Monday, March 7, 2011

BoSS dan BuKan BoSS...

AkU N BoSS.....
Just Kidding....Boss are not like _ _ _ _!!!
Aku dan boss adalah sesuatu yang kerap bermain dalam pemikiran aku. Aku ialah seorang Eksekutif R&D di syarikat A. Aku mulakan khidmat aku di sini pada tanggal 01/11/2007 iaitu selepas 4 bulan aku menganggur di Shah Alam. Alhamdulillah ini lah kerja pertama aku selepas bergelar graduan Universiti. Aku mula-mula kerja disini di tempatkan di bahagian 'production' bersama seorang kawan aku bernama Mohd Syawal dan seoarang lagi budak yang aku tak pernah suka dari mula-mula aku kerja dengan dia. Namanya aku malas nak CEMARKAN post dan juga blog aku ini. Tapikan jodoh mereka berdua ni tak panjang bekerja disini dimana Syawal dapat kerja di TNB dan 'dugong' dapat kerja di Petronas.

Maka tinggal la aku sorang-sorang hinggalah sekarang. skang aku da kerja disini da dekat 3 tahun 4 bulan dah. Waahhhh!!! Hebatnya aku masih lagi boleh berada disini lagi. Tapi aku telah berjanji pada diri aku dan juga pada Boss A (boss lama aku waktu di jabatan pengeluaran) yang aku akan cari pengalaman dalam 3 tahun macam tu la. Dia pon menyokong aku pada masa itu. Aku cukup bahagia ketika berada di bawah bimbingan dia dimana dia amatlah prihatin dan pandai menjaga pekerja dia. Hanya sekali aku di marah oleh boss aku itu pon kerana aku silap hantar email penting ke Cawangan Jerman tanpa merujuk dengan dia terlebih dahulu. Lepas kena marah, kelam kabut aku hantar email2 yang betul dan memohon maaf  kat Jerman. Nasib baik la Boss kat sana ok tak la aku kena marah ngn E.D pulak nanti...hahahhahaha...la Tengok da ada gambar I love My Boss pulak.....tu untuk Boss 'A' aku la..


Setelah hampir setahun 2 bulan aku telah di tukarkan ke jabatan aku sekarang la iaitu R&D. Ini semua adalah kerja-kerja bijak Boss baru aku dimana dia telah menhantar satu usul dimana sebahagian dari 'junior exec dan 'senior exec' di tukar-tukarkan ke jabatan2 lain.( reshuffling department). Sebab kan dialah aku di serap masuk ke R&D. Mula2 duk di R&D aku happy je tapi lama kelamaan aku da mula bosan dengan kerenah boss aku dan juga bosan dengan kerja2 'research' ni. Aku paksa kan juga kerja tapi aku pon perasan kerja aku sekarang da tak macam dulu-dulu dah. Hilang api semangat masa mula2 kerja disini dan di bawah bimbingan Boss 'A'
Muka bosan je uat kije..macam la muka aku...muka bosan...
Aku da lama menanti untuk menuju ke arah bidang lain tapi rezeki aku belom sampai lagi, Saban hari menunggu kan panggilan temuduga dimana2 sahaja tapi setakat ini disinilah rezeki aku meyara hidup bujang aku ini. Hari demi hari aku da buntu tak tahu nak buat apa lagi kat jabatan aku ni hah, Padahal banyak je research2 dan kerja boleh aku buat tapi aku tak mampu nak beri tumpuan sepenuhnya dah. Sekarang aku paling tak suka bila aku dengar telifon ofis aku berbunyi....mak ai malasnya aku nak layan nak nak lagi boss aku yang VET VET tu. Dulu-dulu kerap owwwww dia cal aku suruh naik atas jumpe dia. Bukan nak ape pon nak update status projek dan department aku je...hahahha....Tapi dia kan boss aku so aku kenalah buat apa yang di suruh..Namapon Boss...Love the Work but hate the Job....hehehehe
This one i like...i do feel that so often now....
Tapi lama kelamaan aku da hilang 'hormat' aku pada boss aku tu. tadi baru je aku kena di ceramah dengan dia pasal borang cuti aku tu yang aku sengaja lewat2kan bagi pada Kak 'A" (kerani boss aku lah)...hahaha..dekat 5-10 minit jugak la aku kena dengar ceramah free. Hahaha...Hinggalah dia cakap "kalau awak lewat2kan lagi antar borang cuti saya tak nak sign dah"....perghhh ugut aku lak..hahaha..
aku diam je n kuar bilik dia uat muka sposen biar sume orang kat atas tu tengok muka sposen aku ni...hahaha....Dia juga marah kat aku kerana lambat buat kerja sekarang. Ramai yang merungut pasal kerja aku sekarang. Padahal aku memang dah tak de mood nak uat semua kerja-kerja tu. Tapi aku siapkan jugak kerja-kerja aku cuma lambat la. Dari leh siap 2 3 hari pergi berlarutan hingga berbulan-bulan.....dasyat tak?..hahaha..
I hate my boss? NO la...sometimes je..
Dia selalu kalau jumpa aku ugut aku dengan nama E.D. Lambat je kerja aku siapkan...sebut nama E.D...apa dia ingat aku ni budak2 sekolah...takut kena rotan?..heh hello.....hehehe..kalau aku kena buang kerja sebab sikap aku tu salah aku la...jangan la duk ugut2 aku guna nama E.D..apa salah kalau cakap cara lain....nama je boss aku tapi tak pernah pon aku rasa dia boss aku. semua kerja2 aku buat aku rujuk dengan boss Razak (boss lama aku). aku heran la. dia boss aku tapi aku lagi banyak jumpa Boss 'A' berbanding dia. Aku hanya jumpe dia bila ada masalah pasal department aku, nak mintak cuti, bila dia panggil je. Yang lain macam nak mintak luluskan bahan-bahan kimia baru ke, pasal 'customer complaint' ke, pasal projek2 R&D ke..dan macam2 lagi la.sume dia suh aku jumpe n rujuk 'A" dulu. da tu dia boss aku dia uat apa je?...heran aku...kalau aku jumpe dia je nak mintak something...balik2 "ermmmm kamu da tanya ngn 'A' lom"?...sengal dah meluat ayat2 tu aku dengar.
Love this "Rule1 and "Rule 2"
 Tapi apa-apa pon berlaku dari dulu hingga sekarang adalah ujian ke atas diri aku sendiri. Boss aku x salah pon sebab da dia boss. Tapi dah adat la kerja di bawah orang dan bukan kita yang menjadi boss.Boss ke tak Boss skang da tak penting dah. Janji aku dapat peluang kerja baru dengan gaji yang bagus insya'Allah aku akan keluar dengan hati yang redha.

So semoga aku dapat peluang baru dan terima kasih pada Boss Boss aku atas segala tunjuk ajar dan juga nasihat serta dorongan untuk aku menjadi pekerja yang berdedikasi dan bagus. Insya'Allah aku akan berusaha dengan gigih di tempat baru bila aku dapat nanti.

3 comments:

  1. ayat perenggan 1st plg best!!!!hahaha xleh blah ko n sahabat2 ko...kihkihkih

    ReplyDelete
  2. Namanya aku malas nak CEMARKAN post dan juga blog aku ini....

    hahaha...x de la saje je...aku kena la citekan pasal kawan2 aku dulu...tu pon x bubuh nama maria..hehe..

    pasni cite pasal munculnya Suhailly mun mun...hehehehe

    ReplyDelete
  3. xde maknanya munmun...ceh...everything about suhailly and her friends are wonderful and blissful!!!!!!!

    ReplyDelete