Thursday, August 25, 2011

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" 
SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI BUAT GENG2 AKU SEMUA YANG MENGENALI DIRI AKU INI. AKU MEMOHON MAAF ANDAI ADA TERKASAR BAHASA, TERSILAP KATA DAN SEBAGAINYA SEPANJANG TAHUN 2011. MAAF ZAHIR BATIN.

"SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN SEMUA"

Balik Kampung

Jom Balik Kampung masing2 ye...

Enjoy this song from the Legend: Sudirman
 
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )


Drive Safely Everyone

Pesanan untuk semua teman-teman aku la....drive tu ingat lah kat mak ayah kat kampung tu...awek2 kat kampung ke? bini & laki kat kampung ke? kalau mengantuk sila la berhenti dulu..rest jap...tidor jap...basuh2 muka n teruskan perjalanan anda menuju kampung halaman yang tercinta.....aku doa kan kawan2 aku semua selamat sampai ke kampung masing2 di Terengganu, Pahang, Perlis, Kelantan, Johor, Kedah.......Kawan aku yang kat Taiping, Perak tu x yah la sebab dia memang dah tinggal kat kampung duk celah "tiak" mak lagi...hehehehe..

ok apa2 pon mohon maaf atas salah silap sepanjang tahun 2011 ni. Selamat berhari raya dan selamat memandu ye semua...

Tuesday, August 23, 2011

You changed My Life

you've touch my heart & my soul

You've changed my life in so many ways
If only I could show
A life and love now filled with hope, grows stronger day by day
The future is so bright now, with your love to light my way.
You've changed my life in so many ways
With the little things you've done
I ask you now to take my hand, as our walk has just begun
Our journey has just began...

To Find You


I don’t need the compass to find you
your heart beat would lead my way.
I don’t need the sun to find you
your smile would light my way.
I don’t need the ocean to find you
my tears would wash my way.
I don’t need the wind to find you
your voice would whisper my way.
I don’t need the moon to find you
your eyes would shine my way.
But, if I never find my way I would perish....
my soul would find its way...

Thursday, August 18, 2011

CoBaan & DuGaAn

Salam Ramadhan ke 18.

Aku redha dengan ujianMU Ya Allah.
Aku pasrah dengan dugaan yang KAU berikan padaku.
Aku terima seadanya rezeki KAU kurniakan padaku

Monday, August 15, 2011

Terawih vs EPL 2011/2012 vs Kejohanan Badminton Dunia 2011

salam ramadhan.

Alhamdulillah kita sudah masuk hari ke 15 ramadhan. Semalam aku solat terawih kat Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa. Nak jadi ke ceritanya semalam la Dato' Lee Chong Wei Vs Lin Dan dan juga start liga baru EPL. Aku tak sempat nak tengok LCW vs LD semalam. Balik dari terawih, terus buka tv tengok2 dah single wanita lawan. Tunggu dan tunggu nak tengok LCW main tapi rupa-rupanya LCW da main kol 8 lebih tu. Ow hampenya aku tak dapat tengok. Walaupun kalah lagi dengan Lin Dan, tapi rumusan game tu agak menarik. LCW kalah dengan Lin Dan dengan kiraan, 22-20, 14-21, 21-23. Tiga set yang mendebarkan tu. Tapi disebabkan ini bulan ramadhan yang mulia, aku pergi buat ibadat dulu la. Arini mesti ada ulangan lagi. Tapi nasib baik aku tak tengok sebab, aku jenis cuak skit kalu tengok LCW vs Lin Dan. Hehehehehe...Walau apa-apa pun, tahniah la buat LCW kerana bermain mati-matian melawan musuh tradisi dan sahabat karib di luar court. SYABAS...Cuba lagi di Olimpik London 2012.
Single Final results

dari kiri: Peter Gade, Chen Jin, Lin Dan & Lee Chong wei

Liga EPL start 14/08/2011 ari sabtu malam. Macam biasa aku siapkan diri nak pergi terawih la. Tak tahu la pulak EPL start malam tu, sebelum pergi masjid buka astro jap. tengok-tengok ada bola la pulak. Tapi nasib baik la team cap burung puyuh yang lawan. so aku tak layan sangat la. So pergila ke masjid dan alhamdulillah malam itu aku bertuah dapat solat terawih berimamkan dua orang Sheikh yang hebat. Seorangnya dari Iraq dan seorang lagi tak ingat asal dari mana. Tapi bacaan al quran dia memang merdu dan fasih. Subhanallah. Sheikh Afeefuddin Al-Jalani pula memberikan tazkirah mengenai 'taubat nasuha'. Sungguh bermakna tazkirah yang di sampaikan. Masya Allah. Ramai jemaah di masjid malam tu terharu dengan tazkirah beliau termasuklah aku. Insya'allah sama-samala kita kembalikan diri kita kepada Allah. Kerana Allah itu Maha Pengampun. Dan memang berbaloi aku pergi solat terawih pada malam tu. Boleh tengok gerangan Sheikh tu kat bawah ye.
Sheikh Afeefuddin Al-Jalani

Itu la serba sedikit kisah ujung minggu aku di KL.

Friday, August 12, 2011

Boss Baru

Salam ramadhan

Hari ini aku nak berkongsi pasal boss baru. Aku cuma tahu nama dia En. Azhar a.k.a "muscle man". En Azhar ialah senior manager yang baru di lantik oleh pemilik baru syarikat ini iaitu Hevea Capital. Orangnya muda lagi la dalam awal 40 kot umurnya. Aku belom pernah berborak dengan dia dan orang kata dia ni tegas orangnya. Selepas membuat analisa, En Muzzammil hanya akan jaga marketing dan logistic je skang ni. So R&D bukan lagi di bawah Muzam, so aku kenalah repot kat En. Azhar mulai 01/08/2011.

Mesti korang nak tahu kan pasal "muscle man". NI gelaran orang sales yang bagi pada dia. Sebabnya senang je, dah memang dia ahli gym tetap kat KL tu. Badan dia "berketak"la dia angkat besi. Hahahaha. Seebnarnya aku gelisah nak repot pada En Azhar. Sebabnya mudah je, R&D memang da lama tak bergerak dan projek pon banyak tertangguh dan dengan harga latex yang agak mahal ni, payah la kami nak buat testing2 ni. Nanti kan bila dia tanya ape projek R&D?..x ke mati kutu aku nak menjawab kat dia. Hmmmm..aish...

Dengan keadaan kilang aku tak tahu lagi macam mana ni, hati aku pon gelisah jugak la memikirkan masa depan aku. Nak beli latex pon skang sakit oww....Yang selebihnya tak yah cerita la.

Apa harapan aku ialah, dapat kerja baru dengan kadar yang segera. lepas raya, maybe ada temuduga lagi. sudah lama aku disini dan masanya sudah tiba...


wasalam.

aKu PulaK yang EmPtY....

kosong....................
empty....................
why?


coz i.m sleepy now....


the end...

Tuesday, August 9, 2011

Buka pose arini agak best...huhuhu

9th Ramadhan 1432H;
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari).
Alhamdulillah, aku telah megharungi puasa di batang kali selama 9 hari. Dalam 9 hari puasa, arini la paling banyak juadah untuk aku berbuka. Alhamdulillah, rezeki aku melimpah ruah arini. Dengan jiran yang perihatin dan orang taman yang baik hati sudi memberi sedikit juadah untuk berbuka puasa. Aku ada je masak ayam masak tomato tapi disebabkan juadah lain sudah banyak so aku simpan je masakan aku kat dalam peti ice..hehehe...

Jiran aku azni rajin dia datang..so rezeki aku la...kalau datang rajin dia tu, aku biasa dapat la merasa masakan dia yang best tu. Arini tangan dia gatal nak buat 'spaghetti bolognese'. "salami!! bagi pingganggg!!..wah garang gile jiran aku ni baru nak mintak pinggan..aku tegor baru die suh haluskan sikit suara tu....hahahaha.."salami tolong bagi pinggan" ujar azni balik macam perli aku ler....aku bagi la pinggan dan dapat la aku menikmati masakan azni yang sedap tu...terima kasih jiran aku....ow hampir terlupa..azni ada jugak bagi kat aku buah 'rod melon' yang amat sedap dimakan bila disimpan dalam peti ice jap...perghhh....buah ni memang sedap lah..sebab tu harganya pon sedap gak la...hehehe..ada sesiapa yang berminat nak beli rod melon boleh la contact 'artist' ni...
Spaghetti Bolognese yang best ada meat ball lagi...
Rod Melon yang best...
Aku baru je nak masuk uat air, tiba2 ada orang bagi salam. aku keluar dan nampak abg mad tersengeh-sengeh kat atas motor dia. aku ingatkan dia nak apa, rupa2nya dia nak bagi juadah berbuka pada aku. semalam dia dah bagi 'cempedak goreng' arini dia bagi mee goreng. perghhh...nampak best mee goreng dia tu...da la mee goreng antara fevret aku jugak..Tapi memandangkan juadah aku dah banyak, aku simpan mee goreng tu nak uat sahur. terima kasih abg mad. jasa mu n famili dikenang.
Mee goreng yang nampak best cuma tunggu sahur baru leh makan.
Balik kerja tadi aku ada la singgah beli kuah seri muka dan kueh gulung kat sebelah umah aku tu. tak tahu la pulak arini rezeki aku murah pulak. so kueh mueh tu aku hanya makan seri muka je. yang lain aku tak sentuh pon. so pada basi duk umah aku, aku pon bawa a ke masjid dan bagi kat abg amirul mukminin (tok siak) masjid tu.
Kueh Seri Muka n kueh gulung...
Azan maghrib berkumandang maka berbuka la aku dengan kurma, air sirap, kueh seri muka. Lepas2 tu baru lah aku jamah 'spaghetti bolognese' yang azni masak....nak tahu sedap ke tak? pinggan aku da basuh semua da...licin...lagipon da lama aku tak makan 'spaghetti bolognese' ni. X housemate aku reti la buat...tapi sejak 2 menjak dia stress ngn keje n gaji kat Heveafil, dia ilang mood nak masak. so kempunan la aku. aku bab western ni x reti sangat...hehehe...balik pada cerita berbuka tadi.  Mee goreng yang abg mad bagi aku simpan untuk sahur ni...Alhamdulillah, kenyang aku hari ni. semoga Allah membalas jasa baik jiaran aku azni dan orang taman aku, abg  mad. 
jaudah berbuka pose arini 9hb ogos 2011, 1432H
 wasalam
Saya akhiri post ini dengan hadith di bawah yang telah diriwayatkan oleh at-Tarmidzi
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
Riwayat at-Tirmidzi
Pengajaran Hadith:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

iii) Konsep “memberi” (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

Baju Melayu & Songkok

Syawal bakal menjelang tak lama lagi menandakan tibanya Raya Aidilfitri. Tahun ni, aku belum lagi shopping baju melayu. Adik2 aku pon belum beli jugak lagi. Tahun lepas aku beli warna biru tu pon ada orang degil teman aku pergi beli naju biru tu. Tahun ni rasa-rasanya orang degil tu tak teman dah sebab masalah-masalah tertentu. Tahun lepas secara kebetulan family aku bertemakan warna biru. Tapi biru masing-masing tak sama pon cuma warna biru je la.

koleksi baju melayu kat "jalan TAR"

Tahun ni, aku tak decide lagi nak beli warna ape? Tak pon aku pakai je baju melayu yang aku dah ada dalam almari tu. bukan orang ingat pon aku pernah pakai baju tu tahun bila?.hehehe...tapi nanti mesti "orang" tu akan sedih bila aku nak pakai baju lama2. Kalau "dia" la akan cakap "dia" x beli pon kaen baju nak raya tapi desas desus "dia" dah ada dalam 4 ke 6 pasang kain tuk nak uat baju raya. Hahahahaha...

Tahun ni aku kena beli songkok kot. Yang lama dah rosak sebab kena air hujan. Songkok SOB (baldu) ni memang pantang kalau kena air ia akan rosak. So aku kenalah beli songkok baru. Kalau aku beli, so adik-adik aku pon kena la beli jugak. Aku ingat nak pergi tempah songkok kat Kg, Kelawar, Tanjung Malim. Abg Salim kenal tukang buat songkok tu. Kalau tak tempah pon, beli kat "jalan tar" je nanti. Kat situ bersepah songkok gak. Cuma harga la kena usha dulu, ada yang mahal ada yang murah dan semestinya ada yang boleh 'tawar menawar" dan ada yang tak boleh. Hahahaha..

Songkok SOB


Insya'allah minggu depan aku akan pergi "jalan tar" usha baju melayu dan songkok.

Wasalam

Monday, August 8, 2011

Terawih: Masjid Muadz bin Jabal Taman Setiawangsa

Alhamdulillah kita sudah berpuasa selama 7 hari. Aku puasa tahun ni simple je macam la tahun-tahun yang sudah. Cuma tahun ni aku puaa sorong2 kat rumah. Sama la pulak ngn kawan aku si Zuly yang sudah berpuasa sorang diri kat Terengganu  selama 3 tahun. So far semua ok la. Tahun ni, aku akan berbuka puasa 5 hari di rumah sewa aku dan 2 hari lagi insya'allah berbuka di rumah akak aku. 


Hari Jumaat malam sabtu tu aku da pergi berbuka di uamh akak aku dah, so terawih aku buat la di Masjid Muadz bin Jabal  Taman Setiawangsa. Aku buat kat batang kali 8 rakaat dan kat Masjid KL ni pon 8 rakaat jugak. Tapi di Masjid Batang Kali, selepas sudah solat fardu Isyak, imam 1 akan membaca Tahlil untuk arwah-arwah yang telah kembali kepadaNYA. Selepas itu baru lah Imam Muda akan memberikan sedikit tazkirah dan kemudian solat terawih. Dua orang Imam Muda (Tahfiz) ini datang dari Darul Quran KKB. Manakala di Masjid, Muadz bin Jabal pula, selepas selesai solat fardu Isyak, terus disusuli dengan solat terawih berjemaah. Dan bacaan tahlil untuk arwah-arwah di buat selepas selesai solat terwaih 23 rakaat.

Alhamdulillah, tahun ini aku lebih rajin dari tahun-tahun sudah. Insya'allah aku akan cuba untuk lakukan solat terawih dengan baik. Walaubagaimanapun, hari sabtu malam ahad baru-baru ini, aku tak pergi terawih kerana migrain.Lepas bebuka dan solat maghrib, aku terus tidor sebab terlalu sakit. Sedar-sedar dari tidor dah pukul 12 malam. Balik pada cerita Masjid Muadz bin Jabal  Taman Setiawangsa. Masjid ni besar la jugak. Jemaah yang datang untuk solat terawih pon boleh tahan la. Penuh la 5-6 Saf solat terawih berjemaah yang buat 23 rakaat. Imam Muda untuk solat terawih tahun ni di jemput khas dari Tahfiz Quran dari Dungun, Terengganu. Sungguh merdu dan fasih bacaan mereka. Jauh datang budak-budak tu. Yang aku terasa lucu sikit ialah bila budak-budak ni memberi tazkirah. Maka pekat la loghat "Ganu" yang terkeluar dari mulut-mulut mereka. Biasa la budak-budak tahfiz dari Terengganu, mana la reti nak "speak2" KL ni..Hahahahahaha..

So aku harapkan aku boleh kekalkan kerajinan aku untuk pergi terawih pada tahun ini. Mendoakan agar Allah kurniakan kesihatan berterusan sepanjang bulan Ramadhan ini. Salam Ramadhan dari aku buat ibuku serta keluargaku dan tidak dilupai semua kawan-kawanku dan seluruh umat islam.


Wasalam.

Friday, August 5, 2011

5 SahaBat PolimErIaN

dari kiri: "taib", "aku", "yem", "mat lee jawa", "zuly"

Ini lah gambar kenangan yang aku ada bersama boleh dikatakan "best buddies" masa kat UiTM Shah Alam dulu. Kami berlima ni sudah lama berkenalan. sejak dari 2001 lagi semasa membuat Diploma Polymer Technology. Dan dalam 5 orang sahabat tu wujud la zuly kawan aku yang masih lagi bekerja satu tempat dengan aku. Cayalah zuly....hehehehe...

Ok aku kenalkan sorang-sorang ye. Biar aku mulakan dengan;
TaiB - hmmm...taib ni orang Lanchang, Pahang. Kecik je orgnya n sangat la baik. Study dia memang ok la tapi antara kami berlima tu dia bukanlah yang terhebat. Nanti akan tahu jugak siapa yang terhebat antara kami berlima ni. taib ni nama sebenar dia ialah Mohd Radzi tapi masa sem 1 la start panggil dia taib sebab dia kurus macam penagih2 kat lorong Hj Taib.hahahaha.....Last2 lekat terus nama tu pada dia. Tapi kan kat atas tu dia sorang je x pakai jubah konvo kan? Itu sebabnya masa tu dia da jadi senior pada kami semua. Kami berempat lagi tu kita orang "extend sem" hahaha....so dia sambung degree terus la...Aku lak sebilik dengan taib, yem n zuly masa kami menyewa di seksyen 11 aritu. Taib jugak la rakan kongsi aku dengan zuly masa makan lunch. Beli sebungkus nasi n kami akan share bertiga ni la. masing2 pokai masa tak loan tak masuk n masa kami tak dapat kerja lagi...ini la jadinya.

Yem- budak Johor ni mula2nya pendiam jugak...kalau tak silap aku la, dia jadi rapat dengan aku masa kami practical di sungai buloh. Kat situ la aku n dia banyak berkongsi cerita dan banyak jugak kami bersembang pasal "Edda" aka scandal yem dan leh dikatakan scandal gossip aku jugak la...x leh cite panjang lebar nanti "bahaya'..hehehe...Nama penuh dia Mohd Shazareen (aku lupa eja nama dia). Kenangan pahit aku ingat dengan yem ialah masa aku dengan dia berlanggar dengan proton iswara warna hijau di bulatan "grand blue wave". Syukur pada Allah dia tak ada apa2. Cuma aku je patah kaki masa tu. hahaha...kenangan manis aku ngn yem mestila masa kat tangga fire exit hotel LGM sg buloh sambil makan burger yag dibeli di shah alam. Masa tu taib n zuly pon ada jugak. kita orang sembang lama jugak la kat tangga tu..hahahaha...Skang yem masih lagi contact ngn aku n dia skang ni keje kat Melaka.

Wak Jawa Lee - ataupun nama sebenarnya Mohd Shazali anak pakcik Wak Dahuri. Mat li memang la keturunan jawa di Kg. Melayu Majidee, JB. Mak ayah dia cakap jawa kat umah dan jarang sekali bercakap bahasa melayu. Mat lee sudah pon bernikah dengan gadis pilihan dia iaitu Halina. Halina ni pulak budak kelas kami masa Degree. agak2nya mereka bercinta diam2 la kot masa blajar dulu. Aku pon x tahu pasal hubungan mereka ni. Insya'Allah x lama lagi Jawa akan jadi seorang ayah. Mudah-mudahan semuanya selamat belaka. Tadi kan ada aku cakap ada pasal yang terhebat study kan. Hah...Jawa la orangnya. Dia la sorang2nya antara kami berlima ni yang extend sem dengan pointer CGPA: 3.0 ke atas. tapi disebabkan dia fail satu paper Dr. Rahmah, dia kena la repeat dan extend macam kami ni...tapi dia memang baik orangnya. Tak sibuk nak amik tahu hal2 orang. Agama pon bagus. dan yang paling best sekali dia amat berbangga dengan susuk tubuh badan dia yang dia rasa "tough"..hehehe...konon la...hehehe

zuly - aku rasa x payah la terangkan pasal zuly. aku rasa aku da pon cerita pasal dia sebelum2 ni kat blog aku ni. Tapi aku doakan dia akan kekal bahagia di samping isterinya yang dia amat sayangi tu. Selamat menunggu kelahiran cahaya mata sulung buat zuly. Insya'allah kalau tiada apa2 bulan 12 ni isteri dia due la.

itu la serba sedikit cerita pasal kawan2 aku yang amat aku hormati. Doa aku cuma satu je semoga kita akan kekal bersahabat hingga akhir hayat.

selepas menerima diploma masing2.

"I luv U Guys"

wasalam.

Thursday, August 4, 2011

Supermak...peewwiittt Nasha Aziz.

Ini lah cerita baru di TV3 setiap Isnin pukul 9.00 Malam. "Supermak". Cite ni ala2 macam No Ordinary Family jugak tapi versi Malaysia. Cerita ni gantikan slot "Juvana" dan cerita ni ringan je plot nya. Lawak la jugak. Aku tengok pon baru 1 kali tu pon episod 1. Tgk pon da nak abis da. Sebab Nasha Aziz dan Zul Yahya (papaya Man) yang berlakon maka aku pon terpacak la kat depan tv tu. Tapi disebabkan bulan ramdhan so aku tak boleh tengok la lagi.

Hah ni la serba sedikit tentang cerita ni:
~ Synopsis ~
SuperMak mengisahkan tentang seorang ibu dan suri rumah, Amy Salim yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy, Thani, yang berasal dari kepulauan Riau. Termasuk Thani, empat suku dari kepulauan tersebut telah dianugerahkan lima keistimewaan yang berlainan oleh seekor burung garuda yang bertukar menjadi seorang wanita setelah diselamatkan oleh Thani. Namun, setelah beberapa generasi, Bashar yang memiliki kuasa api kini muncul untuk merampas sesuatu dari simpanan Amy untuk merealisasikan niat jahatnya. Apakah yang akan terjadi seterusnya dan siapakah lagi yang akan tampil dengan keistimewaan dari mitos ini?
(dipetik dari: http://kyoshisousuketakes.blogspot.com/2011/07/supermak-2011-episode-01-updated.html)

ini lah pelakon utama "supermak"

 So kepada yang penat bekerja dan mahukan "funny action drama" then try la tgk cerita ini.


wasalam

"Slipper" Aku HilanG Ketika Berterawih...

Alhamdulillah semalam da masuk 3 Ramadhan. Berpuasa seorang diri di batang kali buat pertama kaliya dalam hidup aku. Berbuka seorang diri bertemankan suara azan berkumandang dari Masjid batang kali. Setakat ini, puasa aku alhamdulillah. Aku masih lagi mampu pergi terawih dengan tubuh yang sihat yang Allah bagi pada aku.

Imam-imam muda dari Darul Quran memang bagus bacaan mereka. Biasalah, meraka semua ini tahfiz Quran. Solat terawih tahun ni, aku masih lagi buat 8 rakaat je disusuli dengan witir. Tahun ni juga berbeza untuk diri aku sebabnya aku berbuka dengan hanya menjamah 3 biji kurma dan makan kueh mueh yang ada jika aku beli kat baazar ramadhan. Lepas selesai solat terawih, barulah aku akan menjamu moreh yang disediakan pihak masjid. Alhamdulillah, rezeki aku tahun ni kat masjid. Dulu masa ada zaimi n zuly da tentu aku berbuka dengan mereka tapi memandangkan aku berbuka sorang-sorang maka aku pon buat pilihan bermoreh di masjid la.

Semalam lepas moreh, masa nak balik, aku nak marah pon macam tak berbaloi kerana harganya cuma RM10.00 sepasang je. So kiranya aku pon halalkan aja lah kepada sesiapa yang tertukar slipar atau pun tersengaja bawak balik umah dia. So aku pon balik umah berkaki ayam la. Setakat ni pon da 2 kali slipar aku hilang di masjid itu.
ni la rupa slipar aku tu..

Masa aku nak sampai rumah aku, aku ada nampak 2 orang budak taman aku tu pakai slipar sebijik macam slipar aku. warna hitan n tali biru pulak tu. Aku pon benti tanya diorang n diorang cakap tu sliper diaorang. Aku pon x cakap banyak pastu balik je la. Da memang tak panjang rezeki slipar tu ngn aku. Hahahaha...Tapi insya'allah sabtu ni, aku beli lagi satu la. Mana tahu kot2 nanti ada lagi budak2 berminat.

ok lah..

Selamat Berpuasa.

wasalam.

Tuesday, August 2, 2011

AnDaiNya PereMpUaN TahU....

Sebelum ini kami telah meng-post-kan artikel berkaitan dengan Tersurat dan Tersirat wanita. Sekarang ini, wanita pulak perlu baca pasal lelaki.
  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! (how true)
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...
  • Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Ramadhan 2011...berbuka sorang2

Tahun 2011 ialah tahun pertama dalam hidup aku berpuasa seorang diri.....Ini adalah kisah aku berpuasa di perantauan.

Aku mula berhijrah dari belaian manja keluargaku pada 2001. Destinasi ku ialah
UITM Shah Alam. Kalau ikutkan dari tahun 2001 hinggalah 2006 aku berpuasa bersama
kawan2 UITM. Masa kat UITM dulu, puasa tak best sebab x biasa lagi puasa selain dari berpuasa di rumah sendiri. Dan UITM jugaklah aku mula belajar tinggal di 'hostel'. Tapi puasa di UITM tak lama sebab pada tahun 2003, aku da mula menyewa rumah dengan budak2 kelas aku jugak lah di seksyen 11, Shah Alam. Dekat rumah sewa tu la paling banyak kenangan bulan puasa. Dan semestinya Zuly Nuhairi tinggal sekali dengan aku.....aku rasakan puasa di rumah sewa lagi seronok berpuasa di Hostel UITM. Ia terasa macam kita berpuasa kat rumah sendiri cuma ayah n mak n adik beradik je tak ada. Yang ada pon kawan2 je.

Tahun 2008 hingga kini aku berpuasa di Batang Kali, Hulu Selangor. Dan semestinya Zuly masih lagi tinggal bersama aku di rumah sewa kami di Taman Seri Cahaya.  Sempat la jugak aku berpuasa dengan Zuly kat sini selama 3 tahun. Cuma tahun ni je dia sudah berkahwin so dia berpuasalah denagn isteri "tersayang" dia. Tahun 2009 budak baru kerja di tempat kerja aku menyewa rumah sewa aku n zuly. Dia pulak start kerja ngam2 bulan puasa. So meriah la lagi rumah aku tu dengan tambah lagi kawan. Tapi puasa tahun ni aku dan dia berpuasa sorg2 diri. Zaimi di kelang dan Aku pula bersahur dan berbuka sorang2 diri kat umah sewa lama ni. Zaimi mulakan hidup baru dia di Kelang. So aku pon tinggallah seorang diri di rumah sewa aku tu. Ditemani bunyi cicak dan kucing bergaduh kat luar.

so begitulah serba sedikit puasa aku di perantauan. Dari meriah berbuka ramai2 di 'dining hall' kolej Perindu UITM Shah Alam, ke rumah sewa di seksyen 11 hinggalah rumah sewa di batang kali ni hah. Dari meriah ramai2 membeli juadah berbuka tapi sekarang tinggal aku seorang diri pergi membeli juadah berbuka.
Memang aku akui, yang aku sedih tinggal seorang diri di rumah itu, tapi apakan daya, punca rezeki aku masih lagi di sini.

"apa yang penting, aku masih lagi ada bumbung untuk berteduh mencari rezeki di negeri orang".

wasalam.