Tuesday, May 31, 2011

CENCARU BELAH BELAKANG

kawan2 ku semua, ini la nak kongsi sikit resepi yang aku suka masak dulu-dulu. Mudoh je nak buat ni....sape hok dok reti tu "nebeng ngak" uat2 tahu da la...hehehehe... Nama resepi ni kat bawah tu..besar lagi tulisan tu..hehehe...
CENCARU BELAH BELAKANG

Bahan
4 ekor ikan cencaru[dicuci dan dibelah dibelakang]
minyak

Bahan Sambal/Mesin2 batang serai [racikkan]
4 ulas bawang merah
6 tangkai cili merah
2 s/b kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan
daun kunyit [mayang halus]
3 biji limau kaasturi [belah 2 dan buangkan biji]

Cara membuat
1. Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.
2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.
3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..
4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.
6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan

 Tapi bagi mereka yang x suka makan ikan ni cara goreng, anda pon juga boleh memanggang/bakar ikan ni..ia juga sedap. nak nak lagi cecah air asam...perghhh.....dulu aku masak ikan ni mesti aku bagi jiran aku yang dulu2..skang sume jiran tu da x de..skang jiran baru...hahaha...
jom kita tengok gambar2 ikan ini sebelum n selepas di goreng...
ni la rupa ikan cencaru/ikan jaket/ikan keras ekor.....


kat belakang tu la kita sumbat bahan2 yang di blend tu....


ini lah rupa ikan cencaru belah belakang....aku panggil ikan sumbat je...hahaha

ini air asam...macam2 style korang leh uat air asam ni...janji ada nak cicah ikan tu...hehehe

so selamat mencuba ye....resepi asal ini di petik dari:-
http://hanieliza.fotopages.com


 

3 comments:

  1. sue: ko la aritu masa kita BBQ kat umah aku tu skali la menyambut "budak practical" baru si "ain calit" n "adda cun".hahaha...
    ko ingat x ko rasa rempah perap tu macam tu je..da la hanyir...hahaha....
    nanti kena la masak bagi "isteri" pulak...huahuahauah....

    ReplyDelete
  2. nanti la aku balik ganu aku uat n kita makan ramai2..hahahaha

    ReplyDelete