Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).
Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.
Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :
عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السُّحُورِ
Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur
(Hadis riwayat An-Nasaie.)
Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).
Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh.
Dari Anas bin Malik R.A bahawa Zaid bin Thabit pernah berkata: "Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh) dan kadarnya (di antara sahur dan solat subuh) adalah menyamai bacaan 50 atau 60 ayat al-Quran. (Hadis riwayat al-Bukhari)
Zaid ditanya : "Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?" Berkata Zaid: "Sekadar membaca 50 ayat al-Quran." (Hadis riwayat Bukhari)
Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.
Di sebalik begitu pentingnya sahur, janganlah pula lupa yang sangat wajib ditunaikan, yakni SOLAT SUBUH. :)
Buat sahabat aku yang bernama Norsuhailly binti Shaidin, rajin2lah kamu bangun sahur tahun ni ye. Dan buat "kak ipar' sue tu pulak...jangan nak mengada2 x nak bangun sahur dan jangan nak ngada sahur minum air suam segelas je....kalau jadi lagi macam aritu...tak tahu nak cakap ape lagi dah....
Nasihat ini di petik dari Iluvislam.com
http://www.iluvislam.com/design/e-kad/3232-design-sahur-dan-solat-subuh.html
aku kalau sue aku tak kesah sangat kalau x nak sahur da memang aku tahu dia ni pemalas...tapi kalau si sya ni x nak bangun sahur n makan menda berat sikit aku x tahu nak cakap ape la...nak marah kan annti dia akan takut...so aku leh nasihat je la..bangun la sahur..sekurang2nya makan la buah kurma n minum susu ke...tapi kalau boleh sya makan la makanan berat sikit...ok
ReplyDeleteamboi ko!!! dh la tulis terpampang nama penuh..ni nak perli pemalas lak..ceh sengal nye member...hahaha dh kata sahur tu sunat...so xbngun pun xdosa...bkn xnak bngun sahur tp kalo sahur kang, mengelepet je nnti...memudaratkan diri...hahaha
ReplyDeletePerbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur
ReplyDelete(Hadis riwayat An-Nasaie.)
ko macam tak paham lak hadis ni, hehehe..aku dari kecik lagi arwah ayah aku mmg ajar untuk bangun sahur tak kira lah bangun minum ke makan buah ke...janji bangun...tapi zaman skang budak2 banyak salah tafsir erti sahur itu...amik mudah....bak kata mak aku "berajakan tidor"...hahaha
mengelepet la ko tahu je...
bkn xnak bngun tp dh usaha bngun...tp kalo bngun sahur tuh walaupun minum air segelas, cnfrm xlarat sok...dh terbiasa...hehehe
ReplyDeletebukan xnk sahur,tp x tersahur... xlalu nk mkn ngn air basi kat tepi mulut lagi. hihihi... xpe sya kuat laa. abg long len laa,salu kene gestrik teruk,WAJIB sahur. sya maintain je ngn adik ipar. kami kuat laa. abg long tu yg kne sahur. hahaha
ReplyDelete