Baru je awal bulan ini aku di uji oelh Allah dengan demam denggi. Tapi alhamdulillah aku makin pulih dari demam denggi itu. Walaupun virus denggi ini makan masa yang lama untuk pulih sepenuhnya, aku berusaha menjaga kesihatan aku dengan meminum air yang secukupnya, menjaga makan minum, tidak bersukan (atas arahan doktor) dan menjaga tidur. Tapi sakit nak datang ia tak ada nak bagi salamnya.
Lepas denggi, kulit-kulit aku jadi sensitif. Banyak yang menggelupas dan doktor cakap kesan sampingan virus tersebut. Tangan aku pula keluar biji-biji merah dan ia amatlah gatal sehinggakan aku terpaksa berjumpa dengan doktor semula untuk mintak ubat yang sesuai. Dan alhamdulillah, ubat itu berkesan dan gatal-gatal serta bintik-bintik merah tidak kelihatan sangat lagi. hahaha...bagus jugak la ubat doktor bagi ni. Terima kasih doktor.
Hah tekak ni pulak kena ulser, baru2 ini masa aku MC pada hari isnin 25/06/2012. Aku pergi klinik nak jumpa doktor pasal kes cirit birit aku ni. dah 2 hari sebelum tu memang perut aku ni memulas je. senak sana sini. Aku risau kot-kot appendic ke ape. so aku pergi la jumpa doktor. Cite la masalah aku ni. so doktor pon cakap la aku ni sakit perut biasa je. Jangan risau sangat. hahaha..aku mampu gelak perlahan je sebab perut ngah sakit. sebelum pergi klinik pon da berapa kali aku melabur kat tandas..hahaha...so doktor bagi la ubat biasa orang kena cirit la. alhamdulillah aku makan 2 hari la jugak nak bagi sisitem penghadaman dan pembunagan najis aku balik macam asal balik. hahaha...alang-alang da ada aku suh doktor chek tekak aku yang asik perit je. rupa-rupanya dalam tekak tu ada ulser. so dok cakap minum air banyak2 dan dia bagi ubat sakit tekak la jugak. ubat isap je macam ubat batuk dijadikan macam gula2. hahaha...manis dan pahit ubatmya...hahaha..
so gitu la bulan ni macam-macam sakit menimpa dan ujian Allah pada aku untuk ingatkan aku padaNya sentiasa. Insyaallah. Semoga aku sihat menjelang hari istimewa aku nanti. Amin.
sekian..
No comments:
Post a Comment