Friday, March 4, 2011

'DiA'

Apa yang harus aku mula kan kali ini...aku betul-betul dah buntu. Pabila asyik memikirkan akan kesihatan 'dia' aku jadi takut. Aku takut aku akan kehilangan insan yang aku sayangi. Andainya 'dia' sakit maka aku memohon padaMU yang maha berkuasa sembuhkanlah 'dia' dan KAU panjangkanlah umurnya agar aku dapat hidup bersamanya. Aku telah kehilangan ayahandaku yang tersayang dan aku tak sanggup untuk lalui itu semua lagi Ya-Allah.

Aku tahu dia tak sihat sebenarnya tapi amatlah degil 'dia' nak mengakui yang 'dia' sakit. Tiap kali aku tanya tiada jawapan lain yang keluar dari mulutnya. "mana ada sakit....org ok je la" "awak tu yang sakit"...begitulah jawapan yang selalu aku dengar pabila persoalan tentang kesihatannya diajukan oleh aku...aku hanya mampu senyum sorang-sorang. Aku juga kadang2 ditimpa musibah oleNYA tapi aku rasakan tidak seteruk musibah yang meninpa ke atas dirinya.

Aku ada membaca blog yang di tulisnya baru2 ini dan bertambahlah kerisauan aku terhadap penyakitnya. Doktor dia pon tidak tahu apa lagi punca sakit yang di alaminya. Kepala aku tak lekang memikirkan apa penyakit yang DIA menguji insan yang aku sayangi ini. Doktor pakar yang memeriksa dia hanya tahu menggelengkan kepala sahaja pabila selesai memeriksa akan dirinya. Apabila bertanyakan apa yang tak kena padanya doktor itu hanya mampu menggelengkan kepala dan diam sahaja. Maka pelbagai spekulasi yang aku pikirkan dan ia membuatkan aku berdebar-debar hinggakan gelisah aku dibuatnya.Aku terus membaca blognya lagi dan bagaikan dipukul badai apabila aku melihat perkataan "jantung". Ya Allah ya Tuhanku..."Jantung". Risaunya aku Ya Allah. Minggu ini dia harus berjumpa doktor pakar lagi untuk ambil darah dan di lakukan ujian keatasnya. Aku hanya mampu berdoa agar 'dia' sihat dan dijauhkan dengan penyakit-penyakit yang merbahaya.

"Ya Allah yang maha berkuasa dan lagi maha pengampun. KAU ampunkanlah dosa-dosa aku dan juga dosa-doa 'dia'. Juga ampunkanlah dosa-dosa kami ke atas kedua-dua ibu bapa kami Ya Allah. Tempatkanlah mereka kesyurgaMU Ya Allah dan luaskan lah pintu syurga untuk mereka. KAU sembuhkalah segala penyakit yang ada pada dirinya Ya Allah. Hanya pada KAU aku berdoa dan hanya pada KAU aku berserah. KAUlah yang berkuasa ke atas setiap manusia di muka bumi Mu ini". 
Aminnn......


Aku sayang akan si 'dia'. dan aku juga tahu 'dia' juga tahu akan perasaan aku ini.

Semoga kau dan aku akan kekal buat selama-lamanya..........................

No comments:

Post a Comment