Alhamdulillah kita sudah masuk hari ke 15 ramadhan. Semalam aku solat terawih kat Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa. Nak jadi ke ceritanya semalam la Dato' Lee Chong Wei Vs Lin Dan dan juga start liga baru EPL. Aku tak sempat nak tengok LCW vs LD semalam. Balik dari terawih, terus buka tv tengok2 dah single wanita lawan. Tunggu dan tunggu nak tengok LCW main tapi rupa-rupanya LCW da main kol 8 lebih tu. Ow hampenya aku tak dapat tengok. Walaupun kalah lagi dengan Lin Dan, tapi rumusan game tu agak menarik. LCW kalah dengan Lin Dan dengan kiraan, 22-20, 14-21, 21-23. Tiga set yang mendebarkan tu. Tapi disebabkan ini bulan ramadhan yang mulia, aku pergi buat ibadat dulu la. Arini mesti ada ulangan lagi. Tapi nasib baik aku tak tengok sebab, aku jenis cuak skit kalu tengok LCW vs Lin Dan. Hehehehehe...Walau apa-apa pun, tahniah la buat LCW kerana bermain mati-matian melawan musuh tradisi dan sahabat karib di luar court. SYABAS...Cuba lagi di Olimpik London 2012.
Single Final results |
dari kiri: Peter Gade, Chen Jin, Lin Dan & Lee Chong wei |
Liga EPL start 14/08/2011 ari sabtu malam. Macam biasa aku siapkan diri nak pergi terawih la. Tak tahu la pulak EPL start malam tu, sebelum pergi masjid buka astro jap. tengok-tengok ada bola la pulak. Tapi nasib baik la team cap burung puyuh yang lawan. so aku tak layan sangat la. So pergila ke masjid dan alhamdulillah malam itu aku bertuah dapat solat terawih berimamkan dua orang Sheikh yang hebat. Seorangnya dari Iraq dan seorang lagi tak ingat asal dari mana. Tapi bacaan al quran dia memang merdu dan fasih. Subhanallah. Sheikh Afeefuddin Al-Jalani pula memberikan tazkirah mengenai 'taubat nasuha'. Sungguh bermakna tazkirah yang di sampaikan. Masya Allah. Ramai jemaah di masjid malam tu terharu dengan tazkirah beliau termasuklah aku. Insya'allah sama-samala kita kembalikan diri kita kepada Allah. Kerana Allah itu Maha Pengampun. Dan memang berbaloi aku pergi solat terawih pada malam tu. Boleh tengok gerangan Sheikh tu kat bawah ye.
Sheikh Afeefuddin Al-Jalani |
Itu la serba sedikit kisah ujung minggu aku di KL.
Sheikh Afeefuddin Al-Jailani
ReplyDeleteBorn in Iraq, Sheikh Afeefuddin Al-Jailani is the 18th direct descendant of the famous Saint, Shaykh Abdul Qadir Al-Jailani Al-Hassani, and is the 33rd direct descendant of Prophet Muhammad, salallahu alaihi wasallam. He is a leader of the Al-Qadriyah Spiritual Order and specializes in Fiqh (Islamic Jurisprudence), Shariah (Islamic Law) and Tasawwuf (Islamic Spirituality).
Sheikh Afeefuddin Al-Jailani
He is the Head of Darul Qadriyah International and the Chairman of Al-Wariseen Trust (Malaysia) and he regularly participates in many Humanity and Islamic seminars and conferences to share the message and beauty of Islam in the Middle East, Turkey, Malaysia, Singapore, Australia, Sri Lanka, United States, Indonesia, and others.