Friday, March 4, 2011

"MaKciK" a.k.a "Maa" dan senyum....paRt OnE

Jantungku berdegup dengan kencang apabila aku menoleh ke arah kedai jam dimana 'seorang wanita yang raut wajahnya amatlah garang' tengah mengusya-usya jam. Saat itulah jantungku bagaikan nak pecah kerana berdebar punya pasal. Aku pernah bersua dengannya sekali di rumah terbukanya pada hari raya aidilfitri 2010. Dan tidak silap lagi raut wajah itulah yang aku nampak di kedai jam itu.Aku cuba menenangkan hatiku sambil memikirkan susunan ayat-ayat yang sesuai untuk aku ajukan padanya bila aku melangkah masuk ke kedai jam itu. Tiba-tiba henset aku berbunyi. "abg kat mana"? hah..itulah anaknya yang telah telipon aku. "maa" ada kat kedai jam tu. datang lah cepat. fuhhhh!!!..

Ya, wanita yang raut wajahnya yang garang itu ialah ibu kepada si 'dia'. Langkah-langkahku berat menuju ke kedai jam itu. Aku rasakan macam ada batu yang amat berat di bawah tapak sandal aku. Sambil melangkah masuk ke kedai jam itulah aku sedang 'practice' macam mana aku nak menegurnya. Masa 'practice' semua ayat tersusun rapi dan manis juga bunyinya. Tapi sebaik masuk saja ke kedai jam tu aku hanya menoleh ke arah maa 'dia' dan senyum terkeluarlah ayat-ayat yang aku 'practice' tadi..."makcik" dan sambil senyum. ye. itulah ayat yang aku mampu keluarkan dari mulutku setelah perasaanku dikuasai oleh perasaan gementar. Ya..dan ini lah aku yang sebenarnya. Pemalu dan penakut juga orangnya apabila bertemu dengan orang yang belum aku kenali. Inilah kebiasaannya yang berlaku. Cuba bayangkan aku da 'practice' ayat2 manis tapi aku hanya mampu keluarkan "makcik"....hahahahahha....si 'dia' dan kakak angkatnya hanya mampu gelak dengan gerak geri aku dan riak wajah aku. Maa dia senyum juga lah semasa aku menegurnya. Kira ok lah kan kan?..hahahahahhaha..

Aku ni peramah juga orangnya bila aku da kenal dengan seseorang itu. Aku ni mudah mesra dengan orang dan selalunya tak berat untuk mulutku menyapa dan memulakan perbualan. Tapi maa dia ni lain punya cite, kalau di izinkanNYA akan menjadi bakal ibu mertua aku so aku jadi takut lah sikit. Maklum lah nak berkawan dengan anak manja dia katakan. Aku bukan takut sangat pada maa dia walaupun selalu di canang2kan oleh 'dia' yang maa dia ni garang. Cuma aku rasa terus berjumpa di kedai jam dan nak beramah mesra macam janggal je. Tu boleh di katakan 'first time' jumpa maa dia kat luar. Masa jumpa kat open house hari raya hari tu pon aku pergi makan je. Dan aku cuma senyum je bila dia menoleh ke arah aku.Aku tahu maa dia pon hanya mahukan yang terbaik untuk anak emasnya itu. Dan insya'Allah jika di izinNYA dan jodoh yang panjang aku akan menjadi yang terbaik untuk anak "maa".......

Disini saya ingin mengambil kesempatan ingin memohon maaf pada "maa" si 'dia' sekiranya saya tidak banyak berbual dengan makcik pada hari tersebut. dan telah membuat "maa" rasa tidak selesa dengan kehadiran saya. Insya'Allah di masa akan datang saya akan lebih banyak mengeluarkan kata-kata selain dari "makcik"....hahahaha...

ok....rasanya cukuplah cerita ni kot...nanti kalau makin panjang lebar tak jadi pulak aku ke kantin nak makan pagi...insya'Allah kita akan bersua lagi "maa".....aminnn

No comments:

Post a Comment