Alhamdulillah kita sudah berpuasa selama 7 hari. Aku puasa tahun ni simple je macam la tahun-tahun yang sudah. Cuma tahun ni aku puaa sorong2 kat rumah. Sama la pulak ngn kawan aku si Zuly yang sudah berpuasa sorang diri kat Terengganu selama 3 tahun. So far semua ok la. Tahun ni, aku akan berbuka puasa 5 hari di rumah sewa aku dan 2 hari lagi insya'allah berbuka di rumah akak aku.
Hari Jumaat malam sabtu tu aku da pergi berbuka di uamh akak aku dah, so terawih aku buat la di Masjid Muadz bin Jabal Taman Setiawangsa. Aku buat kat batang kali 8 rakaat dan kat Masjid KL ni pon 8 rakaat jugak. Tapi di Masjid Batang Kali, selepas sudah solat fardu Isyak, imam 1 akan membaca Tahlil untuk arwah-arwah yang telah kembali kepadaNYA. Selepas itu baru lah Imam Muda akan memberikan sedikit tazkirah dan kemudian solat terawih. Dua orang Imam Muda (Tahfiz) ini datang dari Darul Quran KKB. Manakala di Masjid, Muadz bin Jabal pula, selepas selesai solat fardu Isyak, terus disusuli dengan solat terawih berjemaah. Dan bacaan tahlil untuk arwah-arwah di buat selepas selesai solat terwaih 23 rakaat.
Alhamdulillah, tahun ini aku lebih rajin dari tahun-tahun sudah. Insya'allah aku akan cuba untuk lakukan solat terawih dengan baik. Walaubagaimanapun, hari sabtu malam ahad baru-baru ini, aku tak pergi terawih kerana migrain.Lepas bebuka dan solat maghrib, aku terus tidor sebab terlalu sakit. Sedar-sedar dari tidor dah pukul 12 malam. Balik pada cerita Masjid Muadz bin Jabal Taman Setiawangsa. Masjid ni besar la jugak. Jemaah yang datang untuk solat terawih pon boleh tahan la. Penuh la 5-6 Saf solat terawih berjemaah yang buat 23 rakaat. Imam Muda untuk solat terawih tahun ni di jemput khas dari Tahfiz Quran dari Dungun, Terengganu. Sungguh merdu dan fasih bacaan mereka. Jauh datang budak-budak tu. Yang aku terasa lucu sikit ialah bila budak-budak ni memberi tazkirah. Maka pekat la loghat "Ganu" yang terkeluar dari mulut-mulut mereka. Biasa la budak-budak tahfiz dari Terengganu, mana la reti nak "speak2" KL ni..Hahahahahaha..
So aku harapkan aku boleh kekalkan kerajinan aku untuk pergi terawih pada tahun ini. Mendoakan agar Allah kurniakan kesihatan berterusan sepanjang bulan Ramadhan ini. Salam Ramadhan dari aku buat ibuku serta keluargaku dan tidak dilupai semua kawan-kawanku dan seluruh umat islam.
Wasalam.
jom lawan sape lg byk trawih tahun ni... law kalah,kne masak tok org yg menang. ok? hihihi...
ReplyDeleteda tentu la sya n sue akan kalah teruk....so korang pilih la masa yang sesuai masak lah tuk kaum2 yang menang ni...nanti akan dijemput si zaimi, awal, zuly (bini not included), dan ramai2 lagi..hehehehe
ReplyDeletebab memasak ko suh sya je la...hehehe nnti join korang...i kan TTB mn tau nak masak2 nih!
ReplyDeleteek eleh..time suh masak mula nak ngaku TTB..time x masak...mati2 an x ngaku..cet hampeh...
ReplyDelete