Friday, February 11, 2011

DiKau TiaDa PenGGanTi..

dikau tiada pengganti.... menjadi nadi tajuk utama blog aku. Aku tidak tahu kenapa aku memilihnya sehinggalah ada seorang teman bertanyakan kenapa dikau tiada pengganti? Puas aku menafikan jawapan yang aku pendam di lubuk hatiku. akhirnya aku akur dengan takdir jua. Tajuk ini aku tujukan khas buat arwah ayandaku yang tersayang. Dia telah kembali ke Rahmatullah pada 19/06/2009 4 hari selepas hari ulang tahun kelahiranku.

Sungguh perit untukku menelan pemergiannya. Tapi aku harus tabah mengharungi liku-liku hidup aku sebagai anak lelaki sulung dimana besar tanggungjawabku pada ibuku mahupun adik-adikku. Semoga Allah menabahkan hatiku dan jua memberikan aku kekuatan agar dapat aku menjadi seorang anak yang taat pada hukumNYA dan taat pada agamaNYA dan taat kepada ibuku. Insya'Allah.

Berbalik pada dikau tiada pengganti ini, aku tujukan khas tajuk ini pada arwah ayahandaku kerana tiada siapa boleh menggantikan tempat beliau sebagai seorang ayah padaku mahupun teman berbual dan juga seorang guru yang selalu mendidik aku supaya aku menjadi insan yang baik. Terima kasih ayah. Dikau Memang Tiada Pengganti......


Al-Fatihah....

No comments:

Post a Comment