Wednesday, June 27, 2012

Tips Untuk Jadi Suami Romantik

Aku sering kali di labelkan oleh tunang aku sebagai tunang yang tidak romantik.
Malah ada kawan-kawan perempuan aku membuat bancian atas aku dan kawan
 aku bernama ali (bukan nama sebenar)..hehehe...dan bancian tersebut telah
menyatakan aku ini tidak romantik kalau berbanding dengan Ali di mana rata-rata
kawan perempuan aku kata dia tu romantik, cute dan baik. Well itu pandangan
masing-masing la. Aku nak romantik ke tak tu aku punya la. ia boleh di pupuk dan
di bina sifat tu, insya'allah aku akan jadi yang terbaik untuk bakal isteriku nanti.
So marilah kita sama-sama enjoy article kat bawah ni macam mana nak jadi
suami yang romantik. Haha..

Adakah anda pernah bertanya kepada kawan perempuan,  
apakah ciri yang ada pada lelaki yang paling disukainya?
Pasti, lantas dengan spontan dia jawab, ROMANTIK“.
Menurutnya lelaki yang romantik biasanya lebih mudah bertolak ansur
dan lebih penyayang. Betul ker begitu? Adakah anda bersetuju dengan kenyataannya?

Apa-apa pun, sikap ROMANTIK seorang suami pada isterinya adalah sangat digalakkan
dalam Islam. Romantik menyuburkan kasih sayang. Suami yang tidak romantik, sebenarnya
boleh belajar jadi romantik.
Sikap romantik sebenarnya lahir dari perasaan kasih sayang yang tulus.
Ia adalah manifestasi daripada hati yang baik dan akhlak yang mulia.
Sikap romantik boleh diterjemahkan dalam bentuk percakapan dan perbuatan.
Antara perbuatan yang boleh diamalkan bagi membentuk sikap romantik ini adalah :

Sentiasa memberi ciuman mesra pada isteri.

Anda boleh cium isteri anda samaada di dahi
atau boleh juga dimulut pada setiap sebelum
keluar bekerja. Si isteri pula bolehlah mencium
tangan suami semasa bersalaman. Selain itu,
anda juga digalakkan untuk cium isteri sebelum
tidur. Ciumlah dahi isteri sambil mengucapkan
“I LOVE YOU DARLING”.
Sesungguhnya ciuman yang mesra dapat
memberi suntikan semangat pada
si isteri dan si suami.

2. Sentiasa memberikan pelukan pada isteri

Selain daripada mencium, anda juga boleh memeluk
 atau mendakap isteri anda sebelum keluar bekerja
 pada setiap hari. Pelukan dapat mengeratkan
kasih sayang. Kajian mendapati, orang yang selalu
peluk isteri akan jadi lebih bertenaga dan bersemangat.

3. Bercakap dengan lembut dan menggunakan perkataan yang baik

Setiap perkataan yang kita tuturkan sebenarnya
 memberikan bekas pada si pendengar. Justeru
adalah sangat penting menggunakan perkataan-perkataan
yang positif dalam perbualan anda dengan isteri.
Jangan sekali2 meninggikan suara dan
menggunakan perkataan yang menyakitkan hati isteri.

4. Panggil isteri dengan panggilan yang manja

Panggilah isteri anda dengan panggilan yang paling
disukainya. Anda boleh menggunakan panggilan
seperti “Dinda”, “Honey”, “Sayang”, “Darling”
dan sebagainya bagi menunjukkan betapa kasihnya anda pada isteri anda.

5. Bergurau senda dengan isteri

Cubalah hiburkan isteri anda dengan gurauan dan
usikan yang tidak melampau. Kadangkala buat lawak
bodoh pun tidak mengapa asalkan si isteri gembira.

6. Pegang tangan isteri ketika berjalan. Berjalan seiringan.

Sentiasalah berpegangan tangan dengan isteri ketika
keluar berjalan. Ramai diantara kita ni, hanya
suka berpegangan tangan masa belum kahwin. Tapi
bilah dah kahwin, dibiarkan isteri berjalan keseorangan.
 Lebih teruk lagi, isteri ditinggalkan jauh berjalan
di belakang. Siap buat macam tak kenal lagi…ish ish ish..

Itulah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh sang
suami dalam membentuk diri menjadi suami
yang lebih romantik. Yang penting, amalkan. Bukan hanya sekadar baca
sebagai rekreasi minda.

sila layari article asal dari link di bawah:

http://www.mykahwin.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=465:tips-untuk-jadi-suami-romantik&catid=51:rahsia-dan-tips&Itemid=15

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari IBU..Puan Hajjah Meriah binti Bakar

Kehadapan Puan Hajjah Meriah binti Bakar a.k.a emak aku.
selamat hari ibu
aku tak tahu apa yang harus aku ucapkan selain
terima kasih kerana
mengandungkan aku selama 9 bulan
melahirkan aku ke dunia ini
menyusukan aku
memandikan aku
menidurkan aku
menjaga aku siang dan malam
menjaga aku tika aku demam
menyediakan makanan
menyuapku
menyikat rambutku
menghantar aku ke sekolah
membungkuskan nasi di bawa ke sekolah
memasak untuk aku siang dan malam
merotan aku
mengajar aku mengaji Quraan
kaulah guru ku yang terbaik pernah di lahirkan dalam hidupku
memarahi aku jika aku salah
membebel kepada aku setiap masa walaupun aku sudah besar sekalipon
mengajar aku erti kehidupan
mengajar aku erti persahabatan
mengajar aku erti perpisahan
mangajar aku erti kasih sayang
mengajar aku erti menjadi orang Islam
mengajar aku sembahyang 5 waktu
mengajar aku sembahyang sunat
mengajar aku menjaga maruah dan adab
mengajar aku harga diri
mengajar aku menjaga adik beradik aku
mengajar aku tata-tertib

sesungguhnya terlampau banyak jasa yang emak buat pada aku dari dalam kandungan sehinggalah sekarang dan tidak ternilai nilainya dan ia tak akan mampu di tukar ganti dengan duit. Besar jasamu duhai IBUKU. Aku hanya mampu mendoakan agar dirimu sihat sejahtera, di kurniakan rahmat Allah, menjaga emak dan memberi kasih sayang pada emak. Itu yang termampu buat masa ini. Dengan itu "Selamat Menyambut Hari IBU Sedunia" "Engkaulah IBUKU ENGKAULAH SYURGAKU"

dari anak mu yang degil,
Ahmad Salami bin Ramli



Friday, April 20, 2012

Number One For Me

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you


For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you


Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday


Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday


You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me


Now I finally understand
That  famous  line
About the day I'd face in time
Coz now I have a child of mine


Even though I was so bad
I've learnt so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kids the way you do


Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you


Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday


Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday


You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me


There is no one in this world
That can take your place
Oooh I'm sorry for ever taken you for granted


I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I'm around you


Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me


Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you


Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday


Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
number one for me

-new song from Maher Zain-

Love this song with its words so inspiring.

Friday, March 16, 2012

Golongan-Golongan Solat

Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap Kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu. Saya cukup tertarik dengan "9 Golongan Solat" di mana golongan ke 9 la golongan solat yang paling suci dan tertinggi darjatnya antara semua golongan yang tercatit dalam nasihat ini. Saya sedar akan di mana tergolongnya saya maka perlu ada perubahan supaya kita mengejar untuk berada di dalam golongan ke 9 tersebut. Memang sukar tapi kita harus belajar dan menuntut dengan guru. Mungkin kita akan berganjak daripada berada di golongan yang pertama ke golongan yang lebih baik disisiNYA nanti. Insya'Allah
 
 
Golongan Pertama
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
 
Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.
 
Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta .a, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.
 
Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.
 
Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
 
Golongan Keenam
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.
 
Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.
 
Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).
 
 
Golongan Kesembilan
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.
Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana.
Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.
 
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.
Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.