Tuesday, March 29, 2011

Contohi Akhlak Rasulullah

Contohi Akhlak Rasulullah s.a.w Menyatakan Rasa Kasih Kepada Isterinya Dalam Kehidupan Seharian.

Tidur Dalam Satu Selimut Bersama Isteri

Hadis dipetik daripada Atha' bin Yasar, katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dan Aisyah biasa mandi bersama-sama dlaam satu bejana. Ketika beliau sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" Jawabnya, "Kerana saya haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah, "Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku." Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda." (Hadis riwayat Sa'id bin Manshur).


Memakai Wangi-wangian

Aisyah berkata, "Sesungguhnya Rasulullah apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).


Mandi Bersama Isteri
Daripada Aisyah, beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana)." (Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah).

Menyikat Rambut Suami

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya biasa menyikatkan rambut Rasulullah. Saat itu saya sedang haid." (Hadis riwayat Ahmad).


Meminta Isteri Meminyakkan Badannya

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya meminyakkan badan Rasulullah pada Aidiladha selepas baginda melakukan jumrah aqabah." (Hadis riwayat Ibnu 'Asakir).


Minum Bergantian Pada Tempat Yang Sama

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya. Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur).

Membelai Isteri

Dalam hadis diceritakan, "Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau giliri waktunya, lalu baginda bermalam di tempatnya." (Hadis riwayat Ahmad).

Tidur Di Pangkuan Isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al-Quran." (Hadis riwayat Abdurrazaq).

Memanggil Dengan Kata-kata Mesra

Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti 'Aisy' dan 'Humaira' (pipi merah delima).


I wrote your name in the sand
but the waves washed it away
then I wrote it in the sky
but the wind blew it away
so I wrote it in my heart
and that's where it will stay

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Ustazah Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.


With words, I could not express..how deep is MY LOVE for YOU

L.O.V.E

Love is patient, 
Love is kind. 
It is not jealous, 
Is not pompous,
It is not inflated, 
It is not rude,
It does not seek its own interests,
It is not quick-tempered,
It does not brood over injury,
It does not rejoice over wrongdoing but rejoices with the truth.
It bears all things, believes all things, hopes all things, endures all things.
Love never fails.
Just to ponder early in the morning. Everyone has their own way of describing "What is Love"? Love is a very complex word. It is easy to say Love this, Love that, Love her, Love him. Love them and etc but "how deep is your love"? Well i can't answered that for you. Only you know the answer. The most magical phrase that we heard a lot this days, "I Love You". Truly magical words with a lot of meanings. As for me, i hardly said those phrase because you have to have a pure heart to say it to someone that you love especially to your mom and dad, your families and yes you guess it say it to your soul mate/fiancee/husband/wife/girlfriend.boyfriend.

That's all for now.

Monday, March 28, 2011

AkHirNYa BerPinDaH jUa.......

Semalam la hari yang memenatkan aku, dan juga semua ahli2 familiku. Dari appartment Intan ke taman setiawangsa 5 rumah no 11. Itulah rumah baru akak aku yang selamat berpindah semalam. Dulu kena naik tangga nak boleh sampai ke rumah akak aku di tingkat tiga dan sekarang x payah naik tangga lagi dah cuma umah baru ni dua tingkat so ada jugak la tangga. Tapi x de la 3 tingkat. Bagi aku, 3 tingkat ok je cuma ia tak bagus untuk mak tersayang kami yang tak sihat dek paru2 dia sudah rosak dan dia juga ada asthma yang kronik. Maka untuk dia nak naik tingkat 3 tu amatlah susah. Nak boleh sampai tingkat 3 tu ada la dekat 10 minit mak aku melangkah naik. Da lama da akak aku mencari umah yang selesa untuk mak aku. Dan akhirnya dapat juga dia menyewa di rumah baru tu.
Berpindah rumah...x de la angkat umah macam ni hah...
 Lebih kurang kol 11.30 pagi aku sampai di rumah akak aku. Lori masih belum nampak bayang2nya. Rumah akak aku berselerak "gila" sampai aku nak berjalan pun susah. Baru aku tahu banyak gila barang umah akak aku. Tak lama kemudian adik lelaki aku (yang sue cakap hensem) sampai dengan kawan dia berbadan sasa. Tanpa berlengah aku terus memunggah barang2 dapur sahaja dulu ke rumah baru. Aku dengan WTY aku la dan adik aku bawak CRV akak aku. Turun-naik, turun-naik dan itulah kerja aku dari pukul 12.00 ke pukul 5 petang. Rasa nak tercabut pinggang dan lutut aku di buatnya. Mak ai letih gile. Aku pon da tak ingat berapa kali dah aku turun naik memunggah barang. Aku n adik2 aku semua menolong akak aku yang tak berapa sihat uat kerja. Abg ipar aku pon x sihat jugak. Tempurung lutut dia remuk akibat jatuh. So dia pon x leh angkat barang2 berat dan lutut dia sakit nak turun naik bayak kali. Dan sebab dia sakit lutut jugak la dia setuja nak menyewa rumah. Alhamdulillah. Mak kita orang jangan cakap la. Memang aku tak bagi dia uat kerja langsung. "Mak duk situ diam-diam, jangan nyibuk nok ngemas".

Lori yang tolong kami berpindah pon lebih kurang yg ni la...warna putih...

Lori sampai pon da masuk zohor. Lori besar jugak la tapi x muat sekali trip je memunggah barang2 akak aku. Petang tu kol 6.30 trip ke 2. Ada sorang pakcik tu botak. Muka nya bengis. Tapi kuat dan gagah jangan cakap la. Aku pon tengok dia angkat barang seram dibuatnya. Aku ingatkan dia muda lagi rupa2nya da 65 umur dia. Badan pon tegap dan steady lagi. perghh..pekerja dia panggil dia ngn "WAK". Semalam "wak" bawak 3 orang pekerja. Sorang tu bro dari Kelantan. Pekat slang dia. hahaha...x yah ejek la dia cakap. hahaha. 2org lagi tu budak lagi la. aku kesian gak tgk meraka ni turun naik angkat almari2 akak aku. pergh...nasib baik la mereka ni di bayar untuk uat kerja2 ini. Kuyup baju masing2 mengangkat barang2 semua. Memunggah turun barang2 aku rasa makan masa dalam 3 jam kot untuk trip pertama tu. Lama gila aku rasa. Lebih kurang kat kol 8 la semua barang2 abis di punggah masuk lori dan dihantar ke rumah baru akak aku. RM900 abg ipar aku bagi kat "Wak" tu. Rezeki dia orang la dengan penat lelah mereka.

letih ow angkat barang2...
Memang berselerak la umah akak aku. Tapi itulah adat memindah dan kenapa ramai orang tak suka berpindah randah. Sebab utamanya LETIH dan banyak kerja. Aku rasa ada la dalam seminggu baru abis ngemas umah baru tu. Tapi apa yang penting? NO la bukan kerja sama.  Yang penting terpancar wajah keriangan dan hepi di muka mak aku. Siang malam berdoa nak dapatkan rumah dekat dengan masjid. Maka tertunai la hasrat dia. Rumah baru ni dekat la dengan masjid. Itulah mak aku nak sangat. Pergi masjid. Alhamdulillah. Walaupun aku n adik beradik aku penat tapi semuanya untuk mak kami yang tersayang.

Maka tamat la cerita aku kena naik tingkat 3 lepas ni. Rumah baru ni lawa jugak la. Aku pon hepi duduk situ. Harap2 ada kelapangan masa untuk aku sama2 ke masjid bersama mak aku. Insya'Allah.Nantila aku edit post ni masukkan gambar umah baru tu. Tapi jiran2 semua nampak cam mantap je....hehehe...Okla. aku pon masih letih dan lenguh2 lagi sendi2 aku ni.
Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa

Wednesday, March 23, 2011

VET-VET VS GeNg BeGeR....

Pergh!!!....pedas tol kata2 sindiran di keluarkan oleh vet vet kat amirul n geng2 lain. Ow mesti korang tak tahu apa yang aku maksudkan ni kan...Ok... vet vet ialah pasangan badminton veteran yang terdiri dari Boss aku n pasangan mantap yang baru di gabungkan (abg zul pertanian).Vet vet tu berlagak la sikit sebab Rabu lepas dia menang semua game yang dia main. Tak terkalah la satu set pon. Puas kami mencuba kalahkan vet vet tapi tak berjaya jugak. Itu la vet vet ni duk membakar je si mirul kat atas opis tu...hahaha...Bengkek la member aku sorg tu..hahaha

Ini cerita pasal badminton kitaorg dimana aku n geng2 lain main setiap ari rabu di dewan dekat Ligamas. Dulu2 vet vet ni bergandingan dengan wadi pasagan muda dan hebat la pasangan ni. Jarang jugak kalah. Tapi bila Wadi pergi ke France vet vet mula tukar pasangan dan bergandingan dengan Hj. Rafizul. Tapi mana tahan asik kena buli je dengan geng2 kita org ni dia mula panas punggung. hahaha. Pastu muncul la abg BOB yang dia ajak partner ngn dia. Pastu bila main sedap lak dia partner ngn BOB maka bermulalah legasi "VET VET". hahahaha...BOB pon gelak je kat kita org bila kota org stat panggil dia ngn vet vet...hahaha...tapi gandingan tu tak kekal sebab BOB buzy ngn studio dia so dia partner semula dengan Hj.Rafizul. hahaha...kena la ketuk ngn gandingan muda2 ni...hahaha...

Bulan lepas watak baru vet vet muncul. Abg Zul kawan pada abg Jo mula join main ngn kita org. Vet vet terus partner ngn abg zul pastu dia asik menciptakan kemenangan demi kemenangan. Geng beger pon di tewaskan oleh vet vet. Geng beger pula si zaimi n amirul. geng beger tu wujud sebab amirul tu mesti makan beger masa main badminton. Dapat pula geng senak macam zaimi yg makan beger jugak..hahaha....maka bermulalah permusuhan yang baik antara geng vet vet dengan geng beger.

Malam ni kami bersepakat nak mengalahkan vet vet la. geng beger. aku ngn patner aku roslee. zuly ngn patner dia wadi. Kami akan pastikan vet vet tumbang dan tersungkur ataupun kena lob pastu dia x leh nak amik sebab x cukup la ketinggian nak capai shatel tu..hahaha.

AYUH KALAHKAN VET VET..

Tuesday, March 22, 2011

BerTiGa KeMBaLi.....

Setelah sekian lama sahabat kami si zuly telah keluar dari umah bujang buruk aku ni. Dan ini lah kali pertama dia melepak-ing bersama kami semula....no bukan dia lari rumah ke apa2 pon...org rumah dia 'outstation kat Johor" so leh la dia lepak-ing ngn kita orang..ala macam bujang2 dulu la...(aku n zemi mmg sedia kala bujang)...hehehe..Dulu masa dia ada kami rajin masak-masak..tapi lepas dia kuar..dapur kami jarang berasap..leh katakan dia macam sumber inspirasi untuk kami memasak...mana tak nya...kalau dia makan selera je tgk dia makan...menambah2 beb.tu la zuly kawan lama aku....bab makan serah kat dia....hahaha
tapi sejak da kawin ni kena la cover2 skit makan..makan x leh la overdose sangat...JAGA BADAN...hehehe...Bini Pakar makanan...Nutritionist..makan "quaker oat" la jadinya...hehehe

Menu malam ni mee goreng basah

Mee Goreng Basah Aku...

Macam biasa la aku kalau nak masak mesti akan agihkan tugas2 kat kawan2 aku tu....si zuly kena potong bawang....zaimi buatkan air dan aku la yang akan memasak...Menu malam ni kita org masak mee goreng banjir....aku ada tanya pada zemi nak makan apa malam ni tapi setelah hampir 3 tahun aku kenal dia, tak pernah berubah jawapan dia kat aku bila aku tanya...."aku x kesah la apa2 pon boleh"itu la jawapan selalu kuar dari mulut si zaimi...aku rasa sue pon tahu akan hal ni...hehehe....so aku pon masak la mee goreng basah...tapi last2 aku tgk macam mee bandung pon ada gak..hehehe...tapi janji syok masak ramai2 kat dapur tu..macam dulu2 la katakan...

Paling best kenangan malam tadi ialah zemi mengusik zuly dan zuly pon sama mengusik zemi. macam dulu2 la...hepi aku melihat gelagat mereka berdua. hahahaha...."MOK" itulah gelaran zemi panggil kat zuly. "MOK"?..ala x payah la tahu lebih2...hehehe...ada la tu sebabnya......Zuly pon panggil zemi "MOK" jugak..kenapa ye?...biasalah bak kata en Ghani (rakan sekerja) dah anugerah Tuhan bagi kat lelaki.Sambil2 bergurau mee goreng licin gak dalam pinggan masing2...alhamdulillah abis jugak mee goreng kita orang masak semalam.Nak kata sedap tu tak la. Orang bujang yang masak. Janji leh makan dan kenyang cukup la. Kalu nak sedap pergi kedai la makan...hahahaha

ni hah gambar2 semalam untuk di kongsikan bersama. Jom kita tengok..

Ni dia zuly a.k.a "MOK" menjamu selera...

ni hah mee goreng basah before dimakan....

ni hah mee goreng basah selepas dimakan.... licin... 


BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,
BINTANG TIMUR TERBITAN PAGI,
JIKA TIDAK MELARAT PANJANG,
ADA UMUR KETEMU LAGI.
 
Inysa'Allah kita akan bertiga kembali lagi...

Monday, March 21, 2011

EmPtinESs...

Emptiness...."kosong".....it is how i am feeling right now. This always happened to me when i read her blog. Why this is happening to me? Its not that i am against her will to write telling the whole world that she is not feeling well. Its just that every time she publish about her "unknown sickness" it made me nervous and scare that i am going to loose her. I am not entitle to hold her backs on her expression and stressing her opinion but please bare in mind that sometime sharing is "believing". You kept telling me not to worry about you but you kept publishing "frightening post" for people and me to read.

It would be nice if you can share the happy moment with family and friends or share anything that is not related to your health which i am not against it but i think you know where this is going. I can control my senses but when people who have read your post and asking me questions than my sense is going hay wired. Sometimes i handled it well enough but sometimes a strong man even cries when it comes to love especially their loved ones. I hope you understand what i am trying to do here. I am not pushing you away nor i am mad at you with your post. If i have offended your feelings please forgive me and it was not intentionally.

Loosing a friend is sadness...
Loosing a lover is unbareable..
but
Loosing a family that you love your entire life..well there is no words to describe those feelings...

i am who i am. my words can be harsh at times but that is just who i am.

Wednesday, March 9, 2011

Me, YoU and We......

Part I (About me...)
 
Since this is the place
I Knew love and romance
Jeopardy and Jealousy
Conspiracy and Hypocrisy
(It’s here...)
 
Hence I will always remember
The times I suffered lonely
The moment I felt unhappy
The hours I faced pain and guilty
The enjoyable regrets and stupidity
 
My heart always goes terrible
My mind always runs miserable
And me...undeniable, unbeatable of incapable
To decline noise, war and anger
But to accept hate, misery and hunger
 
So i acted annoyingly
Make outside labeled me irritatingly
Underestimates my abilities and opportunity
And pictured me technically crazy..
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------
PART II (About you...)
 
But you...
You my friends...
Make my dull life going cheerful
You caused my blurry day feel colourful
You led my boring seconds flowing wonderful
 
And you...
You my friends...
Secretly hint me to move on
Effected me to go on
Affected me to live on
 
So...
Must I feel down anymore?
When I have you as my aspiration
When I made you my only option
When I take you to understand my creation
 
But guess not...
Hope your little acceptance
Of my giga-exotic appearance
Made some massive changes
Made a relationship ties a knot..
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------- 
PART III (About Us...)
 
We...
Slowly make changes to our world
To become the unstoppable of unbreakable...
To be the cream of the supreme
To beat the entire complication and constrainable...
 
And we...
Play our role in this pitiless world
Make the concealed line lost between...
Taking care of each other during happy and sad times
Back up every action taken even hurt others...
 
Do we need love?
As long as we got each other to refer on...
As long the star shines in the gloomy night
As bright as the moon glow during dark time...
As clear as the sun in the bright day...
 
Hoping that it will stay forever...
As the beginning is the end of the beginning
And the end is the beginning of the end...

----------------------------------------------------------------------------------------------------
created on June 2002...for my friends.. 
This beautiful words was created by someone that i respect. I am just sharing it with all of you.. This is for us to ponder about a relationships. Relationship does not only concentrate with "two love birds" but every relationship has its own beginning. The most beautiful feeling and sites are being surround with so many friends that "love you just the way you are". 

"It will always begin with "me". Then from just "me" alone... "you" arrived to the scene where "you" and "I" created the sweet "friendship" together. And that is how "we" were was the last part this puzzle where we created our own "relationship" and "destiny".

PS: Thank you to all my families and friends for always being there for me through my tough times and good times.

Tuesday, March 8, 2011

DoA PiNTa JoDOH....

"Ya Allah, Kalau dia memang jodohku,
Jodohkanlah.....

Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah jugak.....

Jika dia tidak berjodoh denganku,
Maka jadikanlah kami jodoh......

Kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku.....

Kalau dia tidak boleh di jodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
Biar dia tidak berjodoh sama seperti diriku.......

Dan saat dia telah memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali....

Kalau dia jodoh orang lain,
putuskanlah!
Jodohkanlah dengan ku...

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan
kemudian jodohkan kembali dia dengan ku".......

Ammiinnn....

Doa ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia....

"MaKciK" a.k.a "Maa" dan senyum....paRt TwO..Meet the parents

Maka bersualah kita kembali ke episod Makcik a.k.a maa dan senyum part two. Ini adalah sambungan luahan hati aku la kononnya....hah sue ko jgn nak nyibuk2..hehehehe...Aku sebenarnya orite je dengan mana2 ibu bapa pada kawan2 aku. Kadang2 bila aku pergi melepak di rumah kawan2 aku, aku lah yang menegur mak dan ayah kawan aku. Tapi bila aku nak buat hal yang sama dengan "maa" and "pokcik" si "dia" aku kaku. Maybe ini disebabkan mereka akan menjadi mentua aku nanti. Dan sebab kedua pulak, mungkin sebab aku belom berjumpa dengan mereka berdua secara formal. Mana lah tahu kot2 bila jumpa secara formal aku boleh berlawak jenaka malah boleh tepuk2 je bahu"pokcik" si "dia"....hahahaha....How i wish that would be true...hehehe...
Meet the parents...i have not met them yet..but soon la..my mother is eager to meet her mother..

Kisah aku ni leh la dikatakan macam cite "Meet The Parents" lakonan Ben Stiller dan Robert De Niro. Aku suka sangat cite tu sebab kadang2 aku paham apa yang di lalui oleh "Greg Focker" yang cuba sedaya upaya memikat hati bakal ayah mentuanya. Memikat hati orang tua ni bukannya susah sangat tapi kalau dia da suka pada kita semuanya akan berjalan dengan lancar. Kalau sebaliknya kita kena la berusaha dengan lebih gigih. hehehehehe.....Tapi kadang2 mereka akan uji kita berbagai cara dan dari berbagai sudut. Ini bukan lah apa hanya nak memastikan adakah kita ni "lelaki" betul2 serious dengan anak dia. Tu je...hahahahaha.
Persoalannya: Adakah aku sudah berjumpa dengan ayah "dia". Hmmmm....Macam mana nak cakap ye. Nak kata belom tapi sudah kot. Pelik dan sengal bunyinya kan? Tapi aku tahu "dia" je paham apa yang aku cakapkan ini. Kalau dengan "pokcik" maka aku telah bersua dengannya.
Lie detector test....matilah kalau sampai tahap ini aku kena soal nanti...hahahaha..just joking...
"Pokcik" pula aku jumpa secara tak sengaja di mana aku on the way nak pergi ambil si "dia" keluar jalan-jalan. "Dia" pulak tak warning aku yang "pokcik" ada kat depan pagar umahnya. Aku selamber la drive persona aku kot lorong umah "dia". Ambil je selekoh umahnya, aku ternampak CRV terpacak depan pagar dan "pokcik" berada dalam CRV tu. Aku dengan secara sepontannya "drove" straight je lepasi umahnya. Aku pon tak tahu kenapa aku berbuat demekian tapi jantung aku kali ke 2 berdegup kencang selepas peristiwa kat kedai jam Sogo. Tapi aku kejap je...Selepas beristigfar dan mengucap banyak2 kali maka aku drive balik ke umahnya. (padahal "dia" call aku tanya kenapa aku pergi straight je? "pokcik" nampok doh) hahahahaha.... alamak kantoi la pulak...hehehehe.. So aku sampai di umahnya, aku keluarlah dari pintu"bini" aku dan bersalam dengan "pokcik"nya. No la mana ada aku cium2 tangan. Cukuplah dengan salam macam biasa dan teguran entah lah....aku pon lupa apa aku tegor "pokcik" dia. Kalau tak silap la..."tak kerja chik"? ataupun "sihat chik"? aku pon lupa la..debaran mengatasi 6 senses aku...hahahahahha...Aku cuma ingat "pokcik" cakap..."hoh ralik ngat bace suratkabor... dok prasang pah"...sambil senyum kat aku. Senyum seribu makna...hahahaha...aku membalas senyumannya dan bawak anak dia keluar jalan-jalan.
   
1st Step..Shake his hands and never avoid the "eye" contact to show your sincerity
Aku rasa lepas ni aku da tak berdebar sangat lagi dah. Insya'Allah. Emak aku nak pergi rumah "dia" nak berjumpa dengan maa "dia" la. Tapi masa tak mengizinkan kami lagi nak pergi. Insya'Allah bila aku balik kampung nanti aku akan bawalah mak aku ke rumah "dia". Mana la tahu kot-kot "dia" masak sedap2 tuk aku n mak aku nanti. Terus terpikat mak aku kat "dia" nanti..hehehehe...Tapi mak aku sempoi. Dia terima je pilihan aku siapa. Terima kasih mak. hehehehe.

udah la.cite ni. rasanya da tamat kot. hehehe...

sekian...

Monday, March 7, 2011

BoSS dan BuKan BoSS...

AkU N BoSS.....
Just Kidding....Boss are not like _ _ _ _!!!
Aku dan boss adalah sesuatu yang kerap bermain dalam pemikiran aku. Aku ialah seorang Eksekutif R&D di syarikat A. Aku mulakan khidmat aku di sini pada tanggal 01/11/2007 iaitu selepas 4 bulan aku menganggur di Shah Alam. Alhamdulillah ini lah kerja pertama aku selepas bergelar graduan Universiti. Aku mula-mula kerja disini di tempatkan di bahagian 'production' bersama seorang kawan aku bernama Mohd Syawal dan seoarang lagi budak yang aku tak pernah suka dari mula-mula aku kerja dengan dia. Namanya aku malas nak CEMARKAN post dan juga blog aku ini. Tapikan jodoh mereka berdua ni tak panjang bekerja disini dimana Syawal dapat kerja di TNB dan 'dugong' dapat kerja di Petronas.

Maka tinggal la aku sorang-sorang hinggalah sekarang. skang aku da kerja disini da dekat 3 tahun 4 bulan dah. Waahhhh!!! Hebatnya aku masih lagi boleh berada disini lagi. Tapi aku telah berjanji pada diri aku dan juga pada Boss A (boss lama aku waktu di jabatan pengeluaran) yang aku akan cari pengalaman dalam 3 tahun macam tu la. Dia pon menyokong aku pada masa itu. Aku cukup bahagia ketika berada di bawah bimbingan dia dimana dia amatlah prihatin dan pandai menjaga pekerja dia. Hanya sekali aku di marah oleh boss aku itu pon kerana aku silap hantar email penting ke Cawangan Jerman tanpa merujuk dengan dia terlebih dahulu. Lepas kena marah, kelam kabut aku hantar email2 yang betul dan memohon maaf  kat Jerman. Nasib baik la Boss kat sana ok tak la aku kena marah ngn E.D pulak nanti...hahahhahaha...la Tengok da ada gambar I love My Boss pulak.....tu untuk Boss 'A' aku la..


Setelah hampir setahun 2 bulan aku telah di tukarkan ke jabatan aku sekarang la iaitu R&D. Ini semua adalah kerja-kerja bijak Boss baru aku dimana dia telah menhantar satu usul dimana sebahagian dari 'junior exec dan 'senior exec' di tukar-tukarkan ke jabatan2 lain.( reshuffling department). Sebab kan dialah aku di serap masuk ke R&D. Mula2 duk di R&D aku happy je tapi lama kelamaan aku da mula bosan dengan kerenah boss aku dan juga bosan dengan kerja2 'research' ni. Aku paksa kan juga kerja tapi aku pon perasan kerja aku sekarang da tak macam dulu-dulu dah. Hilang api semangat masa mula2 kerja disini dan di bawah bimbingan Boss 'A'
Muka bosan je uat kije..macam la muka aku...muka bosan...
Aku da lama menanti untuk menuju ke arah bidang lain tapi rezeki aku belom sampai lagi, Saban hari menunggu kan panggilan temuduga dimana2 sahaja tapi setakat ini disinilah rezeki aku meyara hidup bujang aku ini. Hari demi hari aku da buntu tak tahu nak buat apa lagi kat jabatan aku ni hah, Padahal banyak je research2 dan kerja boleh aku buat tapi aku tak mampu nak beri tumpuan sepenuhnya dah. Sekarang aku paling tak suka bila aku dengar telifon ofis aku berbunyi....mak ai malasnya aku nak layan nak nak lagi boss aku yang VET VET tu. Dulu-dulu kerap owwwww dia cal aku suruh naik atas jumpe dia. Bukan nak ape pon nak update status projek dan department aku je...hahahha....Tapi dia kan boss aku so aku kenalah buat apa yang di suruh..Namapon Boss...Love the Work but hate the Job....hehehehe
This one i like...i do feel that so often now....
Tapi lama kelamaan aku da hilang 'hormat' aku pada boss aku tu. tadi baru je aku kena di ceramah dengan dia pasal borang cuti aku tu yang aku sengaja lewat2kan bagi pada Kak 'A" (kerani boss aku lah)...hahaha..dekat 5-10 minit jugak la aku kena dengar ceramah free. Hahaha...Hinggalah dia cakap "kalau awak lewat2kan lagi antar borang cuti saya tak nak sign dah"....perghhh ugut aku lak..hahaha..
aku diam je n kuar bilik dia uat muka sposen biar sume orang kat atas tu tengok muka sposen aku ni...hahaha....Dia juga marah kat aku kerana lambat buat kerja sekarang. Ramai yang merungut pasal kerja aku sekarang. Padahal aku memang dah tak de mood nak uat semua kerja-kerja tu. Tapi aku siapkan jugak kerja-kerja aku cuma lambat la. Dari leh siap 2 3 hari pergi berlarutan hingga berbulan-bulan.....dasyat tak?..hahaha..
I hate my boss? NO la...sometimes je..
Dia selalu kalau jumpa aku ugut aku dengan nama E.D. Lambat je kerja aku siapkan...sebut nama E.D...apa dia ingat aku ni budak2 sekolah...takut kena rotan?..heh hello.....hehehe..kalau aku kena buang kerja sebab sikap aku tu salah aku la...jangan la duk ugut2 aku guna nama E.D..apa salah kalau cakap cara lain....nama je boss aku tapi tak pernah pon aku rasa dia boss aku. semua kerja2 aku buat aku rujuk dengan boss Razak (boss lama aku). aku heran la. dia boss aku tapi aku lagi banyak jumpa Boss 'A' berbanding dia. Aku hanya jumpe dia bila ada masalah pasal department aku, nak mintak cuti, bila dia panggil je. Yang lain macam nak mintak luluskan bahan-bahan kimia baru ke, pasal 'customer complaint' ke, pasal projek2 R&D ke..dan macam2 lagi la.sume dia suh aku jumpe n rujuk 'A" dulu. da tu dia boss aku dia uat apa je?...heran aku...kalau aku jumpe dia je nak mintak something...balik2 "ermmmm kamu da tanya ngn 'A' lom"?...sengal dah meluat ayat2 tu aku dengar.
Love this "Rule1 and "Rule 2"
 Tapi apa-apa pon berlaku dari dulu hingga sekarang adalah ujian ke atas diri aku sendiri. Boss aku x salah pon sebab da dia boss. Tapi dah adat la kerja di bawah orang dan bukan kita yang menjadi boss.Boss ke tak Boss skang da tak penting dah. Janji aku dapat peluang kerja baru dengan gaji yang bagus insya'Allah aku akan keluar dengan hati yang redha.

So semoga aku dapat peluang baru dan terima kasih pada Boss Boss aku atas segala tunjuk ajar dan juga nasihat serta dorongan untuk aku menjadi pekerja yang berdedikasi dan bagus. Insya'Allah aku akan berusaha dengan gigih di tempat baru bila aku dapat nanti.

Friday, March 4, 2011

"MaKciK" a.k.a "Maa" dan senyum....paRt OnE

Jantungku berdegup dengan kencang apabila aku menoleh ke arah kedai jam dimana 'seorang wanita yang raut wajahnya amatlah garang' tengah mengusya-usya jam. Saat itulah jantungku bagaikan nak pecah kerana berdebar punya pasal. Aku pernah bersua dengannya sekali di rumah terbukanya pada hari raya aidilfitri 2010. Dan tidak silap lagi raut wajah itulah yang aku nampak di kedai jam itu.Aku cuba menenangkan hatiku sambil memikirkan susunan ayat-ayat yang sesuai untuk aku ajukan padanya bila aku melangkah masuk ke kedai jam itu. Tiba-tiba henset aku berbunyi. "abg kat mana"? hah..itulah anaknya yang telah telipon aku. "maa" ada kat kedai jam tu. datang lah cepat. fuhhhh!!!..

Ya, wanita yang raut wajahnya yang garang itu ialah ibu kepada si 'dia'. Langkah-langkahku berat menuju ke kedai jam itu. Aku rasakan macam ada batu yang amat berat di bawah tapak sandal aku. Sambil melangkah masuk ke kedai jam itulah aku sedang 'practice' macam mana aku nak menegurnya. Masa 'practice' semua ayat tersusun rapi dan manis juga bunyinya. Tapi sebaik masuk saja ke kedai jam tu aku hanya menoleh ke arah maa 'dia' dan senyum terkeluarlah ayat-ayat yang aku 'practice' tadi..."makcik" dan sambil senyum. ye. itulah ayat yang aku mampu keluarkan dari mulutku setelah perasaanku dikuasai oleh perasaan gementar. Ya..dan ini lah aku yang sebenarnya. Pemalu dan penakut juga orangnya apabila bertemu dengan orang yang belum aku kenali. Inilah kebiasaannya yang berlaku. Cuba bayangkan aku da 'practice' ayat2 manis tapi aku hanya mampu keluarkan "makcik"....hahahahahha....si 'dia' dan kakak angkatnya hanya mampu gelak dengan gerak geri aku dan riak wajah aku. Maa dia senyum juga lah semasa aku menegurnya. Kira ok lah kan kan?..hahahahahhaha..

Aku ni peramah juga orangnya bila aku da kenal dengan seseorang itu. Aku ni mudah mesra dengan orang dan selalunya tak berat untuk mulutku menyapa dan memulakan perbualan. Tapi maa dia ni lain punya cite, kalau di izinkanNYA akan menjadi bakal ibu mertua aku so aku jadi takut lah sikit. Maklum lah nak berkawan dengan anak manja dia katakan. Aku bukan takut sangat pada maa dia walaupun selalu di canang2kan oleh 'dia' yang maa dia ni garang. Cuma aku rasa terus berjumpa di kedai jam dan nak beramah mesra macam janggal je. Tu boleh di katakan 'first time' jumpa maa dia kat luar. Masa jumpa kat open house hari raya hari tu pon aku pergi makan je. Dan aku cuma senyum je bila dia menoleh ke arah aku.Aku tahu maa dia pon hanya mahukan yang terbaik untuk anak emasnya itu. Dan insya'Allah jika di izinNYA dan jodoh yang panjang aku akan menjadi yang terbaik untuk anak "maa".......

Disini saya ingin mengambil kesempatan ingin memohon maaf pada "maa" si 'dia' sekiranya saya tidak banyak berbual dengan makcik pada hari tersebut. dan telah membuat "maa" rasa tidak selesa dengan kehadiran saya. Insya'Allah di masa akan datang saya akan lebih banyak mengeluarkan kata-kata selain dari "makcik"....hahahaha...

ok....rasanya cukuplah cerita ni kot...nanti kalau makin panjang lebar tak jadi pulak aku ke kantin nak makan pagi...insya'Allah kita akan bersua lagi "maa".....aminnn

'DiA'

Apa yang harus aku mula kan kali ini...aku betul-betul dah buntu. Pabila asyik memikirkan akan kesihatan 'dia' aku jadi takut. Aku takut aku akan kehilangan insan yang aku sayangi. Andainya 'dia' sakit maka aku memohon padaMU yang maha berkuasa sembuhkanlah 'dia' dan KAU panjangkanlah umurnya agar aku dapat hidup bersamanya. Aku telah kehilangan ayahandaku yang tersayang dan aku tak sanggup untuk lalui itu semua lagi Ya-Allah.

Aku tahu dia tak sihat sebenarnya tapi amatlah degil 'dia' nak mengakui yang 'dia' sakit. Tiap kali aku tanya tiada jawapan lain yang keluar dari mulutnya. "mana ada sakit....org ok je la" "awak tu yang sakit"...begitulah jawapan yang selalu aku dengar pabila persoalan tentang kesihatannya diajukan oleh aku...aku hanya mampu senyum sorang-sorang. Aku juga kadang2 ditimpa musibah oleNYA tapi aku rasakan tidak seteruk musibah yang meninpa ke atas dirinya.

Aku ada membaca blog yang di tulisnya baru2 ini dan bertambahlah kerisauan aku terhadap penyakitnya. Doktor dia pon tidak tahu apa lagi punca sakit yang di alaminya. Kepala aku tak lekang memikirkan apa penyakit yang DIA menguji insan yang aku sayangi ini. Doktor pakar yang memeriksa dia hanya tahu menggelengkan kepala sahaja pabila selesai memeriksa akan dirinya. Apabila bertanyakan apa yang tak kena padanya doktor itu hanya mampu menggelengkan kepala dan diam sahaja. Maka pelbagai spekulasi yang aku pikirkan dan ia membuatkan aku berdebar-debar hinggakan gelisah aku dibuatnya.Aku terus membaca blognya lagi dan bagaikan dipukul badai apabila aku melihat perkataan "jantung". Ya Allah ya Tuhanku..."Jantung". Risaunya aku Ya Allah. Minggu ini dia harus berjumpa doktor pakar lagi untuk ambil darah dan di lakukan ujian keatasnya. Aku hanya mampu berdoa agar 'dia' sihat dan dijauhkan dengan penyakit-penyakit yang merbahaya.

"Ya Allah yang maha berkuasa dan lagi maha pengampun. KAU ampunkanlah dosa-dosa aku dan juga dosa-doa 'dia'. Juga ampunkanlah dosa-dosa kami ke atas kedua-dua ibu bapa kami Ya Allah. Tempatkanlah mereka kesyurgaMU Ya Allah dan luaskan lah pintu syurga untuk mereka. KAU sembuhkalah segala penyakit yang ada pada dirinya Ya Allah. Hanya pada KAU aku berdoa dan hanya pada KAU aku berserah. KAUlah yang berkuasa ke atas setiap manusia di muka bumi Mu ini". 
Aminnn......


Aku sayang akan si 'dia'. dan aku juga tahu 'dia' juga tahu akan perasaan aku ini.

Semoga kau dan aku akan kekal buat selama-lamanya..........................

Tuesday, March 1, 2011

The event occurred yesterday at Batang Kali Post Office

As i was like the other Malaysians who are crazy going to the police station and post office to "bayar saman" for its last day where we all can get the 50% discount on all the summon. Luckily for me i went to Batang Kali Post Office early in the morning and it was worth it. I paid the summon without even have to queue up a very long line. I was the second person standing after a lady that was in front of me. Boy was she dishing out a lot of money to pay for her summons. Mine was only RM330 and after the 50% discount it came down to only RM180 + RM1 for the post office fees. hahaha...So as my other friends like Zuly, Zaimi and Sue...having to pay more than RM300 i guess i am lucky then. Sorry guys...you are reckless drivers..hahaha

After that, i call the sarjan who was in charge of "waran tangkap" telling him that i have paid my summon. I was going to see him to clear my black listed name. But he said that there is no need to see him as he can closed the case and clear my name again at his office. He even make a bad joke to me which says " lepas ni jangan kena saman-saman lagi ye dan jangan bawak kereta laju-laju.". He even laugh saying that. I also laugh at what he said. You know what? i got the "waran tangkap" for not paying my 0ne and only one summon. What the heck?. Its not that i have 30 to 50 summons to dish out the arrest warrant. The best part in that letter was it said " you can be arrested anytime and anywhere". i only laugh while reading that letter. I can be consider lucky actually since i never got arrested for not paying my summon. My friend told me that his cousin was arrested at 2.00 am recently for the summon. hehehehe...

So i am so glad now that i have no summon left and i think i will try to stay away from the summon for the rest of my life. " kena jadi pemandu berhemah la nampaknya"...hahahaha