Wednesday, February 9, 2011

Picnic bersama jiran PT1853 & PT1855


suatu hari bila bosan melanda jiwa.....

Kawan-kawan lain sibuk pulang ke kampung masing-masing sedangkan aku, zaimi tinggal berdua di rumah sewa kesayangan kami beralamat PT1854 Taman Seri Cahaya. Cuti Hari Raya Cina tahun ni cantik la pulak jatuh pada hari Khamis dan Jumaat. Aku memang tak berniat nak balik kampung sebab hujung bulan 2 ni aku nak balik Terengganu lagi so time ni rehat-rehat kat umah la. Boleh la aku mengemas umah, membasuh kereta dan juga moto kesayangan aku.


Pagi Khamis tu aku bagun awal walaupun malam tu tidor lewat sedangkan si zaimi masih lagi di ulit2 mimpi yang indah bersama teman wanita nya kot. Hehehehehe....pagi tu la aku amik kesempatan mengemas bilik aku dan juga ruang tamu kita org. Bila settle aku pon pergi la mencari sesuap sarapan pagi di pekan batang kali. Kali ni roti canai menjadi pembuka selera di pagi hari. sedappppp!!!


Sampai je di rumah zaimi memanggil aku. aku ingat kan ada apa2 yang berlaku rupa2nya dia buang tebiat kot tiba2 cakap "JOM KITA BAKAR IKAN ARINI "........aku gelak ingatkan dia masih lagi mamai dari tidornya..hahahaha..Dia pon keluar umah dan setengah jam kemudian dia bawa balik 2 ekor ikan 'NYOK-NYOK'. amacam pernah dengar nama ikan ni?.terus terang aku cakapkan ini lah pertama kali aku melihat ikan ni apatah lagi dengan namanya yang agak unik. Nanti kamu boleh tengok gambar ikan tu ye...hahaha..


ini lah dia ikan "NYOK-NYOK"


Aku mula la operasi memerap ikan tu. Zaimi ni baik orangnya sebab tu imam sebelah umah kami tu sayangkan bakal menantu dia ni. hahaha...Kami memerap 2 ekor ikan "NYOK-NYOK" dan dengan selamber pergi sebelah umah jiran kita org PT 1855 untuk operasi memanggang ikan la....hahaha..Si Azni yang Choont x de umah dia keje time orang lain bercuti.hah sebut pasal dia aku teringat pada ayat2 dia sebuat pada aku. "AZNI KAMU NI KERJA DI LADANG BUKAN KERJA DI OPIS MACAM ORG LAIN" HAHAHAHAHA..disebab kan bos dia kelaurkan ayat2 ni la dia terpaksa kerja walaupun cuti umum. kesian.. ok balik pada operasi tadi. disebabkan arang yang sikit maka terpaksalah aku n zaimi menggunakan kayu api untuk membakar ikan itu. Hah tengok kat bawah tu...hebat tak berbara kayu api tu?..hahaha


ni hah kayu api yang di ambil blakang umah






ini lah kawan aku si zaimi a.k.a WSB...Wa seorang buaya..hahaha..tgk lagat die..tekun tu membakar ikan..ala nak bagi bapak mentua punya pasal la kena la tekun..hehehehe

Tgk la sendiri si zaimi rajin dan bersemangat membakar ikan tu...hahaha...aku biasa la cameraman mestila tak ada dalam cite ni...hahahaha...Bata yang menjadi tapak untuk membuat set memanggang pon kita org pinjam pak imam punya (bakal bapak mentua zaimi jugak)..hahahaha..alamak baru aku ingat la aku belom hantar lagi bata-bata tu kat pak imam...hahaha...jangan dia mengamuk la..hehehe....setelah beberapa kali memusing pemanggang ikan itu maka terhasil lah ikan bakar kami. Nak tengok hasilnya tak?..hah...tengok je kat bawah tu..amacam ada terliur?......hahahaha


ni la ikan yang sedang di bakar...



maka terhasil lah ikan "NYOK-NYOK bakar kami. nampak macam lazat je kan...tapi memang sedap la ikan ni..terima kasih zaimi kerana blanja aku makan.



ow lupa pulak nak bagi tahu yang hari tu aku juga ada masak ikan patin masak tempoyak. Boleh la dimakan dan jadi la jugak walaupun tidak sesedap yang mak aku masak kan..tapi boleh la....hehehe...salami usaha lagi.."you can do it"..hehehe. Nak makan ikan bakar ni mestila kena ada pencicahnya iaitu air asam. perghhhh sedap siot ikan bakar cicah air asam. aku malas la nak buat air asam sebab aku malas la aku suruh awek zaimi si azah membuatnya.....boleh la tahan dia buatkan air asam tu. kalau tanya si zaimi sedap ke tak mie?..awek punya pasal mestila sedap...kan mie kan? hehehehe...(jangan mare ek mie..gurau je...hehehehe).
Tak kan makan ikan patin dan ikan bakar je kot?..hah mesetila tidak....baru je nak menjamu selera azah pulak bawakan ketam masak merah...perggghhhh..ketam tu.....fevret zaimi n azah...hahaha..aku tengok je la sebab aku ni x leh makan sangat ngn seafood...ala ada resdung kuat katakan...kalau makan mesti gatal dan bengkak2 satu badan....hahahha...

tgk ketam masak merah tu..perghh ngn air asam lagi...sipa yang masak?..bakal mak mentua zaimi yang masak..hahaha



ini lah dia masakan kami di hari picni bersama jiran jiran sebelah umah....


ok la kenyang aku aritu dan terima kasih pada azah n famili dan tidak dilupakan juga pada Azni kerana memberi kami membakar ikan dan berpicnic di rumah die...aku teramatlah gembira pada hari tu dan memang berbaloi tak pulang ke kampung dapat bversama teman2 baik ku....ini baru je permulaan aktiviti-aktivi kami pada tahun ni...nantikan berBBQ di sungai batang kali pulak..pasti akan seronok...hahahaha





JOm MaKaN...

No comments:

Post a Comment