Friday, March 16, 2012

Menjadi Suami Mithali..dambaan ramai lelaki

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak,mengemas, mencuci baju, dan apa jua  yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda. 
Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.
2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.
3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’. 
Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.
4. Elakkan terlampau banyak komplain. 
Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Iniadalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.
5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda. 
Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.
6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda. 
Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.
7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.
Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.
8. Jangan merendahkan keinginan dia. 
Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.
9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.
Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?
10. Pesanan Rasulullah S.A.W.
Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.
kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

nasihat ini di berikan oleh "Kak Ina HR'..

Monday, March 5, 2012

Lepak-ing

Wow sudah lama aku menyepikan diri dari belog aku ni...haha...
sekarang idea nak menulis tu tak ada..so slow la skit cathing up nak menulis nya...
tapi belog aku tak bersawang macam belong kawan aku si suhailly...hahaha....

so ni la nak update sikit....pasal tentang 3 sahabat...

semalam aku, sue n zaimi melepak-ing dekat kedai "ONNEY"..wah bunyi macam kedai mamak kan..
padahal kedai orang melayu and Kelantan lagi..hahaha...kedai ni kedai fevret zaimi melepak dengan wadi n efa...aku n sue jarang nak lepak kedai ni....kedai ni ok la..sume ada..western food..masakan ala-ala Thai...suem ada...semalam kebetulan zaimi ada singgah batang kali so kita orang pon pergi la lepak...
saja-saja je nak catch up da lama tak lepak sama2...itu je la...

sue lak da kekenyangan sebab family dia ada singgah umah dia sekejap sebelum nak balik Taiping. So dia da makan ngan famili dia..aku n zaimi x order apa2 gak cuma nampak nasi lemak bungkusan daun pisang tu menarik je so masing-masng balun nasi lemak. dan rasanya memang ok la...sedap la jugak..

lama gila da tak borak2 macam semalam...gelak2 je...tu yang best..tapi dalam gelak2 tu ada la teringatkan kat kawan2 satu kapal melepak-ing ni....zuly taka da..awal n kelly x ada...hehehe..kalau sume ada memang lagi best....bertiga pon da riuh kedai "ONNEY" tu..hehehe... borak2 sampai tak sedar dah dekat pukul 11 malam...so kami pon balik la sebab mata sue da merah saga....si zaimi lak nak kena balik kelang pulak malam tu....so kami sampai la kat umah dalam kol 11.10 gitu....aku masuk umah mana leh tidor lagi...

malam tu kan super sunday spurs vs the devils...ingatkan nak tengok tapi last2 bola yang tengok aku....cuma ada la terjaga nak g tandas dan sempat la tengok final score memihak kat Man Utd...pastu aku sambung tidor and sedar tak sedar subuh pagi tadi.....

so harap-harap lain kali kita kawan2 boleh lepak-ing lagi....

ok itu la serba sikit entry hari ini...hehehe...

wasalam

Friday, January 27, 2012

Bersyukur dipertemukan dan disatukan

This is for my lovely Fiancee Nurul 

Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..

"Carilah kebaikan itu pada dirinya". 
"Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu"...
Dengan serendah nada daku ucapkan semoga kamu boleh menerima kelemahan aku kerana aku telah menerima kamu seadanya dan jangan lah kamu terlalu merasa rendah diri kerana ia tidak baik untuk diri kamu dan kesihatan kamu. Percayalah diri kita juga ada kehebatan yang tiada orang yang tahu melainkan Allah SWT..

If love becomes painful, It's time to let go, and save yourself
but just keep in mind

IF LOVE IS TRUE!!
Pain is never a reason to let go


don't ever let go..hold on to him/her for the rest of your life...
 

Petua 8P

Baru je terbaca Petua 8P dari ustazah Nur Bahyah, agak menarik jugak la. so saya rasa boleh di kongsikan bersama untuk dijadikan teladan....Ok selamat membaca....

Ustazah Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya. 

 maka dengan petua-petua tersebut kita boleh peljari sesuatu....

petua tersebut boleh dibaca di link tersebut:-
http://forum.tentangcinta.com/showthread.php?t=3060