Semalam la hari yang memenatkan aku, dan juga semua ahli2 familiku. Dari appartment Intan ke taman setiawangsa 5 rumah no 11. Itulah rumah baru akak aku yang selamat berpindah semalam. Dulu kena naik tangga nak boleh sampai ke rumah akak aku di tingkat tiga dan sekarang x payah naik tangga lagi dah cuma umah baru ni dua tingkat so ada jugak la tangga. Tapi x de la 3 tingkat. Bagi aku, 3 tingkat ok je cuma ia tak bagus untuk mak tersayang kami yang tak sihat dek paru2 dia sudah rosak dan dia juga ada asthma yang kronik. Maka untuk dia nak naik tingkat 3 tu amatlah susah. Nak boleh sampai tingkat 3 tu ada la dekat 10 minit mak aku melangkah naik. Da lama da akak aku mencari umah yang selesa untuk mak aku. Dan akhirnya dapat juga dia menyewa di rumah baru tu.
|
Berpindah rumah...x de la angkat umah macam ni hah... |
Lebih kurang kol 11.30 pagi aku sampai di rumah akak aku. Lori masih belum nampak bayang2nya. Rumah akak aku berselerak "gila" sampai aku nak berjalan pun susah. Baru aku tahu banyak gila barang umah akak aku. Tak lama kemudian adik lelaki aku (yang sue cakap hensem) sampai dengan kawan dia berbadan sasa. Tanpa berlengah aku terus memunggah barang2 dapur sahaja dulu ke rumah baru. Aku dengan WTY aku la dan adik aku bawak CRV akak aku. Turun-naik, turun-naik dan itulah kerja aku dari pukul 12.00 ke pukul 5 petang. Rasa nak tercabut pinggang dan lutut aku di buatnya. Mak ai letih gile. Aku pon da tak ingat berapa kali dah aku turun naik memunggah barang. Aku n adik2 aku semua menolong akak aku yang tak berapa sihat uat kerja. Abg ipar aku pon x sihat jugak. Tempurung lutut dia remuk akibat jatuh. So dia pon x leh angkat barang2 berat dan lutut dia sakit nak turun naik bayak kali. Dan sebab dia sakit lutut jugak la dia setuja nak menyewa rumah. Alhamdulillah. Mak kita orang jangan cakap la. Memang aku tak bagi dia uat kerja langsung. "Mak duk situ diam-diam, jangan nyibuk nok ngemas".
|
Lori yang tolong kami berpindah pon lebih kurang yg ni la...warna putih... |
Lori sampai pon da masuk zohor. Lori besar jugak la tapi x muat sekali trip je memunggah barang2 akak aku. Petang tu kol 6.30 trip ke 2. Ada sorang pakcik tu botak. Muka nya bengis. Tapi kuat dan gagah jangan cakap la. Aku pon tengok dia angkat barang seram dibuatnya. Aku ingatkan dia muda lagi rupa2nya da 65 umur dia. Badan pon tegap dan steady lagi. perghh..pekerja dia panggil dia ngn "WAK". Semalam "wak" bawak 3 orang pekerja. Sorang tu bro dari Kelantan. Pekat slang dia. hahaha...x yah ejek la dia cakap. hahaha. 2org lagi tu budak lagi la. aku kesian gak tgk meraka ni turun naik angkat almari2 akak aku. pergh...nasib baik la mereka ni di bayar untuk uat kerja2 ini. Kuyup baju masing2 mengangkat barang2 semua. Memunggah turun barang2 aku rasa makan masa dalam 3 jam kot untuk trip pertama tu. Lama gila aku rasa. Lebih kurang kat kol 8 la semua barang2 abis di punggah masuk lori dan dihantar ke rumah baru akak aku. RM900 abg ipar aku bagi kat "Wak" tu. Rezeki dia orang la dengan penat lelah mereka.
|
letih ow angkat barang2... |
Memang berselerak la umah akak aku. Tapi itulah adat memindah dan kenapa ramai orang tak suka berpindah randah. Sebab utamanya LETIH dan banyak kerja. Aku rasa ada la dalam seminggu baru abis ngemas umah baru tu. Tapi apa yang penting? NO la bukan kerja sama. Yang penting terpancar wajah keriangan dan hepi di muka mak aku. Siang malam berdoa nak dapatkan rumah dekat dengan masjid. Maka tertunai la hasrat dia. Rumah baru ni dekat la dengan masjid. Itulah mak aku nak sangat. Pergi masjid. Alhamdulillah. Walaupun aku n adik beradik aku penat tapi semuanya untuk mak kami yang tersayang.
Maka tamat la cerita aku kena naik tingkat 3 lepas ni. Rumah baru ni lawa jugak la. Aku pon hepi duduk situ. Harap2 ada kelapangan masa untuk aku sama2 ke masjid bersama mak aku. Insya'Allah.Nantila aku edit post ni masukkan gambar umah baru tu. Tapi jiran2 semua nampak cam mantap je....hehehe...Okla. aku pon masih letih dan lenguh2 lagi sendi2 aku ni.
|
Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa |
No comments:
Post a Comment