Dalam suasana yang suram di ofis R&D, aku milihat wajah staf-staf aku yang meyorok perasaan hiba dan disusuli juga dengan perasaan gembira untuk rakan sejawat. Ofis kami akan sunyi tanpa kelibat insan yang kami semua sayangi. aku telah anggapnya seperti abangku sendiri dengan gurau sendanya, nasihat-nasihatnya serta gelak tawanya yang menceriakan opis R&D dan kami semua. Melangkah beliau ke arena baru dalam kerjaya hidupnya. Memulakah langkah demi langkah menuju puncak kejayaan yang semua manusia idam-idamkan. Saban hari aku melihat abgku ini tidak lekang mengusahakan sesuatu projek bagi menyara hidupnya serta keluarganya. Siapakah yang aku maksudkan? Tidak lain dan tidak bukan....Abdul Salim a.k.a salimkelawar.
Sebak hatiku menahan air mata ini dek kerana teramat sedih dengan melangkahnya pergi abg Salim keluar dari opis aku ini. Selama 2 tahun lebih aku bekerja denggannya dan alhamdulillah tidak banyak kerenah yang dia lakukan semasa aku menjadi "boss" dia. Beri sahaja tugas pada dia dan tanpa banyak "songeh" kejap je dibuatnya. Dia jarang mengeluh bila melakukan satu kerja. Itulah yang buat aku suka pada watak abg Salim ini. Aku tahu dia seorang yang tegas dengan prinsipnya tapi amatlah lembut orangnya.
Boleh juga dikatakan "romantic" juga orangnya. Amat meminati membaca novel-novel cinta dari dia bekerja syif lagi. Suatu ketika dahulu sebelum dia diserapkan di jabatan R&D, dia bekerja di makmal fizikal. Apabila kerja di syif malam mula la dia tekun membaca novel-novel cinta yang di bawa oleh rakan karibnya iaitu abg Razali. memandangkan isteri abg Razali pon pengumpul novel, amat mudahlah bagi abg Salim meminjamnya.
Aku juga tahu sepanjang dia berada di bawah jagaan aku, dia banyak melakukan kerja-kerja luar seperti "projek lada", "projek kacang panjang", "projek pasir" dan macam2 lagi projek yang beliau ceburi. Tapi aku tahu satu persatu projek itu hanya mengecapi kejayaan yang sementara. Tapi dia tidak pernak putus asa. Sebagai ketua Pemuda Umno cawangan Kg. Kelawar dia haruslah berusaha gigih untuk diri dia mahupun untuk orang-orang kampung. Gagal sekali tidak bererti akan gagal buat selama-lamanya.
Hatiku sedikit gusar dan khuatir dengan perginya dia melangkah ke arah projek baru yang akan dikendalikan olehnya tidak lama lagi. Maka tanggal 15/02/2011 ialah hari terakhir dia akan bersama kami semua. Tanggal 16/02/2011 bermulalah episod baru dalam hidupnya. Meninggalkan rakan-rakan sejawat demi mengejar cita-cita sebagai petani moden. Aku doakan agar dia berjaya dengan bidang dia ceburi. Tapi aku sedar yang abg Salim ni tabah orangnya. "pantang MELAYU berundur sebelum berjuang habis-habisan"...dan aku rasakan prinsip inilah yang membakar semangat waja abg Salim untuk terus menceburi pelbagai bidang sehinggalah dia akan berjumpa dengan satu bidang yang akan kekal kejayaannya kali ini. Insya'Allah sama-samalah kita mendoakan kejayaan dia di RahmatiNYA.
Ya aku menipu jika nak dikatakan aku tidak sedih dengan keluarnya seorang lagi "staff" aku ke arah bidang kerja lain. aku juga sedih ketika Poobalan meninggalkan kami semua begitu saja. Hilang tanpa khabar berita dimana dan ke arah mana tujunya. Apatah lagi kali ini abg Salim yang agak rapat dengan aku. Seteru aku ketika bermain ping pong. Perpisahan amatlah berat untuk aku terima akan tetapi itulah lumrah kehidupan ini. "Dimana ada pertemuan pasti ada perpisahan". Walau apa pon aku haruslah tabah dan memberi sokongan sepenuhnya untuk abg Salim bagi dia memajukan industri 'penternakan ayam daging". Ayuh majulah diri anda sebagai bangsa Melayu Selamat maju jaya aku dahulukan buat abg Salim dan pasti suatu hari nanti kita semua akan bersama-sama semula. Insya'Allah.
aku dedikasikan "Doa Perpisahan" ini untuk insan bernama Abdul Salim...
"DoA PeRpIsAhAn"
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini
"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
Dipetik Dari lirik lagu kumpulan Brothers......
Abdul Salim Abdul Wahid....SeMoGa BeRJaYa!!! |
Terima kasih buat bos aku yg kreatif ni....pasal mengarang tak boleh beat, dia juara.Begitu juga ngan team R & D yg byk membantu dan bekerjasama dlm menghadapi berbagai cabaran.Aku pergi tak lama hanya dua bulan , ingin mencuba bidang baru. Mencari pengalaman maklumlah keluarga besar mestilah kena agreasif, nanti tak berasap dapur.Waimapun aku menganggap Seluruh staff R & D, sebagai keluargaku juga.Akhir kata semoga staff R & D beroleh kejayaan anggaplah gula-gula di Langkawi penawar luka. Biarpun pahit namun tetap di telan juga.
ReplyDeleteGud LUCK abg salim!!!!
ReplyDelete