Friday, August 5, 2011

5 SahaBat PolimErIaN

dari kiri: "taib", "aku", "yem", "mat lee jawa", "zuly"

Ini lah gambar kenangan yang aku ada bersama boleh dikatakan "best buddies" masa kat UiTM Shah Alam dulu. Kami berlima ni sudah lama berkenalan. sejak dari 2001 lagi semasa membuat Diploma Polymer Technology. Dan dalam 5 orang sahabat tu wujud la zuly kawan aku yang masih lagi bekerja satu tempat dengan aku. Cayalah zuly....hehehehe...

Ok aku kenalkan sorang-sorang ye. Biar aku mulakan dengan;
TaiB - hmmm...taib ni orang Lanchang, Pahang. Kecik je orgnya n sangat la baik. Study dia memang ok la tapi antara kami berlima tu dia bukanlah yang terhebat. Nanti akan tahu jugak siapa yang terhebat antara kami berlima ni. taib ni nama sebenar dia ialah Mohd Radzi tapi masa sem 1 la start panggil dia taib sebab dia kurus macam penagih2 kat lorong Hj Taib.hahahaha.....Last2 lekat terus nama tu pada dia. Tapi kan kat atas tu dia sorang je x pakai jubah konvo kan? Itu sebabnya masa tu dia da jadi senior pada kami semua. Kami berempat lagi tu kita orang "extend sem" hahaha....so dia sambung degree terus la...Aku lak sebilik dengan taib, yem n zuly masa kami menyewa di seksyen 11 aritu. Taib jugak la rakan kongsi aku dengan zuly masa makan lunch. Beli sebungkus nasi n kami akan share bertiga ni la. masing2 pokai masa tak loan tak masuk n masa kami tak dapat kerja lagi...ini la jadinya.

Yem- budak Johor ni mula2nya pendiam jugak...kalau tak silap aku la, dia jadi rapat dengan aku masa kami practical di sungai buloh. Kat situ la aku n dia banyak berkongsi cerita dan banyak jugak kami bersembang pasal "Edda" aka scandal yem dan leh dikatakan scandal gossip aku jugak la...x leh cite panjang lebar nanti "bahaya'..hehehe...Nama penuh dia Mohd Shazareen (aku lupa eja nama dia). Kenangan pahit aku ingat dengan yem ialah masa aku dengan dia berlanggar dengan proton iswara warna hijau di bulatan "grand blue wave". Syukur pada Allah dia tak ada apa2. Cuma aku je patah kaki masa tu. hahaha...kenangan manis aku ngn yem mestila masa kat tangga fire exit hotel LGM sg buloh sambil makan burger yag dibeli di shah alam. Masa tu taib n zuly pon ada jugak. kita orang sembang lama jugak la kat tangga tu..hahahaha...Skang yem masih lagi contact ngn aku n dia skang ni keje kat Melaka.

Wak Jawa Lee - ataupun nama sebenarnya Mohd Shazali anak pakcik Wak Dahuri. Mat li memang la keturunan jawa di Kg. Melayu Majidee, JB. Mak ayah dia cakap jawa kat umah dan jarang sekali bercakap bahasa melayu. Mat lee sudah pon bernikah dengan gadis pilihan dia iaitu Halina. Halina ni pulak budak kelas kami masa Degree. agak2nya mereka bercinta diam2 la kot masa blajar dulu. Aku pon x tahu pasal hubungan mereka ni. Insya'Allah x lama lagi Jawa akan jadi seorang ayah. Mudah-mudahan semuanya selamat belaka. Tadi kan ada aku cakap ada pasal yang terhebat study kan. Hah...Jawa la orangnya. Dia la sorang2nya antara kami berlima ni yang extend sem dengan pointer CGPA: 3.0 ke atas. tapi disebabkan dia fail satu paper Dr. Rahmah, dia kena la repeat dan extend macam kami ni...tapi dia memang baik orangnya. Tak sibuk nak amik tahu hal2 orang. Agama pon bagus. dan yang paling best sekali dia amat berbangga dengan susuk tubuh badan dia yang dia rasa "tough"..hehehe...konon la...hehehe

zuly - aku rasa x payah la terangkan pasal zuly. aku rasa aku da pon cerita pasal dia sebelum2 ni kat blog aku ni. Tapi aku doakan dia akan kekal bahagia di samping isterinya yang dia amat sayangi tu. Selamat menunggu kelahiran cahaya mata sulung buat zuly. Insya'allah kalau tiada apa2 bulan 12 ni isteri dia due la.

itu la serba sedikit cerita pasal kawan2 aku yang amat aku hormati. Doa aku cuma satu je semoga kita akan kekal bersahabat hingga akhir hayat.

selepas menerima diploma masing2.

"I luv U Guys"

wasalam.

Thursday, August 4, 2011

Supermak...peewwiittt Nasha Aziz.

Ini lah cerita baru di TV3 setiap Isnin pukul 9.00 Malam. "Supermak". Cite ni ala2 macam No Ordinary Family jugak tapi versi Malaysia. Cerita ni gantikan slot "Juvana" dan cerita ni ringan je plot nya. Lawak la jugak. Aku tengok pon baru 1 kali tu pon episod 1. Tgk pon da nak abis da. Sebab Nasha Aziz dan Zul Yahya (papaya Man) yang berlakon maka aku pon terpacak la kat depan tv tu. Tapi disebabkan bulan ramdhan so aku tak boleh tengok la lagi.

Hah ni la serba sedikit tentang cerita ni:
~ Synopsis ~
SuperMak mengisahkan tentang seorang ibu dan suri rumah, Amy Salim yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy, Thani, yang berasal dari kepulauan Riau. Termasuk Thani, empat suku dari kepulauan tersebut telah dianugerahkan lima keistimewaan yang berlainan oleh seekor burung garuda yang bertukar menjadi seorang wanita setelah diselamatkan oleh Thani. Namun, setelah beberapa generasi, Bashar yang memiliki kuasa api kini muncul untuk merampas sesuatu dari simpanan Amy untuk merealisasikan niat jahatnya. Apakah yang akan terjadi seterusnya dan siapakah lagi yang akan tampil dengan keistimewaan dari mitos ini?
(dipetik dari: http://kyoshisousuketakes.blogspot.com/2011/07/supermak-2011-episode-01-updated.html)

ini lah pelakon utama "supermak"

 So kepada yang penat bekerja dan mahukan "funny action drama" then try la tgk cerita ini.


wasalam

"Slipper" Aku HilanG Ketika Berterawih...

Alhamdulillah semalam da masuk 3 Ramadhan. Berpuasa seorang diri di batang kali buat pertama kaliya dalam hidup aku. Berbuka seorang diri bertemankan suara azan berkumandang dari Masjid batang kali. Setakat ini, puasa aku alhamdulillah. Aku masih lagi mampu pergi terawih dengan tubuh yang sihat yang Allah bagi pada aku.

Imam-imam muda dari Darul Quran memang bagus bacaan mereka. Biasalah, meraka semua ini tahfiz Quran. Solat terawih tahun ni, aku masih lagi buat 8 rakaat je disusuli dengan witir. Tahun ni juga berbeza untuk diri aku sebabnya aku berbuka dengan hanya menjamah 3 biji kurma dan makan kueh mueh yang ada jika aku beli kat baazar ramadhan. Lepas selesai solat terawih, barulah aku akan menjamu moreh yang disediakan pihak masjid. Alhamdulillah, rezeki aku tahun ni kat masjid. Dulu masa ada zaimi n zuly da tentu aku berbuka dengan mereka tapi memandangkan aku berbuka sorang-sorang maka aku pon buat pilihan bermoreh di masjid la.

Semalam lepas moreh, masa nak balik, aku nak marah pon macam tak berbaloi kerana harganya cuma RM10.00 sepasang je. So kiranya aku pon halalkan aja lah kepada sesiapa yang tertukar slipar atau pun tersengaja bawak balik umah dia. So aku pon balik umah berkaki ayam la. Setakat ni pon da 2 kali slipar aku hilang di masjid itu.
ni la rupa slipar aku tu..

Masa aku nak sampai rumah aku, aku ada nampak 2 orang budak taman aku tu pakai slipar sebijik macam slipar aku. warna hitan n tali biru pulak tu. Aku pon benti tanya diorang n diorang cakap tu sliper diaorang. Aku pon x cakap banyak pastu balik je la. Da memang tak panjang rezeki slipar tu ngn aku. Hahahaha...Tapi insya'allah sabtu ni, aku beli lagi satu la. Mana tahu kot2 nanti ada lagi budak2 berminat.

ok lah..

Selamat Berpuasa.

wasalam.

Tuesday, August 2, 2011

AnDaiNya PereMpUaN TahU....

Sebelum ini kami telah meng-post-kan artikel berkaitan dengan Tersurat dan Tersirat wanita. Sekarang ini, wanita pulak perlu baca pasal lelaki.
  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! (how true)
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...
  • Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!