Sambil merenung masa depan aku di kilang yang aku kerja ni...aku teringat pada zaman sekolah rendah dulu. Walaupun umurku sudah mencecah angka keramat 30 tapi ingatan aku pada zaman kecilku masih segar dalam ingatan ni. ibu ku dan ayah ku selalu menceritakan apa yang selalu berlaku sewaktu aku di darjah satu. Aku mahu menafikan semua cerita yang telah mereka sampaikan tapi semuanya telah berlalu pergi. Apa yang mereke ceritakan pada ku sebenarnya memang yang berlaku ke atas diriku. Aku dikenali sebagai anak yang agak degil la dari kecil lagi.Tapi tak sedegil budak degil yang lain..
Masa darjah satu dulu aku dikenali sebagai salami yang suka menagis. tapi yang ajaibnya aku tak la menangis tiap2 hari dan tiap2 waktu. aku cuma akan menangis dalam kelas pendidikan islam. Adalah seorang ustazah yang gemok ni dengan raut wajahnya yang agak garang dan dia suka sangat tiap2 kali nak abis kelas dia akan bagi soalan2 agama la. nak nak lagi kelas dia last skali sebelum balik. so tiap2 kali la aku akan menagis dalam kelas die. nak tahu nape? aku pon tak tahu kenapa sebenarnya...hehehe. tapi aku rasakan sebab dia suka bertanyakan soalan2 dan aku selalu last skali dapat jawab.
kartun ni gaya ustazah aku dulu2...hehehe |
Ustazah ni suka tanya soalan2 pelik dan siapa yang tak dapat jawab kena berdiri atas kerusi hinggalah atas meja. Dan aku la budak kecil yang selalu tak boleh jawab soalan2 dia...so aku menangis la sebab aku slalu last balik dan dia suka marah aku...
"asik-asik nak nangis"..ngeri ow bila dia cakap ayat tu padaku..hehehe.."hah berdiri kamu atas kerusi"...makin sebak la aku sambil menangis2 la...hahaha..aku ingta lagi Farid, Azri Gaban suka ketawakan aku...siap mereka boleh cakap "nanti salami menangis la tu kena soal di ustazah"?hehehehe...Banyak cantik punya kawan...hahaha.tapikan aku ngn Azri Gaban masih lagi baik dengan aku..
macam ni la gaya aku dulu2 kena diri atas kerusi...sambil menangis2..hahahaha |
Farid, Azri Gaban dan rakan2 ku yang lain sudah hampir 20tahun tak berjumpa.Tapi aku tau mereka semuanya da berumahtangga dan beranak pinak.Bulan 6 ni maka 30 la usia aku. Kawan2 aku asik bertanya bila nak kawin? aku da meluat nak menjawab persoalan2 mereka. hehehe...aku memang da patut nikah da ni..tapi ada satu lagi halangan aku iaitu duit. tapi rezeki Allah itu meluas. InsyaAllah aku akan di ijab qabulkan juga nanti dengan pilihan hati aku sendiri. semoga Allah akan terus merestui perhubungan kami ini...
Berbalik pada cerita ustazah tadi. kerana ustazah la aku di kenali sebagai salami "cry baby" pada kawan2 aku. Tapi kan aku dalam kelas dia je aku suka menangis. kelas2 lain x de la pulak aku nak menangis. tu yang aku pelik...hahaha. aku memang dari kecik x la pandai mana mengaji al quran tapi setiap kali ustazah tu buat hafazan aku lulus cemerlang je. Tapi tiap kali kena "test" soal jawab je aku akan mula mencurah-curah airmata la jawabnya..hahaha....
Tapi walaupun aku menangis di kelas ustazah aku itu...akhirnya aku berjaya juga dalam pelajaran. Tak jadi ustaz pon xpela....agaknya aku suka sangat menangis dalam kelas ustazah aku la aku tak dapat jadi ustaz seperti mana yang ayah aku inginkan.Tapi Allah itu maha berkuasa dimana DIA telah memakbulkan doa seorang ibu yang inginkan seorang anak bagi menggantikan tempat suaminya (ayahandaku). Maka lahirlah adik lelaki bongsuku pada tanggal 02/11/1992. Semoga Allah merahmatkan dia selalu dan tunjukkan lah jalan-jalan yang direstuiMU untuk dia berjaya didunia. Peliharakanlah dia, aku serta adik2 ku yang lain ke jalanMu iaitu ke jalan agamaMU. dan juga hindari aku dan adik2 ku dari godaan syaitan2 dan jin jin nescaya merekalah musuh utama pada manusia. Insya'Allah.
Terima Kasih buat Ustazah, Ustaz dan cikgu-cikgu yang telah mengajar serta mendidik aku dari darjah satu hinggalah ke darjah 5 di sekolah pusat chabang tiga. Tanpa didikkan kamu semua dan melayan kerenah2 aku semasa di bangku sekolah dulu maka aku tak akan berjaya seperti sekarang. Semoga dirimu semua dipanjangkan usia dan di rahmatiNYA selalu. Insya'Allah.
Ameen...
Bagus dan menarik
ReplyDeleteKira