jauh2...kan 'relai" enjin...x pasai2 kena overhol kat tepi jalan....hahahah.....

    ReplyDelete
  3. oi.. bawak 50km/jam jer... bertolak dari pekan pukul 9:30 pagi... sampai dungun pukul 5:00 petang..

    ReplyDelete