Tuesday, August 9, 2011

Buka pose arini agak best...huhuhu

9th Ramadhan 1432H;
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari).
Alhamdulillah, aku telah megharungi puasa di batang kali selama 9 hari. Dalam 9 hari puasa, arini la paling banyak juadah untuk aku berbuka. Alhamdulillah, rezeki aku melimpah ruah arini. Dengan jiran yang perihatin dan orang taman yang baik hati sudi memberi sedikit juadah untuk berbuka puasa. Aku ada je masak ayam masak tomato tapi disebabkan juadah lain sudah banyak so aku simpan je masakan aku kat dalam peti ice..hehehe...

Jiran aku azni rajin dia datang..so rezeki aku la...kalau datang rajin dia tu, aku biasa dapat la merasa masakan dia yang best tu. Arini tangan dia gatal nak buat 'spaghetti bolognese'. "salami!! bagi pingganggg!!..wah garang gile jiran aku ni baru nak mintak pinggan..aku tegor baru die suh haluskan sikit suara tu....hahahaha.."salami tolong bagi pinggan" ujar azni balik macam perli aku ler....aku bagi la pinggan dan dapat la aku menikmati masakan azni yang sedap tu...terima kasih jiran aku....ow hampir terlupa..azni ada jugak bagi kat aku buah 'rod melon' yang amat sedap dimakan bila disimpan dalam peti ice jap...perghhh....buah ni memang sedap lah..sebab tu harganya pon sedap gak la...hehehe..ada sesiapa yang berminat nak beli rod melon boleh la contact 'artist' ni...
Spaghetti Bolognese yang best ada meat ball lagi...
Rod Melon yang best...
Aku baru je nak masuk uat air, tiba2 ada orang bagi salam. aku keluar dan nampak abg mad tersengeh-sengeh kat atas motor dia. aku ingatkan dia nak apa, rupa2nya dia nak bagi juadah berbuka pada aku. semalam dia dah bagi 'cempedak goreng' arini dia bagi mee goreng. perghhh...nampak best mee goreng dia tu...da la mee goreng antara fevret aku jugak..Tapi memandangkan juadah aku dah banyak, aku simpan mee goreng tu nak uat sahur. terima kasih abg mad. jasa mu n famili dikenang.
Mee goreng yang nampak best cuma tunggu sahur baru leh makan.
Balik kerja tadi aku ada la singgah beli kuah seri muka dan kueh gulung kat sebelah umah aku tu. tak tahu la pulak arini rezeki aku murah pulak. so kueh mueh tu aku hanya makan seri muka je. yang lain aku tak sentuh pon. so pada basi duk umah aku, aku pon bawa a ke masjid dan bagi kat abg amirul mukminin (tok siak) masjid tu.
Kueh Seri Muka n kueh gulung...
Azan maghrib berkumandang maka berbuka la aku dengan kurma, air sirap, kueh seri muka. Lepas2 tu baru lah aku jamah 'spaghetti bolognese' yang azni masak....nak tahu sedap ke tak? pinggan aku da basuh semua da...licin...lagipon da lama aku tak makan 'spaghetti bolognese' ni. X housemate aku reti la buat...tapi sejak 2 menjak dia stress ngn keje n gaji kat Heveafil, dia ilang mood nak masak. so kempunan la aku. aku bab western ni x reti sangat...hehehe...balik pada cerita berbuka tadi.  Mee goreng yang abg mad bagi aku simpan untuk sahur ni...Alhamdulillah, kenyang aku hari ni. semoga Allah membalas jasa baik jiaran aku azni dan orang taman aku, abg  mad. 
jaudah berbuka pose arini 9hb ogos 2011, 1432H
 wasalam
Saya akhiri post ini dengan hadith di bawah yang telah diriwayatkan oleh at-Tarmidzi
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
Riwayat at-Tirmidzi
Pengajaran Hadith:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

iii) Konsep “memberi” (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

3 comments:

  1. maka siap jugak aku tulis ni..
    ok..tidor dulu..nanti x terbangun lagi sahur pagi sok...melepas nak rasa mee goreng sedap tu...hehehe..

    ReplyDelete
  2. tak de kena mengena ngn tdor lambat ok....
    masih lagi sempat bangun n makan mee goreng tu.

    buka puasa semalam (10/08/2011) azni bagi nasi goreng cendawan n bakal mak mentua zaimi bagi kueh ape ntah...aku makan je da org bersedekah...hehehe..
    alhamdulillah.

    ReplyDelete