Musim tengkujuh sudah melanda kembali. Tahun ini di jangka hujan lebat di Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor. Kalau kat Terengganu tu aku biasa la. Memang tiap2 tahun hujan selalunya lebat pada bulan 11 dan 12. Kalau hujan lebat tanpa henti2 dalam 3 ke 4 hari tu maka confirm la banjir la kampung aku dan kawasan2 yang berdekatan.
Hari ini, kawan2 aku sms aku bagitahu yang jalan nak balik ke Kuala Terengganu masih lagi beroperasi dan air lom naik lagi. Maknanya hujan x lebat sangat lagi. Aku harap tak banjir lagi kat kampung aku ujung minggu ni kerana ada hal nak kena settlekan ni. Aku berdoa agar perjalanan mereka semua selamat sampai ke destinasi.
Cakap pasal banjir ni, terkenang kisah masih kecil2 dulu. Sibuk nak main air hujan pada musim hujan. paling seronok bila da banjir. Masing berebut nak terjun dari rumah masing2 dalam banjir tu. Memang seronok leh berenang tapi yang kacau nya berbirat la kat bahagian belakang tu kalau mandi air banjir. hehehe... Arwah ayah aku cukup pantang anak2 dia main air banjir. Bagi aku masa tu tak ada yang bahayanya. Semua nak redah je. Hehehehe. Bila da besar ni, boleh la berfikiran jauh sikit so tahu la kenapa arwah ayah selalu marah n rotan bila main banjir. hehehe...Paling syok masa banjir ni, leh memancing duk kat umah je. Besenya ikan puyu la yang selalu makan umpan pada mata kail tu. Owwhhh best time tu. Bukan nak memancing sangat pon, yang sebenarnya mencari helah nak main air banjir tu. Kalau memancing tu x la nampak sangat kan? hehehe
Yang paling tak seronok ialah bila banjir da nak surut, macam2 bau akan ada. Bau paya, busuk, bangkai dan lain2 la. Yang leceh sekali mestilah mengemas umah.Terpaksalah membasuh lantai umah, angkat2 barang yang di tempatkan di tempat yang x akan kena air banjir. Tapi iniah hakikat bila musim banjir. Tapi sekarang aku telah berhihrah ke Hulu Selangor di mana tiada banjir besar berlaku di sini. Alhamdulillah. Kawasan aku tinggal ini selamat.
ok la setakat ini saja dulu. Semoga rakan2 yang berada di Kelantan, Pahang dan Terengganu selamat semuanya di musim tengkujuh ini.
wasalam
No comments:
Post a Comment