Friday, August 5, 2011

5 SahaBat PolimErIaN

dari kiri: "taib", "aku", "yem", "mat lee jawa", "zuly"

Ini lah gambar kenangan yang aku ada bersama boleh dikatakan "best buddies" masa kat UiTM Shah Alam dulu. Kami berlima ni sudah lama berkenalan. sejak dari 2001 lagi semasa membuat Diploma Polymer Technology. Dan dalam 5 orang sahabat tu wujud la zuly kawan aku yang masih lagi bekerja satu tempat dengan aku. Cayalah zuly....hehehehe...

Ok aku kenalkan sorang-sorang ye. Biar aku mulakan dengan;
TaiB - hmmm...taib ni orang Lanchang, Pahang. Kecik je orgnya n sangat la baik. Study dia memang ok la tapi antara kami berlima tu dia bukanlah yang terhebat. Nanti akan tahu jugak siapa yang terhebat antara kami berlima ni. taib ni nama sebenar dia ialah Mohd Radzi tapi masa sem 1 la start panggil dia taib sebab dia kurus macam penagih2 kat lorong Hj Taib.hahahaha.....Last2 lekat terus nama tu pada dia. Tapi kan kat atas tu dia sorang je x pakai jubah konvo kan? Itu sebabnya masa tu dia da jadi senior pada kami semua. Kami berempat lagi tu kita orang "extend sem" hahaha....so dia sambung degree terus la...Aku lak sebilik dengan taib, yem n zuly masa kami menyewa di seksyen 11 aritu. Taib jugak la rakan kongsi aku dengan zuly masa makan lunch. Beli sebungkus nasi n kami akan share bertiga ni la. masing2 pokai masa tak loan tak masuk n masa kami tak dapat kerja lagi...ini la jadinya.

Yem- budak Johor ni mula2nya pendiam jugak...kalau tak silap aku la, dia jadi rapat dengan aku masa kami practical di sungai buloh. Kat situ la aku n dia banyak berkongsi cerita dan banyak jugak kami bersembang pasal "Edda" aka scandal yem dan leh dikatakan scandal gossip aku jugak la...x leh cite panjang lebar nanti "bahaya'..hehehe...Nama penuh dia Mohd Shazareen (aku lupa eja nama dia). Kenangan pahit aku ingat dengan yem ialah masa aku dengan dia berlanggar dengan proton iswara warna hijau di bulatan "grand blue wave". Syukur pada Allah dia tak ada apa2. Cuma aku je patah kaki masa tu. hahaha...kenangan manis aku ngn yem mestila masa kat tangga fire exit hotel LGM sg buloh sambil makan burger yag dibeli di shah alam. Masa tu taib n zuly pon ada jugak. kita orang sembang lama jugak la kat tangga tu..hahahaha...Skang yem masih lagi contact ngn aku n dia skang ni keje kat Melaka.

Wak Jawa Lee - ataupun nama sebenarnya Mohd Shazali anak pakcik Wak Dahuri. Mat li memang la keturunan jawa di Kg. Melayu Majidee, JB. Mak ayah dia cakap jawa kat umah dan jarang sekali bercakap bahasa melayu. Mat lee sudah pon bernikah dengan gadis pilihan dia iaitu Halina. Halina ni pulak budak kelas kami masa Degree. agak2nya mereka bercinta diam2 la kot masa blajar dulu. Aku pon x tahu pasal hubungan mereka ni. Insya'Allah x lama lagi Jawa akan jadi seorang ayah. Mudah-mudahan semuanya selamat belaka. Tadi kan ada aku cakap ada pasal yang terhebat study kan. Hah...Jawa la orangnya. Dia la sorang2nya antara kami berlima ni yang extend sem dengan pointer CGPA: 3.0 ke atas. tapi disebabkan dia fail satu paper Dr. Rahmah, dia kena la repeat dan extend macam kami ni...tapi dia memang baik orangnya. Tak sibuk nak amik tahu hal2 orang. Agama pon bagus. dan yang paling best sekali dia amat berbangga dengan susuk tubuh badan dia yang dia rasa "tough"..hehehe...konon la...hehehe

zuly - aku rasa x payah la terangkan pasal zuly. aku rasa aku da pon cerita pasal dia sebelum2 ni kat blog aku ni. Tapi aku doakan dia akan kekal bahagia di samping isterinya yang dia amat sayangi tu. Selamat menunggu kelahiran cahaya mata sulung buat zuly. Insya'allah kalau tiada apa2 bulan 12 ni isteri dia due la.

itu la serba sedikit cerita pasal kawan2 aku yang amat aku hormati. Doa aku cuma satu je semoga kita akan kekal bersahabat hingga akhir hayat.

selepas menerima diploma masing2.

"I luv U Guys"

wasalam.

3 comments:

  1. alolololo comei zuly!!! hahaha kurus!

    ReplyDelete
  2. never knew your writing a blog..friendship forever..

    ReplyDelete
  3. Butik tudung idaman mana pulak ni...dulu masa x sibuk saja la blaja berblogging..tapi lama kelamaan malas la pulak...

    by the way ni siapa?..reveal your true self

    ReplyDelete